22/03/2026
Hari ini, 22 Mac 2026, kita menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-97 bagi seniman agung negara, Tan Sri Dr. P. Ramlee, atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.
Tan Sri Dr. P. Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang. Ayah beliau seorang ahli pelayaran berasal dari Lhokseumawe, Aceh dan ibu beliau berasal dari Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang.
Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kampong Jawa (1935-1938), Sekolah Inggeris Francis Light (1939), Sekolah Tentera Laut Jepun - Kaigun Gaiko (1942-1944) dan Penang Free School (1947).
Semangat perpaduan yang beliau semai dan tonjolkan dalam filem telah menjadikan filem-filem beliau masih diminati hingga ke hari ini dan lagu-lagu dendangan beliau masih menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut layari Galeri Maya eNegarawan https://enegarawan.arkib.gov.my/