MIMALAND

MIMALAND Mimaland dalam kenangan, taman tema pertama di Malaysia (1971-1994). Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta

sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'Taman Haiwan Prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983). Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba. Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, berlaku satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai. Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

09/10/2025

Apabila Dinosaur Styracosaurus tiba-tiba hidup di Pre-Historic Animal Kingdom MIMALAND.

18/12/2024
Tinggalan sejarah MIMALAND beberapa cenderamata, flyers & tiket masuk ke MIMALAND.
13/08/2023

Tinggalan sejarah MIMALAND beberapa cenderamata, flyers & tiket masuk ke MIMALAND.

13/08/2023
Kali pertama penemuan semula Replika Dinosaur di MIMALAND pada tahun 2015 oleh sekumpulan anak muda sehingga mencetuskan...
13/08/2023

Kali pertama penemuan semula Replika Dinosaur di MIMALAND pada tahun 2015 oleh sekumpulan anak muda sehingga mencetuskan fenomena viral ketika itu.

Credit to Mohamad Akhbar & The Team.

Perkongsian video drone di MIMALAND oleh seorang YouTuber. Untuk makluman MIMALAND adalah Hak Milik Persendirian dan tem...
13/08/2023

Perkongsian video drone di MIMALAND oleh seorang YouTuber. Untuk makluman MIMALAND adalah Hak Milik Persendirian dan tempat ini dijaga dan dilarang masuk. Sejak viral penemuan replika-replika Dinosaur di sini beberapa tahun lalu dan ramai individu dan berkumpulan yang buat aktiviti terjah ke sini untuk pengambaran dan sebagainya, tempat ini telah dijaga ketat, termasuk ada anjing² yang dilepaskan untuk menjaganya dari diceroboh masuk.

SERAM TAK BACA TAJUK?!?!Aku berpeluang untuk jejakkan kaki ke Mimaland selepas 25 tahun terbiar. Memang cuak masa mula-mula sampai, tengok dia punya pintu ge...

13/08/2023

Kongsikan gambar kenangan anda di MIMALAND beserta tahun dikunjungi untuk page ini kongsikan memori indah tersebut di sini.

Pelbagai gambar kenangan di MIMALAND yang dikongsikan oleh mereka yang pernah berkunjung ke Taman Tema ini sekitar pengh...
13/08/2023

Pelbagai gambar kenangan di MIMALAND yang dikongsikan oleh mereka yang pernah berkunjung ke Taman Tema ini sekitar penghujung tahun 1970-an hingga awal tahun 1990-an.

Sumber : Malaysiaku Dulu-Dulu Official

Percutian keluarga di MIMALAND pada tahun 1986. Antara yang dikongsikan kawasan Kolam Renang & Gelungsur (Swimming Pool ...
13/08/2023

Percutian keluarga di MIMALAND pada tahun 1986. Antara yang dikongsikan kawasan Kolam Renang & Gelungsur (Swimming Pool & Splash), Safari Golf & Pre-Historic Animal Kingdom.

Kredit : Nor Khalizah Ab Razak

Gambar kenangan di tengah laluan Pre-Historic Animal Kingdom MIMALAND pada tahun 1988.Kredit : Siti Zaleha
13/08/2023

Gambar kenangan di tengah laluan Pre-Historic Animal Kingdom MIMALAND pada tahun 1988.

Kredit : Siti Zaleha

Address

Gombak
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIMALAND posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share