Bahagian Pembangunan Usahawan MARA

Bahagian Pembangunan Usahawan MARA Bahagian Pembangunan Usahawan Laman ini merupakan laman rasmi Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.

๐— ๐—”๐—ฅ๐—”, ๐—๐—›๐——๐—– ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—œ๐—ก๐— ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅJOHOR BAHRU, 11 Jun 2026 - Majl...
12/06/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—”, ๐—๐—›๐——๐—– ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—œ๐—ก๐— ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

JOHOR BAHRU, 11 Jun 2026 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan mengadakan dua sesi libat urus strategik bersama Johor Halal Development Corporation (JHDC) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hari ini bagi memperluaskan akses serta mempercepat proses Pensijilan Halal Malaysia dalam kalangan usahawan Bumiputera di negeri itu.

Sesi pertama melibatkan pertemuan antara MARA dan JHDC yang diketuai oleh Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan; Encik Kamarudin bin Atat @ Arsat, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Johor; Puan Norzakiah binti Roslan, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Usahawan) MARA Negeri Johor; serta Encik Ahmad Nazirul bin Abd. Majid, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian Pembangunan Usahawan.

JHDC p**a diwakili oleh Encik Mohammad Shakib bin Idrus, Pengarah Johor Halal Development Corporation dan Puan Hajah Rahmah binti Sukhairi, Pengurus Johor Halal Development Corporation.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program akselerasi halal yang dirangka bagi membantu lebih ramai usahawan Bumiputera di Johor memperoleh Pensijilan Halal Malaysia. Melalui kerjasama tersebut, MARA akan memanfaatkan kepakaran Halal Executive dan Internal Halal Auditor, manakala JHDC bertindak sebagai pemudah cara dalam menyediakan akses โ€œGreen Laneโ€ bagi mempercepatkan proses pensijilan.

Dalam perkembangan berkaitan, sesi libat urus bersama JAINJ turut diadakan pada hari yang sama bagi membincangkan sokongan strategik kepada pembangunan ekosistem halal usahawan Bumiputera di Johor.

Delegasi MARA diketuai oleh Puan Nor Uyon binti Shoib bersama Encik Kamarudin bin Atat @ Arsat, Puan Norzakiah binti Roslan dan Encik Ahmad Nazirul bin Abd. Majid, manakala pihak JAINJ diwakili oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh, Timbalan Pengarah Pengurusan JAINJ serta Tuan Haji Mohd. Taufik bin Dato' Kiyai Haji Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ.

Perbincangan memfokuskan peranan MARA yang memiliki ekosistem pembangunan halal yang komprehensif dalam membantu usahawan Bumiputera memenuhi keperluan dan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. JAINJ turut menyatakan komitmen untuk menyediakan khidmat nasihat serta sokongan teknikal kepada usahawan sepanjang proses permohonan pensijilan.

Kerjasama antara MARA, JHDC dan JAINJ dijangka membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Bumiputera Johor untuk menembusi pasaran halal yang semakin berkembang, sekali gus meningkatkan daya saing mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.









12/06/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก ๐—™๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ข๐—ก (๐— ๐—œ๐—™) | ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Sebagai sebahagian daripada pengisian Women In Search of Excellence (WiSE) 2026, MARA In Fashion (MIF) mengetengahkan kreativiti dan bakat usahawan fesyen MARA menerusi persembahan runway yang menampilkan koleksi berkonsepkan Modest Fashion.

Platform ini bukan sahaja memperagakan hasil karya pereka fesyen tempatan, malah menjadi medium promosi jenama, memperluas jaringan industri serta membuka peluang pasaran kepada usahawan fesyen wanita.

Selaras dengan tema โ€œElevating Women, Empowering Communitiesโ€, MIF terus menjadi platform dalam memperluas potensi usahawan fesyen wanita ke arah pembangunan jenama yang lebih berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran lebih luas.

16 Jun 2026 (Selasa)
8.00 pagi โ€“ 10.30 malam
Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis








12/06/2026

๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—ข๐—™ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿฐ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ

Bersedia untuk Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 yang menghimpunkan wanita inspirasi, usahawan berjaya dan pemimpin masa hadapan.

Jumpa anda di Kangar, Perlis.








12/06/2026
12/06/2026
12/06/2026
Info dan Perkongsian kepada usahawan-usahawan di bawah pelbagai industri.Usahawan boleh terus menghubungi Penganjur Prog...
10/06/2026

Info dan Perkongsian kepada usahawan-usahawan di bawah pelbagai industri.

Usahawan boleh terus menghubungi Penganjur Program seperti maklumat dalam poster hebahan sekiranya berminat menyertai program ini.

๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—๐—˜๐—ฉ๐—ข ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—จ๐—˜ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ (๐—ฆ๐—•๐—— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)

Expand your network. Explore international opportunities. Build strategic partnerships with global industry players through this exclusive international business mission by MBBC.

๐Ÿ“ Sarajevo, Bosnia & Herzegovina
๐Ÿ—“๏ธ 13 โ€“ 19 September 2026

Kindly refer to the event poster and programme attached for full details.

โšก Seats are limited and registration closes on 13 August 2026.

๐Ÿ“ Register Here:
[SBD 2026 Registration Form](https://forms.gle/FQy926gVcwJGtyWv8?utm_source=chatgpt.com)

๐Ÿ“ž Mohamed Syairoz
+6018-666 5999

Address

21, Jalan MARA
Kuala Lumpur
50609

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Usahawan MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pembangunan Usahawan MARA:

Share