25/04/2025
Wisma Tani, 25 April 2025 - Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Pertanian Malaysia telah menganjurkan Program The Speaker's Nook Sesi April Tahun 2025. Program ini berhasrat untuk memfokuskan kompetensi pengucapan awam dalam kalangan pegawai muda. Program ini melibatkan lima orang pegawai dalam satu sesi. Pegawai boleh menyampaikan apa-apa tajuk untuk dikongsikan dengan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam masa 7 minit. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini membantu pegawai muda dalam aktiviti pengembangan pertanian.