Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101). LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

11/09/2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Kontinjen LTAT turut melangkah bersama dalam meraikan semangat patriotisme dan kebersamaan rakyat Malaysia.

Kisah Wira Kami mengangkat penghargaan buat mereka yang terus berdiri teguh demi tanah air — di darat, di laut mahupun di udara.

Kepada seluruh Wira yang sentiasa berkhidmat untuk Malaysia, terima kasih atas keberanian, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai.

Bersama Wira, demi Malaysia. 🇲🇾


Sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93, LTAT turut sama hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam yang ber...
11/09/2026

Sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93, LTAT turut sama hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Program anjuran Bahagian Kerohanian Islam ATM dengan kerjasama JAKIM dan AFFIN Islamic Bank Berhad ini turut disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan Affin kepada ATM sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga pertahanan. Sebagai institusi yang dekat dengan komuniti ATM, LTAT dan Syarikat Kumpulannya kekal komited dalam melaksanakan mandatnya demi kepentingan para pencarum serta menghargai jasa dan pengorbanan para wira negara.


Dengan penuh rasa dukacita, LTAT merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi nahas helikopter perkhi...
10/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, LTAT merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi nahas helikopter perkhidmatan udara Miri. Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

PWarga LTAT bersama-sama penghuni Surian Tower dan Chulan Tower meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dalam suasana pe...
09/09/2026

PWarga LTAT bersama-sama penghuni Surian Tower dan Chulan Tower meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dalam suasana penuh semangat patriotik, kebersamaan dan muhibah.

Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk Bhangra, tarian multikultural, Wushu dan silat kontemporari khas daripada Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”), selain sesi cabutan bertuah.

Sambutan ini menjadi ruang untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga ATM yang terus menjadi benteng pertahanan serta kedaulatan negara.


LTAT terus mengorak langkah memperkukuh peranan sebagai pelabur strategik menerusi penyenaraian GTA Holdings Berhad di P...
08/09/2026

LTAT terus mengorak langkah memperkukuh peranan sebagai pelabur strategik menerusi penyenaraian GTA Holdings Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia, sekali gus menyokong pertumbuhan sektor aeroangkasa dan penerbangan.

Langkah ini selaras dengan komitmen LTAT untuk membina portfolio pelaburan yang berdaya tahan dan menjana nilai mampan demi kepentingan para pencarum.

Penyenaraian ini turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, bersama kepimpinan LTAT, Bursa Malaysia dan GTA Holdings Berhad.

Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Pertahanan & Ke...
07/09/2026

Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (“MiDAS”). Delegasi ini disambut oleh Laksamana Madya Datuk Yusne bin Hj Mokhtar, Ketua Eksekutif MiDAS.

Kunjungan ini membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasakan kepentingan serta kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”).

LTAT komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama dengan institusi strategik dalam ekosistem pertahanan demi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat memberi nilai tambah kepada ATM dan para pencarumnya.

LTAT merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Pang...
06/09/2026

LTAT merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara, atas pengurniaan Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.) sempena Istiadat Pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2026.

Semoga YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri terus cemerlang dalam kepimpinan serta khidmat bakti demi agama, bangsa dan tanah air.


🇲🇾 Semangat Merdeka, Semangat Bersama WiraLTAT berbesar hati mengangkat semangat patriotisme menerusi penyertaan kontinj...
01/09/2026

🇲🇾 Semangat Merdeka, Semangat Bersama Wira

LTAT berbesar hati mengangkat semangat patriotisme menerusi penyertaan kontinjen seramai 47 orang dalam Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya. Disertai warga LTAT, PERHEBAT, PERNAMA dan Yayasan LTAT, langkah seiring ini menjadi manifestasi komitmen bersama menjunjung tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Di sebalik setiap langkah, terserlah penghargaan buat seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terus gagah berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air. Pengorbanan hari ini, warisan untuk selamanya.

Demi Wira Kami! 🇲🇾



Address

Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tingkat Bawah, Chulan Tower, No 3 Jalan Conlay
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:30
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60348158888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Tabung Angkatan Tentera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Tabung Angkatan Tentera:

Shortcuts

Share