Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi - KKSR JAWI

Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi - KKSR JAWI Penubuhan KKSR JAWI ini untuk menyatu padu dan mengeratkan ukhuwah warga JAWI

"Sentiasa Dicontohi"

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWIإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah...
15/08/2026

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWI

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :
USTAZ NUR SYAMSUL BIN ABDUL RONI
Ketua Bilal Masjid Saidina Hamzah Batu Muda KL Zon 1 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AYAHANDA TERCINTA ABDUL RONI BIN ABDUL

15 Ogos 2026 / 2 Safar 1448H (SABTU) Jam 4.00 am di Kg. Jejawi Dalam Perlis

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Ayah Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

Catatan Amanat yang disampaikan oleh Tn Hj Jamali Adnan, TPO JAWI@ Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa SelamatAnjuran KKSR...
07/08/2026

Catatan Amanat yang disampaikan oleh Tn Hj Jamali Adnan, TPO JAWI
@ Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat
Anjuran KKSR, Puspanita JAWI & Surau Al-Muhajirin KPI JAWI.
🗓 23 Safar 1448H / 7 Ogos 2026 (Jumaat)

1. Mukadimah: Kisah Tular Piala Dunia

* Tazkirah dimulakan dengan satu kisah benar yang berlaku pada pagi Isnin selepas perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol pada 20 Julai.

* Seorang suami telah melafazkan kepada kawan-kawannya di kedai mamak, *"Kalau sekiranya Argentina kalah, jatuh talak tiga kepada isteri"*. Apabila Argentina tewas 1-0, dia pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan meraung kerana menyedari kesilapannya.
* Kisah ini menimbulkan isu hukum berkaitan dengan *talak taklik*.

2. Definisi Talak Taklik

* Talak taklik bermaksud talak atau penceraian yang tergantung kepada sesuatu syarat.
Ia biasanya berlaku dengan penggunaan perkataan seperti "jika" atau "kalau".

3. Bahaya Mempermainkan Lafaz Cerai

* Hak melafazkan talak terletak di bawah kuasa suami.

* Menurut syariat, terdapat tiga perkara yang jika disebut secara bergurau atau serius, ia tetap akan jatuh atau terjadi, dan salah satunya adalah lafaz cerai (talak).

* Para suami dilarang sama sekali mempermainkan lafaz talak bersertakan syarat kerana ia boleh menyeksa dan menganiaya isteri.

4. Lafaz Taklik Standard Selepas Akad Nikah (Di Malaysia)

* Selepas lafaz akad nikah, setiap suami di Malaysia diselaraskan untuk membaca lafaz taklik.

* Kandungan taklik ini merangkumi persetujuan bahawa jika suami melakukan perkara berikut:

1. Meninggalkan isteri lebih 4 bulan atau lebih tanpa sebab.

2. Tidak memberikan nafkah kepada isteri dalam tempoh tersebut.

3. Melakukan penderaan terhadap isteri sama ada secara fizikal atau mental.

* Jika salah satu syarat ini dilanggar dan isteri membuat aduan serta dapat disabitkan di Mahkamah Syariah, maka boleh jatuh talak.

5. Hikmah (Tujuan) Talak Taklik Disyariatkan
Terdapat dua tujuan utama mengapa talak taklik wujud dalam Islam :

* Mendidik Isteri: Sebagai contoh, suami meletakkan syarat larangan isteri keluar rumah tanpa izin untuk memastikan isteri taat dan patuh. Namun, suami perlu berhati-hati kerana lafaz umum tanpa tempoh (seperti "kalau keluar rumah ini, jatuh talak") tidak boleh ditarik balik dan berkuat kuasa sampai bila-bila. Suami harus meletakkan tempoh spesifik seperti "kalau kamu keluar hari ini".

* Menjaga Kebajikan Isteri : Lafaz taklik dibaca selepas nikah agar hak isteri dilindungi. Suami terikat untuk tidak membiarkan isteri "gantung tidak bertali", wajib memberikan nafkah mengikut kemampuan, dan tidak boleh menganiaya isteri sama ada memukul secara fizikal mahupun melukakan hati melalui mental (contoh: hinaan atau panggilan kesat).

6. Hukum & Pandangan Ulama Berkaitan Talak Taklik

Terdapat dua pandangan utama dalam kalangan ulama mengenai kesahihan talak taklik :
* Jumhur Ulama (Mazhab Maliki, Hambali, Hanafi, Syafie): Berpandangan bahawa talak taklik adalah sabit dan wujud dalam syariat Islam, disandarkan pada surah al-Baqarah ayat 229 yang menyentuh tentang talak.
* Mazhab Zahiri : Menolak talak taklik kerana berpendapat tiada dalil yang khusus di dalam al-Quran dan Hadis yang menyebut secara terus tentang talak bersyarat ini.

7. Keputusan Kes "Talak Argentina" & Kuasa Mahkamah Syariah

* Adakah talak jatuh kerana perlawanan bola sepak? Secara akademiknya (mengikut hukum fikah), talak tersebut jatuh kerana Argentina telah kalah.

* Kiraan jumlah talak (Satu atau Tiga) : Walaupun suami melafazkan "talak tiga", penentuan jumlah talak tertakluk kepada kuasa budi bicara Hakim Mahkamah Syariah.

* Contoh dari Sirah Nabi S.A.W : Pernah terjadi seorang lelaki menjatuhkan talak tiga kepada isterinya yang mempunyai anak-anak kecil. Lelaki itu merayu sambil menangis, dan atas dasar belas kasihan terhadap masa depan keluarga, Nabi SAW menetapkan bahawa ia jatuh sebagai talak satu.

Berbeza keadaannya jika suami yang baru berkahwin sengaja mempermainkan lafaz cerai, hakim mungkin akan menetapkannya kekal sebagai talak tiga.

* Kesimpulan : Sebarang kekeliruan atau lafaz cerai yang telah terucap mesti dirujuk kepada pihak berautoriti iaitu Mahkamah Syariah untuk mengesahkan status perkahwinan, dan jangan sesekali mempermainkan lafaz ini.

Catitan oleh
YBrs. Ust Oslan Affandi Bin Abdullah
PPK Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

CnP
Credit kepada yang mencatit.
Barakallahu fikum.

📌 BERITA RASMI KKSR JAWIMAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT WARGA JAWI7 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, Sukan dan Re...
07/08/2026

📌 BERITA RASMI KKSR JAWI

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT WARGA JAWI

7 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI dan Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat bertempat di Dewan Solat Muslimin, Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam JAWI.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dihadiri oleh warga JAWI sebagai wadah memperkukuhkan penghayatan rohani, memohon keberkatan serta kesejahteraan buat seluruh warga jabatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi, diikuti bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat, yang dipimpin bagi memohon keampunan, rahmat, perlindungan serta keberkatan daripada Allah SWT untuk seluruh warga JAWI, keluarga serta organisasi.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan tausiyyah daripada YBrs. Tn. Hj. Jamali Mohd Adenan, Timbalan Pengarah (Operasi) TPO JAWI.

Program diakhiri dengan sesi jamuan ringan yang memberi ruang kepada warga JAWI untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga jabatan dalam suasana penuh harmoni.

Semoga penganjuran majlis seumpama ini terus menjadi platform untuk menyuburkan budaya penghayatan Islam, memperkukuhkan hubungan sesama warga serta memperoleh keberkatan Allah SWT dalam setiap amanah yang dipikul.

EXCO KKSR JAWI




📌 BERITA RASMI KKSR JAWIMESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KKSR JAWI BIL. 1 TAHUN 20267 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, S...
07/08/2026

📌 BERITA RASMI KKSR JAWI

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KKSR JAWI BIL. 1 TAHUN 2026

7 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KKSR Bil. 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 7, Kompleks Pusat Islam JAWI, bermula jam 3.00 petang.

Mesyuarat pertama bagi sesi 2026–2029 ini dipengerusikan oleh Encik M. Syafie Hidayat, Timbalan Presiden KKSR selaku Pemangku Pengerusi. Mesyuarat diadakan sebagai platform utama untuk menyelaras pentadbiran kelab, memperkukuh tadbir urus organisasi serta merancang hala tuju KKSR bagi memastikan pelaksanaan aktiviti kebajikan, sukan dan rekreasi dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, inklusif dan berimpak.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan ialah pengesahan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan KKSR Tahun 2026, diikuti perbincangan mengenai pengisian jawatan Presiden selaras dengan peruntukan Perlembagaan KKSR. Mesyuarat turut membincangkan pelantikan Jawatankuasa Kecil, pembahagian portfolio EXCO serta pelantikan wakil-wakil daripada bahagian-bahagian JAWI bagi memperkukuh penyelarasan pelaksanaan aktiviti kelab.

Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju menetapkan lima (5) portfolio utama EXCO KKSR, iaitu:

i. EXCO Sukan dan Rekreasi

ii. EXCO Kerohanian dan Pembangunan Insan

iii. EXCO Komunikasi & Multimedia

iv. EXCO Kebajikan dan Keahlian

v. EXCO Perhubungan Korporat & Tugas-Tugas Khas

Pembahagian portfolio ini bertujuan memperjelaskan skop tanggungjawab setiap EXCO agar setiap perancangan, pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kepada ahli dapat dilaksanakan secara lebih fokus, tersusun dan berkesan.

Selain itu, ahli mesyuarat turut membincangkan perkara berkaitan tadbir urus kewangan kelab termasuk pengesahan penandatangan akaun bank, kuasa kewangan serta pemakluman status semasa akaun bank KKSR. Langkah ini penting bagi memastikan setiap urusan kewangan dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Mesyuarat juga meneliti cadangan Takwim Program KKSR secara ringkas bagi tempoh 2026–2028 yang merangkumi aktiviti kebajikan, kesukanan, rekreasi, kerohanian, pembangunan insan, kekeluargaan serta jaringan strategik bersama warga JAWI. Perancangan awal ini diharap dapat meningkatkan penyertaan ahli, memupuk semangat kekitaan dan memperkukuhkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga JAWI.

Di samping itu, beberapa perkara berbangkit turut dibincangkan sebelum mesyuarat bersetuju menetapkan tarikh Mesyuarat EXCO Bil. 2 Tahun 2026 bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dipersetujui.

Semoga segala keputusan dan ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada pengurusan KKSR yang lebih cemerlang, berintegriti dan progresif, seterusnya memperkukuhkan peranan kelab sebagai wadah kebajikan, pembangunan sahsiah, kesukanan dan perpaduan warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

EXCO KKSR


Undangan ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa SelamatDimaklumkan bahawa Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam denga...
07/08/2026

Undangan ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat

Dimaklumkan bahawa Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil JAWI dan Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR) akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)

⏰ Masa: 8.30 pagi

🕌 Tempat : Dewan Solat Muslimin, Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam

🔖Pemimpin Majlis:
Ustaz Oslan Affandi bin Abdullah,
Bahagian Pengurusan Dakwah

Warga JAWI yang berkelapangan diundang untuk hadir.

Mohon dihebahkan kepada warga bahagian masing-masing.

Terima kasih.

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWIإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah...
21/07/2026

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWI

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :

USTAz AHMAD AZRUL BIN MOHAMAD TAHIR
Naqib Masjid Saidina Hamzah Batu Muda KL Zon 1 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AYAHANDA TERCINTA MOHAMAD TAHIR BIN HASSAN
21 Julai 2026 / 6 Safar 1448H (Selasa) Jam 6.30 am | Kampung Batu Muda KL

Jenazah Al-Marhum Ayahanda beliau akan diuruskan di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhumah Ibu Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah buat :USTAZ ZURAIMY BIN RASMANICC Pejabat Penta...
07/07/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :

USTAZ ZURAIMY BIN RASMANI
CC Pejabat Pentadbiran Masjid/ Surau Zon 2 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AL-MARHUMAH IBUNDA TERCINTA
7 Julai 2026 / 21 Muharram 1447H (Selasa) Jam 1.00 pm | Kota Tinggi Johor

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhumah Ibu Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KKSR JAWI 2026 BERJAYA DILAKSANAKANAl-Hamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Sukan...
25/06/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KKSR JAWI 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN

Al-Hamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Jun 2026 di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Agung ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA), Bahagian Penguatkuasaan, yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mesyuarat telah menerima dan meluluskan pembentangan Laporan Aktiviti Program serta Laporan Kewangan KKSR JAWI bagi sesi yang lalu. Ahli-ahli turut mengambil peluang untuk membincangkan pelbagai cadangan dan pandangan ke arah memperkasakan peranan KKSR dalam aspek kebajikan, sukan dan rekreasi warga JAWI.

Sebelum proses pemilihan kepimpinan baharu dilaksanakan, Presiden KKSR JAWI telah mengumumkan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KKSR JAWI Sesi 2024–2026 sebagai memenuhi peruntukan dan tatacara pengurusan organisasi menjelang pelantikan barisan kepimpinan baharu.

Seterusnya, proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KKSR JAWI bagi Sesi 2026–2028 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua ahli yang hadir.

KKSR JAWI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta memberikan komitmen dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Semoga KKSR JAWI terus maju sebagai platform yang memperkukuhkan semangat kebersamaan, kebajikan serta kesejahteraan warga JAWI demi manfaat seluruh warga jabatan.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah buat :USTAZAH ZURAIDAH BINTI RAMLIGuru Besar SR...
18/06/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :

USTAZAH ZURAIDAH BINTI RAMLI
Guru Besar SRA Luqman Al-Hakim
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
ANAKANDA TERCINTA
Al-Marhum Ahmad Zakhwan Aqeef Bin Sifly
(Calon SPM SMK Tiara Permai)

11 Jun 2026 / 25 Zulhijjah 1447H (Khamis) Jam 1.00 pm |
Kuala Lumpur

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Anakanda Ustazah Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

KKSR JAWI

SALAM MAAL HIJRAH 1448HAlhamdulillah, kita melangkah ke lembaran baharu 1448 Hijrah.Bagi seluruh warga Kelab Kebajikan, ...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Alhamdulillah, kita melangkah ke lembaran baharu 1448 Hijrah.

Bagi seluruh warga Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) JAWI, marilah kita jadikan momentum hijrah ini sebagai titik tolak untuk :

🌺 Berhijrah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.

🌺 Mempererat silaturahim dan nilai kebajikan sesama kita.

🌺 Memacu sinergi kerja yang lebih luar biasa demi jabatan.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dan mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan.

Selamat Tahun Baru Islam 1448H! 🌙✨


Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60322749333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi - KKSR JAWI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share