13/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, di sini.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon Marjuki, dan bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara JHEV ATM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), khususnya dalam memperkasa agenda kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta memperluas jaringan kerjasama komuniti dan kesejahteraan rakyat sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam sesi berkenaan, kedua-dua pihak turut membincangkan penganjuran program ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐, iaitu larian amal sejauh tujuh kilometer (7KM Fun Run) yang bertujuan menghargai jasa serta pengorbanan veteran ATM dan anggota keselamatan negara.
Program tersebut dijadualkan berlangsung pada ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐), ๐ฃ๐๐ฆ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข ๐๐ข ๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐๐, ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ, dengan membawa tema #๐๐๐ซ๐ข๐๐ง๐๐๐ฆ๐ข๐๐๐ก๐ฅ๐๐ฐ๐๐ง.
Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform penghargaan kepada para veteran ATM dan wira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.
Orang ramai dijemput menyertai program berkenaan melalui kategori individu dan keluarga. Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM40 bagi individu berumur 13 tahun ke atas, manakala RM120 bagi kategori keluarga melibatkan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi ๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฃ๐ก๐๐ฏ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ,dengan tarikh tutup penyertaan pada ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ).
JHEV ATM berharap penganjuran MY WARRIORS RUN 2026 akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serta menjadi medium terbaik dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan penghargaan terhadap jasa para veteran negara.
Program ini juga selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kebajikan veteran ATM melalui pendekatan inklusif, responsif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.