14/06/2026
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KOMUNITI MBFM WILAYAH JENGKA
🇲🇾 Membina Jati Diri, Memperkasa Generasi FELDA
Alhamdulillah, Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Komuniti MBFM Wilayah Jengka telah berjaya dilaksanakan pada 12 hingga 14 Jun 2026 di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi, Kedah.
Program ini bertujuan memperkukuhkan semangat patriotisme, memantapkan kefahaman terhadap aspirasi Malaysia MADANI, serta melahirkan generasi belia FELDA yang berilmu, berintegriti dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pengisian yang memberi penekanan kepada aspek kenegaraan, kepimpinan, perpaduan, pembangunan komuniti dan pembinaan karakter belia sebagai pewaris kepimpinan negara dan warga FELDA.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), FELDA, urus setia program serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi FELDA yang terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
“Malaysia MADANI, FELDA Gemilang, Belia Cemerlang.”