Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur

Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur page Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur (JIM WPKL) Pada 6hb. Secara prinsip penubuhan JWIP telah dipersetujui oleh KDN pada tarikh 7hb.

SEJARAH JABATAN IMIGRESEN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sebelum 1 Februari 1989 Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur wujud secara organisasi daripada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Namun demikian atas sebab kemerosotan ekonomi Dunia/Negara pada masa itu dan mengambil kesempatan kedudukan fizikal JIWP di lokasi yang sama dengan Ibu Pejabat JIM iaitu di Kompleks Pusat Bandar Damansara, maka JIWP telah dibubarkan pada 1.2.1989. Oktober, 1993 satu lagi mesyuarat telah diadakan dan menjelaskan sektor kerja - kerja yang akan diserahpindah ke Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan kuala Lumpur dan jumlah jawatan yang akan terlibat adalah seramai 11 Orang Pegawai yang terdiri daripada PPI (N3) 2 Orang, PIT (KP 6) 2 Orang, P*K (KP 6) 2 Orang dan PI (KP8) 5 Orang. Tetapi jumlah jawatan yang diserahpindah dikaji semula dengan penubuhan Pasukan Petugas Tetap (PATI/PTI) kerana ia akan melibatkan penambahan bidang kerja Bahagian. Secara Kebetulan , dengan pelaksanaan SSB dan penyusunan semula stuktur organisasi Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan mengambil kesempatan untuk mewujudkan bahagian-bahagian baru termasuk penubuhan JIWP dengan harapan perkhidmatan imigresen dapat diperkembangkan dan pertingkatkan. Dengan pemisahan JIWP daripada ibu pejabat dan penubuhan beberapa pejabat cawangan pelanggan-pelanggan dapat diagih-agihkan dan tidak bertumpu di satu tempat sahaja untuk mendapat perkhidmatan. Oktober, 1992. Pada 20hb. Disember 1995 Pejabat Imigresen Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dibangunan Kompleks Wilayah di Jalan Dang Wangi. Pejabat Cawangan ini telah memberi kemudahan Imigresen kepada orang awam. Pada tahun 2005, apabila Ibu Pejabat Imigresen Malaysia berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pejabat Imigresen Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kompleks Wilayah telah ditutup dan berpindah ke Pusat Bandar Damansara. Sebuah Pejabat Cawangan telah dibuka di Wangsa Maju pada tahun 2006. Jabatan Imigresen WPKL Pusat Bandar Damansara kini telah berpindah dan beroperasi di Kompleks KDN, Jalan Duta bermula 17 Oktober 2011.

17/08/2026

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAWAT & PELANGGAN YANG BERURUSAN DI PEJABAT-PEJABAT IMIGRESEN KUALA LUMPUR, ADALAH DIMOHON BERPAKAIAN SOPAN & BERSESUAIAN.













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

NOTIS KEMAS KINI: GANGGUAN TALIAN TELEFON JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) WPKLAdalah dimaklumkan bahawa talian telefon ...
17/08/2026

NOTIS KEMAS KINI: GANGGUAN TALIAN TELEFON JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) WPKL

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di seluruh bangunan JIM WPKL masih lagi mengalami gangguan dan belum dapat beroperasi sepenuhnya pada hari ini.

Lanjutan daripada pemakluman sebelum ini, perkara ini adalah berikutan kerja-kerja baik pulih masalah teknikal pada pelayan (server) utama kelolaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sedang giat dilaksanakan oleh pihak teknikal.

Kami memohon maaf atas kesulitan yang berpanjangan ini dan amat menghargai kesabaran serta timbang rasa anda. Untuk sebarang pertanyaan atau urusan rasmi, sila terus hubungi kami melalui medium alternatif seperti mesej (DM) di Facebook ini atau melalui e-mel rasmi kami.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum dan terima kasih.













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾Siri Trivia Kemerdekaan JIM WPKL kembali lagi! Ha...
16/08/2026

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾

Siri Trivia Kemerdekaan JIM WPKL kembali lagi! Hari ini, kita bongkar kisah di sebalik lagu yang sentiasa membangkitkan semangat kebanggaan kita setiap kali ia berkumandang.

TRIVIA 04: ASAL USUL LAGU KEBANGSAAN 'NEGARAKU'

Tahukah anda? Melodi magis lagu kebangsaan kita, 'Negaraku', sebenarnya berasal daripada lagu kebesaran negeri Perak yang bertajuk "Allah Lanjutkan Usia Sultan".

Lebih menarik lagi, melodi bersejarah ini asalnya diinspirasikan daripada sebuah lagu popular Perancis yang berasal dari Pulau Mahé, Kepulauan Seychelles! Siapa sangka lagu yang menyatukan jutaan rakyat Malaysia ini mempunyai rentetan sejarah yang merentas benua?

Setiap kali bait-bait lirik 'Negaraku' dinyanyikan, mari kita hayati semangat perpaduan dan kesetiaan yang mengalir di dalamnya. Teruskan bersama kami di laman sosial JIM WPKL untuk lebih banyak fakta sejarah yang menarik. Ayuh, suburkan jiwa merdeka!













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾Siri Trivia Kemerdekaan JIM WPKL diteruskan lagi ...
15/08/2026

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾

Siri Trivia Kemerdekaan JIM WPKL diteruskan lagi pada hari ini! Jom kita kenali susuk tubuh di sebalik penciptaan lambang kemegahan negara kita.

TRIVIA 03: PENCIPTA BENDERA NEGARA

Tahukah anda siapa yang mereka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Jalur Gemilang)? Reka bentuk kebanggaan kita ini merupakan hasil karya Allahyarham Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Lebih membanggakan, rekaan luar biasa beliau telah berjaya menambat hati juri dan dipilih daripada 373 penyertaan menerusi satu pertandingan reka bentuk bendera peringkat kebangsaan yang dianjurkan pada tahun 1949!

Setiap kali kita mengibarkan Jalur Gemilang, mari kita kenang jasa dan kreativiti beliau yang kini kekal menjadi lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Teruskan bersama kami di laman sosial JIM WPKL untuk lebih banyak fakta sejarah yang menarik. Ayuh, suburkan jiwa merdeka!













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SEMARAK KESUKANAN: JIM WPKL DAN PENGUATKUASA DBKL BERENTAP DALAM PERLAWANAN PERSAHABATANKUALA LUMPUR, 14 Ogos - Dalam us...
14/08/2026

SEMARAK KESUKANAN: JIM WPKL DAN PENGUATKUASA DBKL BERENTAP DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Dalam usaha memperkasakan jalinan strategik di luar medan tugas rasmi, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 12 Ogos lalu.

Lebih menarik, perlawanan ini turut diserikan dengan aksi bertenaga daripada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua agensi. Pengarah Imigresen Negeri WPKL, YBrs. PgK Hamsha bin Injau, dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL sendiri telah turun padang menyarung jersi. Penyertaan mereka bukan sahaja memeriahkan suasana, malah membuktikan kepimpinan melalui teladan serta semangat kesukanan yang tinggi tanpa mengira pangkat.

Inisiatif ini dianjurkan bagi membina kecergasan warga kerja di samping menjadi platform memperkukuh tali silaturahim dan kesefahaman antara warga JIM WPKL dan DBKL. Kesepaduan yang dibina di atas padang ini amat penting kerana ia bakal diterjemahkan kepada kelancaran kerjasama operasi penguatkuasaan bersepadu di lapangan kelak.

Perlawanan yang diwarnai dengan semangat setia kawan ini kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kenangan serta bertukar cenderahati antara kedua-dua pasukan.













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾Siri Trivia Kemerdekaan JIM WPKL kembali untuk ha...
14/08/2026

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾

Siri Trivia Kemerdekaan JIM WPKL kembali untuk hari kedua! Mari kita semak satu lagi fakta sejarah negara yang mungkin ramai terlepas pandang.

TRIVIA 02: PENGUMUMAN PERTAMA TARIKH KEMERDEKAAN

Tahukah anda? Walaupun laungan keramat kemerdekaan bergema di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, namun tarikh rasmi kemerdekaan negara sebenarnya tidak diumumkan di ibu kota!

Sebaliknya, khabar gembira mengenai tarikh kemerdekaan ini telah diumumkan buat pertama kalinya di Padang Pahlawan, Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pengumuman bersejarah ini dibuat di hadapan puluhan ribu rakyat sebaik sahaja rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selamat pulang dari London.

Melaka sememangnya menyimpan 1001 titik sejarah berharga buat pembentukan negara kita. Sama-sama kita hayati liku-liku perjalanan tokoh terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.

Teruskan mengikuti laman sosial kami untuk fakta-fakta sejarah menarik setiap hari. Ayuh, suburkan jiwa merdeka!













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

13/08/2026
TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾Bulan Ogos kini tiba lagi, membawa bersama semang...
13/08/2026

TRIVIA KEMERDEKAAN JIM WPKL: SETIAP HARI, SATU FAKTA, SATU SEMANGAT! 🇲🇾

Bulan Ogos kini tiba lagi, membawa bersama semangat patriotisme yang membara! Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan membawakan siri trivia menarik khas buat anda semua.

TRIVIA 01: LAUNGAN KERAMAT MERDEKA

Tahukah anda? Bapa Kemerdekaan kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah melaungkan perkataan "Merdeka" sebanyak 7 kali berturut-turut di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

Lebih menakjubkan, laungan keramat ini telah disahut dengan penuh gemuruh dan kebanggaan oleh lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada ketika itu, menandakan bermulanya era kebebasan mutlak negara kita!

Sama-sama kita hayati sejarah dan semangat laungan ini. Teruskan mengikuti kami untuk fakta-fakta sejarah menarik setiap hari sepanjang bulan kebangsaan ini. Ayuh, suburkan jiwa merdeka dalam diri kita demi nusa dan bangsa!













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) WPKL Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di seluruh ...
13/08/2026

NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) WPKL

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di seluruh bangunan JIM WPKL sedang mengalami gangguan buat sementara waktu.

Perkara ini berikutan terdapat masalah teknikal pada pelayan (server) utama kelolaan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pihak teknikal sedang giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan gangguan ini dijangka akan mengambil masa selama satu (1) hari.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran anda. Sebarang pertanyaan atau urusan rasmi, sila hubungi kami melalui medium alternatif seperti mesej (DM) di Facebook ini atau melalui e-mel rasmi kami.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum dan terima kasih.













“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”
©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Address

Aras LG, 1, 2 & 5, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), No 69, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta
Kuala Lumpur
50550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share