Bahagian PK KDN WPKL

Bahagian PK KDN WPKL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian PK KDN WPKL, Government Official, Aras 3, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No. 69, Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur.

Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan atau PK menguatkuasakan dan mengawalselia empat akta iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, Akta Penapisan Filem 2002, dan Akta Agensi Persendirian 1971.

Ayuh bersama memeriahkan Program MADANI Kita: Bersama Komuniti Lembah Pantai yang akan berlangsung pada 6 September 2026...
04/09/2026

Ayuh bersama memeriahkan Program MADANI Kita: Bersama Komuniti Lembah Pantai yang akan berlangsung pada 6 September 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Pusat Komuniti Lembah Pantai.
Jangan lupa singgah ke Reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sertai Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) — satu inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang menggalakkan orang ramai menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN kepada Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN secara PERCUMA!
Jom bersama-sama ke arah sifar Al-Quran tanpa perakuan KDN!

https://www.facebook.com/share/p/1EBLVb39Cr/

[HEBAHAN] JOM EXCHANGE AL-QURAN – PROGRAM MADANI KITA 2026 (LEMBAH PANTAI)Ada Al-Quran di rumah yang tiada perakuan KDN?...
02/09/2026

[HEBAHAN] JOM EXCHANGE AL-QURAN – PROGRAM MADANI KITA 2026 (LEMBAH PANTAI)

Ada Al-Quran di rumah yang tiada perakuan KDN? Jom tukarkan dengan Al-Quran baharu yang mempunyai perakuan KDN secara PERCUMA!

Jom ramai-ramai hadirkan diri bersama keluarga:

🗓️ 6 September 2026 (Ahad)
📍 Pusat Komuniti Lembah Pantai

Terma & Syarat:
✅ Bawa Al-Quran tanpa perakuan KDN
✅ Terhad 1 naskhah percuma untuk 1 keluarga

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa anda di sana!

Majlis Penghargaan & Selamat Bertugas Di Tempat Baharu Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, setiap jasa dan ken...
28/08/2026

Majlis Penghargaan & Selamat Bertugas Di Tempat Baharu

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, setiap jasa dan kenangan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Isshafarwan bin Mohd Nor atas segala komitmen, dedikasi, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di PK KDN WPKL dari Januari 2019 hingga Ogos 2026.

Kini tiba masanya untuk melangkah ke destinasi baharu. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sukses dalam amanah serta tanggungjawab yang baharu. 🤲✨

Selamat bertugas di tempat baharu, En. Mohd Isshafarwan!
Jasa dan bakti tetap dikenang, kenangan bersama tetap dalam ingatan.

Ikhlas daripada seluruh warga PK KDN WPKL.

✨ JOM EXCHANGE AL-QUR’AN! ✨Bersempena Program Nur 26: Nuansa Urban Rohani 🌙📖Jom sertai JOM Exchange Al-Qur’an, satu inis...
24/08/2026

✨ JOM EXCHANGE AL-QUR’AN! ✨

Bersempena Program Nur 26: Nuansa Urban Rohani 🌙📖

Jom sertai JOM Exchange Al-Qur’an, satu inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang menggalakkan orang ramai menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN kepada Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN secara PERCUMA! 🤍

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 2.00 petang – 10.00 malam
📍 Istana Budaya

Bawa 1 naskhah Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN dan dapatkan 1 naskhah Al-Qur’an baharu secara percuma.

📌 Terhad kepada 100 pengunjung terawal mengikut terma & syarat!

Ayuh bersama-sama kita pastikan Al-Qur’an kita selamat, terpelihara dan mempunyai perakuan KDN. ❤️

Jumpa anda di sana! 🌙✨

✨ JOM EXCHANGE AL-QUR’AN! ✨Bersempena Program Nur 26: Nuansa Urban Rohani 🌙📖Jom sertai JOM Exchange Al-Qur’an, satu inis...
14/08/2026

✨ JOM EXCHANGE AL-QUR’AN! ✨

Bersempena Program Nur 26: Nuansa Urban Rohani 🌙📖

Jom sertai JOM Exchange Al-Qur’an, satu inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang menggalakkan orang ramai menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN kepada Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN secara PERCUMA! 🤍

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 2.00 petang – 10.00 malam
📍 Istana Budaya

Bawa 1 naskhah Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN dan dapatkan 1 naskhah Al-Qur’an baharu secara percuma.

📌 Terhad kepada 100 pengunjung terawal mengikut terma & syarat!

Ayuh bersama-sama kita pastikan Al-Qur’an kita selamat, terpelihara dan mempunyai perakuan KDN. ❤️

Jumpa anda di sana! 🌙✨

Selamat Datang & Selamat Bertugas Seluruh warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, Wilayah P...
10/08/2026

Selamat Datang & Selamat Bertugas

Seluruh warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PK KDN WPKL) dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran dua orang pegawai baharu yang mula bertugas pada 10 Ogos 2026, iaitu:

Puan Siti Nuramiezayana binti Lawadin
Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5

Encik Mohammad Noraqmar Nadhil bin Nordin
Pembantu Penguat Kuasa KP1

Semoga kehadiran dan penyertaan kedua-dua pegawai ini dapat memperkukuh pasukan serta menyumbang kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan tugas di PK KDN WPKL.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga sentiasa diberikan kelancaran, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kejayaan dalam perkhidmatan.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐊 𝐊𝐃𝐍 𝐖𝐏𝐊𝐋!
Bersama kita memperkukuh semangat kerja berpasukan dan meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan. ✨

Penyerahan baju rasmi Pasukan Menembak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah disempurnakan oleh Pengarah PK KDN ...
24/07/2026

Penyerahan baju rasmi Pasukan Menembak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah disempurnakan oleh Pengarah PK KDN WPKL kepada barisan pasukan sebagai simbolik sokongan padu, suntikan semangat serta komitmen berterusan pihak pengurusan dalam menyokong penyertaan pasukan ke Kejohanan Menembak Peringkat Kebangsaan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 25 Julai 2026.

Kejohanan yang dianjurkan oleh PK KDN Johor selaku tuan rumah pada tahun ini akan diadakan di Lapang Sasar Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri, Muar, Johor, menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negara bagi merebut kejuaraan.

Seluruh warga PK KDN WPKL mendoakan agar Pasukan Menembak WPKL dikurniakan kelancaran, ketenangan dan ketepatan sepanjang pertandingan. Semoga setiap usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan yang membanggakan seterusnya mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pentas kebangsaan.

Ayuh WPKL! Fokus Tidak Goyah, Sasaran Tidak Tersasar! 🔥

Selamat maju jaya kepada seluruh pasukan. Semoga pulang membawa kejayaan, mengukir kecemerlangan dan menjulang nama WPKL!

Address

Aras 3, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No. 69, Jalan Sri Hartamas 1
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian PK KDN WPKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share