07/06/2026
MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU 2026
(Link Gambar)
https://photos.app.goo.gl/Z2ZrnZRMANgU7iUU8
06 Jun 2026 (Sabtu) | Menara PGRM Kuala Lumpur.
Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Batu bertempat di Menara PGRM yang disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Gulam Muszaffar bin Haji Gulam Mustakim, Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada 147 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang hadir dan selesai bermesyuarat bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli kepada parti.
Sepanjang mesyuarat berlangsung terdapat satu usul bertajuk : Mencadangkan Kepimpinan UMNO Batu Sebagai Calon Barisan Nasional Kerusi P.115 Parlimen Batu pada Pilihanraya Umum ke-16. Usul ini telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Batu untuk diperbahaskan. Alhamdulllah usul tersebut mendapat sokongan majoriti oleh para Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Batu.
Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Batu yang bertungkus lumus menjayakan Mesyuarat Perwakilan pada tahun ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBrs En Azniee bin Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, YBrs. Tuan Abu Bakar Ithnin Naib Ketua UMNO Bahagian Batu, YBrs En Shah Amirudin bin Idris
Setiausaha UMNO Bahagian , YBrs Mohd Amir Bin K.Baba Ketua Penerangan UMNO Bahagian Batu, serta Petugas Pemerhati Bahagian Saudara Abg Husin & Abg Faiz atas kehadiran serta sokongan padu sepanjang mesyuarat berlangsung.