29/05/2026
Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 diraikan sebagai penghargaan kepada seluruh pengamal media yang terus komited memartabatkan etika, integriti dan profesionalisme dalam penyampaian maklumat kepada rakyat. Dalam landskap komunikasi tanpa sempadan, kewartawanan kekal sebagai medium penting dalam memastikan penyebaran berita yang sahih, tepat dan bertanggungjawab.
Peranan wartawan amat besar dalam mendidik masyarakat, meningkatkan kesedaran awam serta merakam perjalanan sejarah negara untuk tatapan generasi akan datang. Di sebalik setiap laporan dan liputan yang disampaikan, terselit pengorbanan masa, tenaga serta dedikasi tinggi demi memastikan suara rakyat terus didengar dan difahami.
Semoga bidang kewartawanan terus diperkukuh sebagai tonggak penyebaran maklumat dan kebenaran, sekali gus memainkan peranan penting dalam mendukung pembangunan negara yang progresif, stabil dan bersatu padu selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ikhlas daripada
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Menteri Kerja Raya