SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur SM Sains Seri Puteri is a fully residential school. It provides secondary education for students from all over Malaysia.

Tahniah kepada murid yang terpilih mewakili Kontingen Kuala Lumpur ke Kejohanan MSSM Sofbol 2026 di Kelantan. Terus berj...
09/06/2026

Tahniah kepada murid yang terpilih mewakili Kontingen Kuala Lumpur ke Kejohanan MSSM Sofbol 2026 di Kelantan. Terus berjuang dengan penuh semangat dan mengharumkan nama sekolah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 💪🔥

Murid terlibat :
1. Shazia Damia bt Aminurdin (5 Cattleya)
2. Fiona Adriana bt Mohamed Fareed (4 Cattleya)
3. Medeena bt Ahmad Fahmi (3 Cattleya)
4. Aulia Humairaa bt Mohamed Nizam (3 Adioda)

Kejohanan Golf Peringkat MSSWPKL 2026Tahniah kepada atlet Golf SESERI Nur Irdina Qaireena binti Syafiq dari Tingkatan 1 ...
09/06/2026

Kejohanan Golf Peringkat MSSWPKL 2026

Tahniah kepada atlet Golf SESERI Nur Irdina Qaireena binti Syafiq dari Tingkatan 1 Bakerara yang telah menyertai Kejohanan Golf MSSWPKL 2026 yang telah berlangsung pada 27 - 30 April 2026 di Kinrara Golf Club.

Sukan yang memerlukan tahap fokus yang tinggi, disiplin yang ketat, dan ketenangan minda ini telah berjaya menonjolkan bakat serta potensi besar dalam diri atlet ini.

Meskipun rezeki untuk merangkul medal belum menyebelahi kita kali ini, penyertaan ini merupakan satu platform pendedahan yang sangat berharga.

Semoga kejohanan ini menjadi pengalaman berharga untuk terus mengasah kemahiran dan bakat demi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Keep it up! 💫

SYABAS PASUKAN AKUATIK SESERI! 🏊‍♀️🔥Buat julung kalinya dalam sejarah, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah...
09/06/2026

SYABAS PASUKAN AKUATIK SESERI! 🏊‍♀️🔥

Buat julung kalinya dalam sejarah, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah menghantar penyertaan sulung bagi Kejohanan Akuatik MSSWPKL 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 24 April 2026 yang lalu, bertempat di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan atlet yang telah menggalas cabaran ini:

1. Ameera Syahmina bt Ahmad Shahran - 4 Bakerara
2. Aida Rania bt Muhammad Farid - 4 Bakerara
3. Khairah Nabihah bt Khairul Fadzlu - 3 Cattleya
4. Anna Melor bt Mohammad Afiff Farhan - 3 Bakerara
5. Janashree Naaidu Shangkar - 2 Cattleya
6. Jezamine Ammara bt Shamsol Nidzam - 1 Cattleya

Walaupun ini merupakan penampilan pertama dan rezeki pingat belum menyebelahi kita, namun semangat juang yang ditunjukkan oleh atlet-atlet ini sangat luar biasa! Mereka telah memberikan saingan yang cukup sengit di pusingan kelayakan.

Dengan latihan yang lebih konsisten dan padu selepas ini, pasukan SESERI pasti akan memberi tentangan yang lebih hebat kepada pencabar lain di masa hadapan.

Kita cuba lagi di kejohanan yang akan datang✨

🌟 *HEBAHAN HARI ASRAMA TERBUKA SM SAINS SERI PUTERI 2026* 🌟Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bersempena dengan *Hari A...
29/05/2026

🌟 *HEBAHAN HARI ASRAMA TERBUKA SM SAINS SERI PUTERI 2026* 🌟

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan *Hari Asrama Terbuka SM Sains Seri Puteri Tahun 2026*, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan hadiah cabutan bertuah daripada para guru, AKP, ibu bapa, alumni serta orang ramai bagi memeriahkan program ini.

📅 *Tarikh Program:* 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ *Masa:* 8.00 pagi – 3.00 petang

🎁 Sumbangan boleh berupa:
✨ Barangan elektrik
✨ Hamper
✨ Voucher
✨ Keperluan harian
✨ Wang tunai
✨ hadiah lain yang bersesuaian

📌 *Tarikh akhir sumbangan :* 24 Jun 2026

Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh hubungi:
📞 *Cik Narini* – 013-963 5007
📞 *Pn Hidayah* – 011-6135 3992

Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai bagi menjayakan program ini.
🌸 *Jom meriahkan bersama!* 🌸

Pada 16 Mei 2026 (SABTU), telah berlangsung Program Motivasi Sahsiah “Adab VS Biadab” bertempat di Dewan Gemala Puteri, ...
16/05/2026

Pada 16 Mei 2026 (SABTU), telah berlangsung Program Motivasi Sahsiah “Adab VS Biadab” bertempat di Dewan Gemala Puteri, SM Sains Seri Puteri melibatkan murid tingkatan 1 (Batch ELVYRA) 2026.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga adab, akhlak dan sahsiah dalam kehidupan seharian, di samping membentuk peribadi yang lebih berdisiplin, berhemah dan berwibawa.

Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat dijadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🌷

https://vt.tiktok.com/ZSxNarwWw/

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Softball SESERI telah muncul juara bagi...
15/05/2026

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Softball SESERI telah muncul juara bagi kategori P18 tahun Kejohanan Softball MSSWPKL 2026, menewaskan SMK Aminuddin Baki dengan keputusan 10–8.

Kemenangan ini dapat digapai atas semangat juang dan usaha gigih semua pemain dan guru pembimbing iaitu Cikgu Irmila binti Jamil dan Cikgu Aidah Nadzirah binti Mohammad Hisham.
Terima kasih.

14/05/2026

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 dengan tema “Guru Bitara, Nadi Negara” diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik yang terus komited dalam memperkasa agenda pendidikan negara serta melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.

Antara pengisian program Sambutan Hari Guru ialah:

🗓️ 15 Mei 2026 (Jumaat)

🤲 Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Khutbah dan Solat Jumaat

🏅 Majlis Anugerah Guru Peringkat Kebangsaan

✨ Kemuncak Sambutan Hari Guru 2026 ✨

🗓️ 16 Mei 2026 (Sabtu)

👑 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga sambutan ini terus menjadi simbol penghargaan terhadap peranan guru sebagai tunjang pembangunan bangsa dan negara.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”







Tahniah dan syabas kepada semua ahli badan beruniform yang telah menyertai Kursus Pertolongan Cemas Asas anjuran Unit Be...
10/05/2026

Tahniah dan syabas kepada semua ahli badan beruniform yang telah menyertai Kursus Pertolongan Cemas Asas anjuran Unit Beruniform, Pengurusan Kokurikulum SM Sains Seri Puteri dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur Cabang Barat.

📅 9 & 10 Mei 2026
📍 Dewan Gemala Puteri, SM Sains Seri Puteri

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran asas pertolongan cemas kepada para peserta agar lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan dengan cepat, tepat dan berkesan.

Terima kasih kepada para jurulatih, guru-guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi membantu orang lain pada masa akan datang.

Link Gambar
https://photos.app.goo.gl/7cjtxNkXC8GYxadM6

Tahniah dan syabas!!!Pasukan bahas SESERI telah berjaya meraih Perak dalam pertandingan dalam Pertandingan Bahas Piala P...
05/05/2026

Tahniah dan syabas!!!

Pasukan bahas SESERI telah berjaya meraih Perak dalam pertandingan dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-51 Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah 2026 yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2026 di INTESABER.

Lebih membanggakan, salah seorang ahli bahas, Nur Faqihah Humaira binti Samsudin (5A) turut tersenarai dalam Top 10 Pembahas Terbaik pertandingan.

Berikut merupakan barisan pembahas yang telah mengharumkan nama sekolah:

Nur Faqihah Humaira binti Samsudin (5A)
Nurul Auni Najwa binti Ahmad Hanafi (3C)
Nur Miaqistina Aleesya binti Muhamad Faizal (3B)
Nur Adriana Qaireen binti Mohd Shukri (2A)

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pembahas atas komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang. SESERI terus unggul!

Address

Jalan Kolam Ayer
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur:

Share