20/08/2026
PEMERIKSAAN MENGEJUT AP 309 PERKASA TATAKELOLA DAN INTEGRITI ASET DI PBSK LEMBAH PANTAI
BUKIT KIARA, 20 Ogos โ JBSWPKL terus komited memperkukuh tatakelola organisasi menerusi Pemeriksaan Mengejut Arahan Perbendaharaan (AP) 309 di PBSK Lembah Pantai, hari ini.
Kunjungan kerja yang diketuai oleh Pengarah JBSWPKL, Encik Sabran bin Abd Bahar, menyaksikan semakan fizikal secara bersemuka dilaksanakan terhadap pelbagai barangan berharga serta aset di bawah seliaan pejabat. Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan pematuhan menyeluruh terhadap tatacara pengurusan aset kerajaan. Selain fungsi kawalan, inisiatif ini menjadi platform bimbingan terus kepada warga kerja akar umbi demi memelihara integriti dan disiplin kerja.
Semua dapatan pemeriksaan telah direkodkan secara rasmi ke dalam Buku Pemeriksaan Mengejut AP 309 untuk tujuan rujukan dan tindakan susulan. JBSWPKL komited bagi memastikan amalan pemantauan berjadual dan mengejut seperti ini diteruskan secara berperingkat demi mengangkat mutu penyampaian perkhidmatan.