25/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
1. Ketika Kerajaan menaikkan harga diesel kepada RM4.72 seliter - tertinggi dalam sejarah Malaysia - pesawah padi menjadi kelompok yang paling terkesan ketika ini.
2. Waktu ini pesawah berada dalam fasa kritikal, ada yang dalam musim menuai dan ada juga yang bermula dalam persediaan musim baharu.
3. Dalam waktu yang sama negara berdepan musim kemarau. Banyak kawasan sawah menyaksikan padi menjadi hampa. Sudahlah hasil terjejas, pesawah terpaksa p**a mengeluarkan kos tambahan disebabkan kenaikan harga diesel hingga ada yang menanggung kerugian.
4. Lebih mendesak, jentera penuai dan pembajak hingga kini tidak termasuk dalam skop bantuan BUDI-Agri Madani, manakala subsidi RM160 sehektar bagi kerja membajak dan RM50 sehektar bagi tuaian, jelas tidak lagi mencerminkan realiti kos semasa.
5. Persoalan juga timbul berhubung Insentif Tunai RM600 kepada pesawah. Apakah benar pesawah tidak menerima bantuan ini sejak dua musim berturut-turut?
6. Pembangkang bimbang jika kerajaan tidak menangani isu ini dengan segera, krisis harga minyak akan menjadi krisis keselamatan bekalan makanan. Kita harap kerajaan akan mengambil langkah intervensi dengan segera.
7. Pelan Kontinjensi Nasional harus dibuat segera dengan mengambil kira keadaan konflik di rantau Teluk. Ianya harus jelas dan menyeluruh supaya semua pihak sama ada kerajaan mahu pun rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan di masa hadapan.
8. Jangan sesekali bersikap defensif terhadap teguran atau cadangan yang diberikan. Negara perlukan kepimpinan yang mendengar denyut nadi rakyat, yang memahami realiti sebenar di bawah sana dan sentiasa jujur dalam setiap tindakan.
๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Ketua Pembangkang
25 Mac 2026, Kuala Lumpur