20/11/2018
PENDIRIAN RASMI DEPEJU BERKENAAN ICERD
Berbeza dengan front-front lain yang cuma muncul semasa PRK dan kemudiannya ghaib sehinggalah PRK depan, Dewan Pemuda Jomblo Universal (DEPEJU) sentiasa terkehadapan dalam mendepani bukan sahaja isu-isu dalam kampus malahan juga persoalan-persoalan nasional.
Diskriminasi memang berlaku dalam pelbagai bentuk seperti diskriminasi kaum serta diskriminasi gender. Namun ada satu lagi bentuk diskriminasi yang ramai selalu terlepas pandang yaitu diskriminasi cinta. DEPEJU beriktiqad dengan hakikat bahwa semua insan layak dan berhak untuk mencintai lagi dicintai. Melenyapkan diskriminasi cinta adalah tujuan utama DEPEJU ditubuhkan agar makhluk sehodoh Abuya Wan Azmil pun bisa bahgia. Seandainya isu diskriminasi cinta ini masih diabaikan, dikhawatiri Abuya bakal menyimpang menuju kecenderungan terhadap sesama jenis yang songsang dan mengundang bala Dewata Mulia Raya ke atas Taman Ilmu dan Budi ini.
Cinta adalah teras bagi segalanya, terlahir kita ke sini pun kerana cinta antara kedua ibu bapa kita. Menunggang bait puisi Muhyiddin Ibn Arabi yang tak harus dibaca dan difahami secara harfiah, "Kuanut agama cinta, jalan yang ditempuh onta-onta cinta. Cinta adalah agama dan jalanku." Justeru diskriminasi cinta ini haruslah terlebih dahulu diratifikasi sebagai hal yang mustahak sebelum hendak meratifikasi ICERD. Sekian, harap maklong.
JOMBLO MESTI SENTIASA JADI JOMBLO
Oslan Dup
Jurucakap Upahan DEPEJU
Pasir Salak
19 November Rain 2018