05/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐
๐ผ๐ฝ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ฝ๐๐๐ผ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Perhimpunan Bulanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA) bagi bulan Februari 2026 anjuran Pasukan Gerakan Udara (PGU) telah diadakan di Tingkat 5, Menara 1, Bukit Aman pada pada 3 Februari 2026 yang lalu.
Perhimpunan ini telah dihadiri oleh YDH CP Datoโ Fisol bin Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama barisan komander-komander elemen serta Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam dari Jabatan KDNKA.
Semasa majlis tersebut, YDH Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, dan Pegawai Awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka. Antara penerima sijil penghargaan dari Pasukan Gerakan Udara adalah Inspektor Mohd Razlan bin Azizan - Bahagian Kejuruteraan PGU, Sarjan Mejar Fadzilah binti Azmi - Inspektorat Penerbangan PGU, Sarjan Edwin Anak Gubak - Bahagian Operasi Penerbangan PGU, Sarjan Noor Ariyanti binti Abdul Rahim - Pemerhati Udara PGU, Koperal Muhammad Danieal bin Abdul Razak - Bahagian Operasi Penerbangan PGU, Koperal Mohd Khairuddin bin Mohd Yasid - Unit Dron PGU, dan PF Siti Ayuni binti Jumat.