Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya

Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya Unit Promosi Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Unit Promosi Kesihatan Pergigian adalah salah satu daripada Unit yang terletak di bawah Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhannya, unit ini ditugaskan untuk menerbit dan mengedar bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan pergigian. Bermula pada tahun 2012, fungsi unit ini telah beralih daripada penerbitan dan pengedaran bahan-bahan promosi kepada pengurusan program-program promosi dan pendidikan kesihatan pergigian termasuk latihan, khidmat runding promosi kesihatan pergigian, penyelidikan dan media massa. Fungsi utama Unit Promosi kesihatan pergigian kini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau danmenilai program pendidikan dan promosi kesihatan pergigian Pergigian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Program dan aktiviti promosi kesihatan pergigian memberi perkhidmatan sokongan kepada program kesihatan pergigian lain. Aktiviti ini diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen promosi kesihatan pergigian pergigian di dalam program-program tersebut di bawah Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah be...
06/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€

Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah berjaya menyertai dan menjayakan Program MADANI Kita melalui pelaksanaan aktiviti saringan kesihatan pergigian dan pameran kesihatan pergigian.

Program ini dilaksanakan oleh anggota pergigian dari Zon Lembah Pantai sebagai satu usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta menggalakkan pengesanan awal masalah pergigian dalam kalangan komuniti setempat.

๐Ÿ“… Tarikh: 6 September 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Komuniti Lembah Pantai

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh anggota pergigian yang terlibat atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini. Semoga manfaat yang diperoleh pada hari ini dapat menjadi titik tolak kepada komuniti setempat untuk terus mengambil berat tentang kesihatan pergigian masing-masing.

Senyuman Sihat, Kehidupan Sejahtera.

๐ŸŒŸ LENGKAPKAN GAYA HIDUP AKTIF & SIHAT BERSAMA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) 2026! ๐ŸŒŸKesihatan ialah aset...
05/09/2026

๐ŸŒŸ LENGKAPKAN GAYA HIDUP AKTIF & SIHAT BERSAMA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) 2026! ๐ŸŒŸ

Kesihatan ialah aset terpenting dalam kehidupan kita. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) telah menganjurkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat WPKL & Putrajaya Tahun 2026 pada 5 September 2026 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur!

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dianjurkan meliputi:
๐Ÿฉบ Aktiviti & Saringan Kesihatan: Promosi Kesihatan Pergigian (meliputi ujian literasi kesihatan mulut, pemeriksaan mulut kendiri, kesihatan mulut ibu dan anak dan penjagaan kesihatan mulut), Analisa Komposisi Tubuh Badan, Saringan Minda Sihat & Kempen Kenali Ubat Anda.

๐ŸŽฎ Sukan & Rekreasi: Cabaran Smart Trainer Bike, Nintendo Switch Sports & Just Dance Simulator.

๐Ÿ† Pertandingan Menarik: Treasure Hunt, Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak & Warga Emas) & Aerodance.

๐ŸŽค Persembahan Artis: Penampilan khas Zaki Yamani!

๐ŸŽ Hadiah Eksklusif: Kad Touch 'n Go Edisi Khas BMSS 2026 PERCUMA untuk pengunjung terawal!

---

๐Ÿ† SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT WIRA & WIRAWATI PERGIGIAN! ๐Ÿ†

Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P amat berbangga dengan pencapaian cemerlang warga pergigian yang bukan sahaja mempromosikan kesihatan mulut, malah memimpin menerusi teladan dalam membudayakan gaya hidup aktif menerusi Cabaran Langkah Sihat itu Saya di peringkat JKWPKL&P dari 27 April 2026 hingga 25 Julai 2026 yang lalu!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang:
Kategori Individu dengan 2,700,000 langkah dan 90 poin.

๐Ÿฅ‡ Siti Zubaidah Md Ismail - The Canine Runners, Bahagian Kesihatan Pergigian
๐Ÿฅˆ Ng Chee Lip - The Canine Runners, Bahagian Kesihatan Pergigian
๐Ÿฅ‰ Asrul Azhar Baharom - KL53, Pejabat Kesihatan Pergigian Titiwangsa

Kategori Kumpulan (20 orang peserta bagi setiap pasukan):

๐Ÿฅ‡ Johan:KL9 โ€“ The Canine Runners (Bahagian Kesihatan Pergigian, Ketua: Mustaffa Jaapar) โ€” Jumlah: 37,720,197 langkah dengan jumlah mata sebanyak 1,800.

๐Ÿฅˆ Naib Johan: KL52 โ€“ Now or Never (Pejabat Kesihatan Pergigian Titiwangsa, Ketua: Nadia Rahman) โ€” Jumlah: 32,106,415 langkah dengan jumlah mata sebanyak 1,798.

Pertandingan Aerodance:

๐Ÿ’ƒ Johan: Pasukan Dent 2 Dance di mana anggotanya terdiri daripada Klinik Pergigian Dato' Keramat, Bangsar, Sentul dan Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa.

Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan pergigian ini membuktikan bahawa kekangan tugas seharian bukanlah penghalang untuk kita kekal aktif, sihat, dan bertenaga. Jadikan pencapaian ini sebagai sumber inspirasi untuk kita terus bergerak demi kesihatan fizikal dan mental yang optimum.

Mari kita mulakan langkah pertama hari ini. Ayuh kekal aktif, jaga kesihatan diri, dan amalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat!

Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

---

02/09/2026
01/09/2026

Jom dengar kenapa anda tetap perlu jumpa doktor gigi walaupun rasa gigi sihat.

Pemeriksaan berkala membantu kesan masalah awal sebelum jadi sakit, membuang karang gigi yang terkumpul, dan memastikan gusi serta gigi kekal sihat.

Senyum sihat bermula dengan pencegahan, bukan tunggu sakit baru rawat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!Bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita bersama-sama...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan, perpaduan dan kesejahteraan demi negara tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!Semoga semangat merdeka terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang saling menghorm...
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!

Semoga semangat merdeka terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang saling menghormati, menyayangi dan menjaga kesejahteraan bersama.

Dalam meraikan kemerdekaan, jangan lupa bahawa kesihatan diri juga adalah satu bentuk kemerdekaan. Amalkan gaya hidup sihat, kurangkan makanan dan minuman manis, berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, serta jalani pemeriksaan pergigian secara berkala.

Merdeka bukan sekadar bebas di tanah air tercinta, tetapi juga bebas untuk hidup lebih sihat, tersenyum lebih yakin dan melangkah ke hadapan dengan penuh semangat.

Selamat Hari Kebangsaan!

Aktifkan Deria, Selamatkan Senyuman! Siapa kata pendidikan kesihatan pergigian mesti serius dan hanya melihat pameran? B...
29/08/2026

Aktifkan Deria, Selamatkan Senyuman!

Siapa kata pendidikan kesihatan pergigian mesti serius dan hanya melihat pameran?

Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & P (BKP, JKWPKL & P) telah berkolaborasi dengan Bahagian Pemakanan JKWPKL dalam menjayakan Program Community Feeding Bandar Bersama Pemimpin Parlimen Seputeh Anjuran di Kompleks Komuniti Muhibbah.

Menerusi 4 booth station yang disediakan, *Booth Promosi Kesihatan Pergigian bertemakan Spider-Man, pengunjung bukan sahaja melihat dan membaca, tetapi **turut menyentuh, mencuba, bermain dan mengalami sendiri* pengalaman pembelajaran berkaitan kesihatan pergigian! ๐Ÿ•ท๏ธ๐Ÿฆท

Apa yang menarik?

Pameran Interaktif & Hands-On

Station 1: Wheel Of Smile
Pusing roda, jawab soalan dan lihat sejauh mana pengetahuan anda tentang cara menjaga gigi dan mulut dengan betul.

Station 2: Caries Chronicles
Ketahui bagaimana karies gigi bermula serta kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat dalam menjaga kesihatan gigi. Kekurangan zat makanan yang seimbang juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kerosakan gigi.

Station 3: Floss & Glow
Pengunjung berpeluang mempraktikkan sendiri teknik penjagaan gigi yang betul untuk membina tabiat oral yang lebih sihat dan senyuman yang lebih berseri.

Station 4: Lift The Lip
Ibu bapa diajar oleh pegawai pergigian cara melakukan pemeriksaan gigi dan mulut anak di rumah melalui kaedah โ€œLift the Lipโ€.

Mouth Self Examination
Pengunjung didedahkan kepada cara melakukan pemeriksaan kendiri mulut serta mengenali tanda-tanda awal kanser mulut.

Saringan Kesihatan Pergigian
Kenali tahap kesihatan gigi dan mulut anda melalui saringan pergigian secara percuma

Rawatan Pergigian Dalam Bas Pergigian Bergerak
Perkhidmatan pergigian dibawa lebih dekat kepada komuniti dalam suasana yang unik dan mesra.

Dental Role Play โ€“ Ala KIDZANIA
Pengunjung cilik berpeluang merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pegawai pergigian melalui aktiviti lakonan dan simulasi latihan memberus gigi yang betul .

Crossword Puzzle Pergigian
Cabar minda sambil mengukuhkan pengetahuan tentang kesihatan dan penjagaan gigi.

Pendekatan *โ€œLearning by Doingโ€*yang diterapkan menjadikan pendidikan kesihatan pergigian lebih *menyeronokkan, bermakna dan mudah diingati, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti.

Kerana setiap individu mempunyai โ€œSpidey Senseโ€ untuk menjaga kesihatan diri!

Aktifkan Spidey Sense. Jaga gigi. Cipta senyuman yang sihat!


Majlis Perhimpunan Pagi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya pada hari ini, 28 Ogos 2026, dise...
28/08/2026

Majlis Perhimpunan Pagi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya pada hari ini, 28 Ogos 2026, disemarakkan dengan semangat patriotisme bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.โ€

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan lagu patriotik dan deklamasi sajak oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, yang berjaya menyuntik rasa cinta akan tanah air serta membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga jabatan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian atas kejayaan meraih pencapaian membanggakan dalam Anugerah Audit KKP Pergigian Terbaik, termasuk pencapaian Johan dan Naib Johan. Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kerjasama berpasukan, kreativiti dan semangat kecemerlangan warga pergigian dalam menjayakan aktiviti yang memberi impak positif kepada organisasi.

Tahniah juga atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Kontinjen Perarakan Merdeka dan Laungan Semangat Kemerdekaan. Semoga pencapaian ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, kecemerlangan dan komitmen warga JKWPKL&P dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

MERDEKA JIWA, MURNI SEJAHTERA
(Sajak Perhimpunan Pagi JKWPKL & Putrajaya)
28 Ogos 2026

Di bawah naungan kibaran Jalur Gemilang,
Kita berhimpun menyatu tekad yang gemilang,
Mengimbau sejarah merdeka yang dijulang,
Enam puluh sembilan tahun tanah air bertuah,
Bebas daripada belenggu penjajahan dan gundah.

Namun, wahai warga penyembuh dan pelindung bangsa,
Perjuangan kita hari ini belum selesai masa!
Erti kemerdekaan bukan sekadar bebasnya bumi bertuah,
Tetapi merdekanya raga daripada badai penyakit yang memusnah.

Hari ini, di bumi Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tercinta,
Kita serukan obor perjuangan yang baharu dan nyataโ€”
Memerdekakan diri, keluarga, dan seluruh warga,
Daripada ancaman musuh tanpa rupa:
Penyakit Tidak Berjangkit yang meragut bahagia,
Daripada lesunya jantung, gelapnya kencing manis,
Hingga suramnya kesihatan mulut yang terabai manis.

Ingatlah wahai rakan perjuangan sekalian,
Mencegah itu sentiasa lebih utama daripada merawat!
Ubat yang paling mujarab ialah kesedaran yang memikat,
Kerana apabila benteng kesihatan mula robek dan rebah,
Kos rawatan mengunyah harta, mengikis pesona,
Kualiti kehidupan manusia gugur dan sirna,
Meninggalkan duka pada jiwa dan keluarga.

Bagaimana mungkin Kesejahteraan Dinikmati bersama,
Jika Aiwa dan raga masih dibelenggu penyakit yang bertakhta?
Bagaimana mungkin negara melangkah gagah ke hadapan,
Jika anak bangsanya kecundang dalam kesakitan?

Justeru, wahai warga JKWPKL dan Putrajaya!
Bangkitlah kita sebagai suri teladan dan pelopor nyata!
Mulakan dari senyuman yang sihat dan bersih,
Pelihara tubuh dengan gaya hidup yang murni dan jernih,
Didiklah masyarakat dengan ilmu dan kasih.

Mari kita merdekakan jiwa daripada alpa,
Mari kita merdekakan fizikal daripada alpa dan leka.
Kesihatan dipelihara, kesejahteraan didakap mesra,
Demi Malaysia MADANI yang gemilang, sihat, dan sejahtera!

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Merdeka Kesihatan Kita, Sejahtera Negara Tercinta!
Merdeka-Merdeka-Merdeka

Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menganjurkan Kursus Modul Teknikal Per...
27/08/2026

Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menganjurkan Kursus Modul Teknikal Pergigian (MTP) bagi 28 orang Pegawai Pergigian UG9 Lantikan Kontrak tahun 2026.

Objektif Kursus:
Melahirkan pegawai pergigian yang bermutu dan berilmu, dengan memberi pendedahan mengenai cara kerja, matlamat, dan pengetahuan asas dalam perkhidmatan kesihatan pergigian; pemahaman mengenai sistem penilaian pegawai kontrak untuk diserap ke lantikan tetap; serta peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan isu kecemasan dan keselamatan sepanjang perkhidmatan.

Hari Pertama (26 Ogos 2026):
โ€ข Oral Potentially Malignant Disorders (OPMD), Oral Cancer, Basic Periodontal Examination (BPE) & Denture โ€” Dr. Hazwani Hassan
โ€ข DIS Clinical โ€” Dr. Nurul Iman Mohd Nor
โ€ข Sesi bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)โ€” Dr. Mustaffa Jaapar
โ€ข Kemudahan Cuti Rehat, Gantian Cuti Rehat (GCR) & Latihan Sangkutan โ€” Pn. Nur Atiqah Najwa Aripin
โ€ข Status Kesihatan Mulut Populasi Malaysia serta Program Toddler, Pra Sekolah & Ibu Mengandung โ€” Datin Dr. Zaliza Zain
โ€ข Introduction to Research โ€” Dr. Ting Teck Pei
โ€ข Program Warga Emas & Keperluan Khas โ€” Dr. Nor Eliza Abdullah

Hari Kedua (27 Ogos 2026):
โ€ข Log Book dan MyCPD โ€” Dr. Noor Azhani Zakaria
โ€ข Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 โ€” Dr. Nailah Husin
โ€ข Inisiatif Kualiti: Kumpulan Inovatif dan Kreatif & Inovasi โ€” Dr. Salwani Abd Ghani
โ€ข Inisiatif Kualiti: Quality Assurance & Lean โ€” Dr. Noor Azhani
โ€ข Proses Permohonan Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta & Keselamatan Pekerja/Pesakit โ€” Dr. Vivegan A/L Doraisamy
โ€ข Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Rendah & Menengah, Overview of Oral Healthcare Services & Dental Promotion โ€” Dr. Sahena Ravindran
โ€ข KPI, OK, NIA & DSA Bahagian Kesihatan Pergigian โ€” Dr. Nur Athirah Aziman

Kursus ini merupakan langkah persediaan bagi pegawai kontrak sebelum dinilai untuk lantikan tetap dalam perkhidmatan awam.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448HMarilah kita bersama-sama menghayati sirah Rasulullah SAW, mencontohi akhlak mulia Baginda ser...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah Rasulullah SAW, mencontohi akhlak mulia Baginda serta menjadikan sunnahnya sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Address

Tingkat 2, Blok C, Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur
50590

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category