20/08/2026
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK: PELAKSANAAN KELAS HIBRID MELALUI PROJEK KGURU
Tarikh: 19 Ogos 2026 / Rabu
Masa: 2:30 petang
Tempat: Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur komited dalam memperkasa PdP melalui pendidikan digital.
Perkongsian hari ini melibatkan Penolong Kanan Pentadbiran yang merupakan individu penting dalam memastikan pelaksanaan projek ini memberi impak dalam melahirkan murid celik IT dan guru fasih digital.
Projek Kguru merupakan medium dalam memastikan kelestarian PdP yang lebih fleksibel dan interaktif buat para guru dan murid.
Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh Guru Besar SJK(C) Kepong 1 dalam menjayakan program hari ini.
Syabas kepada semua warga pendidik WPKL yang terus berinovasi demi melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing!
Tahun Ini, Tahun Kita
“Dekad ini, Dekad KL”
-2035