Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)

Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage) “KENALI, SAYANGI DAN LESTARI WARISAN KITA” FUNGSI UTAMA JABATAN WARISAN NEGARA:

1. Memelihara dan memulihara warisan negara.
3.

SEJARAH PENUBUHAN:

Bermula dengan Bahagian Warisan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKwa) dan dinaik taraf sebagai sebuah Jabatan pada 1 Mac 2006 . Jabatan ini mempunyai peranan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] dan bertanggungjawab untuk memulihara, memelihara, melindungi dan mempromosikan kekayaan khazanah warisan Malaysia. Menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
2. Mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan Kebangsaan.
4. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan warisan.
5. Mendokumentasi hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan warisan dan menerbitkannya.
6. Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti berkaitan warisan.
7. Menyelaras pencalonan dan pengiktirafan warisan negara ke peringkat dunia.
8. Memantau Tapak Warisan Dunia di Malaysia.

🌿𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 |𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲Jom meriahkan hari kedua bersama 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗠𝗢𝗧𝗔𝗖! 🥳Datang, rasa ...
19/09/2026

🌿𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 |𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

Jom meriahkan hari kedua bersama 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗠𝗢𝗧𝗔𝗖! 🥳

Datang, rasa dan kenali keunikan warisan makanan tradisional kita!

Permainan Tradisi dan Aktiviti Interaktif pun ada tau!

📍 Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor
📅 18-20 September 2026

“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐀𝐑𝐊𝐄𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀, 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊Dimaklumkan bahawa TA...
18/09/2026

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐀𝐑𝐊𝐄𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀, 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Dimaklumkan bahawa TAPAK ARKEOLOGI BUKIT BUNUH dan BUKIT JAWA ditutup sementara kepada para pelawat bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf bermula 7 SEPTEMBER 2026 SEHINGGA 18 DISEMBER 2026.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
--------------------------------------------------------------------------
𝑵𝑶𝑻𝑰𝑪𝑬 𝑶𝑭 𝑻𝑬𝑴𝑷𝑶𝑹𝑨𝑹𝒀 𝑪𝑳𝑶𝑺𝑼𝑹𝑬 𝑶𝑭 𝑩𝑼𝑲𝑰𝑻 𝑩𝑼𝑵𝑼𝑯 𝑨𝑵𝑫 𝑩𝑼𝑲𝑰𝑻 𝑱𝑨𝑾𝑨 𝑨𝑹𝑪𝑯𝑨𝑬𝑶𝑳𝑶𝑮𝑰𝑪𝑨𝑳 𝑺𝑰𝑻𝑬𝑺, 𝑳𝑬𝑵𝑮𝑮𝑶𝑵𝑮,𝑷𝑬𝑹𝑨𝑲

Please be informed that the BUKIT BUNUH and BUKIT JAWA ARCHAEOLOGICAL SITES will be temporarily closed to the public from 7 SEPTEMBER 2026 TO 18 DECEMBER 2026 to facilitate upgrading works.
Any inconvenience caused is sincerely regretted.

𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Hujung minggu ni tak tahu nak ke mana? Jom meriahkan 𝗙𝗲𝘀𝘁𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿! 🎉🎪🔖 𝟭𝟴 - 𝟮𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲📍𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶...
18/09/2026

Hujung minggu ni tak tahu nak ke mana? Jom meriahkan 𝗙𝗲𝘀𝘁𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿! 🎉🎪

🔖 𝟭𝟴 - 𝟮𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
📍𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗟𝗮𝘂𝘁, 𝗧𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗽𝗮𝘁, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿

Ada macam-macam aktiviti best dan yang paling penting, ada 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔! 😍

Ajak family & kawan-kawan sekali ya!

“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

🌏 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗨𝗠 (𝗚𝗦𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟳🎭Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebudayaan UNESCO Malaysia (SKUM) 2027 kini dibuka...
18/09/2026

🌏 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗨𝗠 (𝗚𝗦𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟳

🎭Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebudayaan UNESCO Malaysia (SKUM) 2027 kini dibuka! 🎭

🌟Peluang mendapatkan sumbangan kewangan bagi pelaksanaan aktiviti, program atau projek berkaitan kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan.

📌 Permohonan ditutup: 9 Oktober 2026 | 5.00 petang
📲 Imbas QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang!

"𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

𝟭𝟱 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛  𝗧𝗨𝗡𝗔𝗦 𝗔𝗥𝗞𝗘𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 - 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗗𝗔...
17/09/2026

𝟭𝟱 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗦 𝗔𝗥𝗞𝗘𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 - 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗧𝗨𝗡 𝗛𝗨𝗦𝗦𝗘𝗜𝗡 𝗢𝗡𝗡 (𝟮)

𝗖𝗛𝗘𝗥𝗔𝗦 - 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗝𝗪𝗡), 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗦𝗲𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 telah menerima undangan ke 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗻𝗮𝘀 𝗔𝗿𝗸𝗲𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗧𝘂𝗻 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗲𝗶𝗻 𝗢𝗻𝗻 (𝟮) yang melibatkan seramai 150 orang pelajar Tahun 5.

Program yang diadakan ini merupakan salah satu usaha memperkukuh pendidikan warisan dengan merujuk buku teks Sejarah tahun 4,melalui pendekatan yang interaktif, kreatif dan bersesuaian dengan golongan pelajar.

Para pelajar berpeluang meneroka dunia warisan Arkeologi melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya; taklimat 'Kenali Dunia Arkeologi', permainan susun suai gambar (puzzle), kuiz interaktif, taklimat ekskavasi Arkeologi, amali ekskavasi Arkeologi, jom cuba peralatan menyelam dan simulasi memotong ayam dan ubi kayu menggunakan alat batu zaman pra sejarah.

Melalui aktiviti amali ekskavasi, bebeberapa kategori ketetapan pemarkahan telah dipertandingkan iaitu Penyelia Tapak Ekskavasi Arkeologi Terbaik; Pelukis Artifak Terbaik; kerjasama yang terbaik dalam kumpulan; dan Ikon Tunas Arkeologi SK BTHO (2).

Pendekatan belajar sambil bermain ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, malah membantu memperkenalkan kepentingan sejarah dan warisan negara kepada generasi muda dalam suasana yang santai dan dekat dengan mereka.

JWN terus komited memperkasakan pendidikan sejarah dan kesedaran warisan melalui penglibatan bersama institusi pendidikan dan komuniti.

Usaha ini diharap dapat menyemai rasa cinta, tanggungjawab dan penghargaan terhadap khazanah warisan negara agar terus dihargai dan dilestarikan oleh generasi akan datang.

“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐘𝐎𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐆𝐄 𝐂𝐇𝐄𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟕Kuala Lumpur, 17 September 2026 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Ke...
17/09/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐘𝐎𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐆𝐄 𝐂𝐇𝐄𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟕

Kuala Lumpur, 17 September 2026 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menghadiri Majlis Sidang Media Malaysian Young Heritage Chef 2027 yang dianjurkan oleh SAMA Premier International Sdn. Bhd. dengan kerjasama Professional Culinaire Association (PCA).

Majlis yang berlangsung di Audio Visual Room, MaTiC, Kuala Lumpur ini turut disertai oleh wakil Jabatan Warisan Negara, pihak penganjur, PCA, pengurusan SAMA Premier International Sdn. Bhd. serta rakan strategik dan barisan media.

Majlis turut menyaksikan Ucapan Tetamu Kehormat dan Perasmian Malaysian Young Heritage Chef 2027 oleh YBrs. Tuan Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara mewakili Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Program Malaysian Young Heritage Chef 2027 merupakan satu inisiatif yang mengetengahkan elemen warisan, seni kulinari dan kreativiti generasi muda dalam usaha memperkenalkan serta mengangkat warisan makanan negara kepada masyarakat, khususnya generasi akan datang.

Melalui platform seperti ini, warisan makanan bukan sekadar dipelihara, malah terus dihidupkan, dikembangkan dan diwariskan kepada generasi baharu.

“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

17/09/2026

✨🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟, 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🇲🇾✨

Enam hari berlalu, pelbagai cerita tercipta. Dari pagi hingga ke malam, Taman Tasik Titiwangsa menjadi ruang pertemuan masyarakat untuk menikmati, mengenali dan menghayati kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia.

Hari terakhir terus dihiasi dengan suasana meriah — pengunjung menikmati juadah warisan, mencuba aktiviti tradisional, menyaksikan demonstrasi serta persembahan kebudayaan dan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat.

Yang paling bermakna, setiap kunjungan bukan sekadar membawa pulang kenangan, tetapi turut membawa pengalaman dan pengetahuan tentang warisan yang begitu dekat dengan kehidupan kita. ❤️

Terima kasih kepada seluruh pengunjung yang telah bersama-sama memeriahkan Festival Budaya Malaysia 2026. Kehadiran, sokongan dan keterujaan anda menjadi sebahagian daripada cerita indah festival ini. 🇲🇾

✨ Tirai ditutup, tetapi cerita warisan akan terus kita bawa pulang, hayati dan wariskan kepada generasi seterusnya.

𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 — 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮, 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮. 🇲🇾❤️

📍 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘀𝗶𝗸 𝗧𝗶𝘁𝗶𝘄𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿
📅 𝟭𝟭 – 𝟭𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

"𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

✨🇲🇾 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗖𝗜𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡@𝗞𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾✨Enam hari penuh warna, rasa dan cerita akhirnya sampai ke penghu...
17/09/2026

✨🇲🇾 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗖𝗜𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡@𝗞𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾✨

Enam hari penuh warna, rasa dan cerita akhirnya sampai ke penghujung. ❤️

Sepanjang 𝗙𝗲𝘀𝘁𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗖𝗶𝘁𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗮 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻@𝗞𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲, pengunjung bukan sahaja menikmati pelbagai juadah warisan, malah berpeluang mengenali sejarah, tradisi, permainan, kemahiran serta seni budaya yang menjadi sebahagian daripada khazanah Malaysia.

Daripada aktiviti interaktif dan permainan tradisional, demonstrasi masakan hinggalah persembahan seni budaya, setiap pengalaman membawa pengunjung lebih dekat dengan 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻.

Senyuman, gelak tawa dan keterujaan pengunjung sepanjang festival menjadi kenangan paling bermakna buat kami. 🇲🇾✨

𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿, 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮.

✨ 𝗖𝗶𝘁𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗺𝗯𝗮𝘂 𝗻𝗼𝘀𝘁𝗮𝗹𝗴𝗶𝗮, 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮. 🇲🇾❤️

📍 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘀𝗶𝗸 𝗧𝗶𝘁𝗶𝘄𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿
📅 𝟭𝟭 – 𝟭𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

"𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

16/09/2026

🥥🔥 SIAPA PALING LAJU KUKUR BUAH NYIOR?

Bukan sekadar pertandingan, tapi satu kemahiran tradisional yang mengimbau kembali cara masyarakat dahulu menyediakan santan untuk masakan. 😍

Dalam Sesi Interaktif Seni, Budaya & Warisan, peserta mencabar kepantasan dan kemahiran masing-masing dalam Pertandingan Kukur Buah Nyior/Kelapa! 💪🥥

Dari tangan generasi terdahulu, kita kenali, hayati dan teruskan warisan untuk generasi seterusnya. ❤️

Warisan bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dicuba dan diwarisi!

Jelajah nostalgia, rasa warisan!

📍 Laman 1, Taman Tasik Titiwangsa

📅 11–16 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah malam

📌 Ikuti kami di TikTok:

Lebih dekat, lebih santai dan lebih interaktif!

Jangan lupa follow, like dan share!

“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

Address

Aras Mezzanine, 15-20, Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB), No. 201-A, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326127200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage):

Shortcuts

Share