27/08/2026
𝐏𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Usai merasmikan Konvensyen AWAN Negeri Sembilan kelmarin, saya telah ditanya oleh pihak media mengenai pendirian berkaitan kemungkinan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pendirian saya jelas bahawa sebarang perbincangan yang sedang berlangsung antara PH dan BN akan mengambil kira kepentingan rakyat sebagai keutamaan utama.
𝐏𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 (𝘨𝘰𝘰𝘥 𝘨𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘢𝘯𝘤𝘦), 𝐤𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤, 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭.
Namun, 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐥, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐚 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐤𝐭𝐚𝐦𝐚𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧.
Kita tidak mahu timbul lagi persoalan mengenai sesuatu kerjasama yang dikatakan tidak bertulis, tiada konsensus atau tidak mempunyai garis panduan yang jelas. 𝘚𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯, 𝘱𝘳𝘪𝘯𝘴𝘪𝘱 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘱𝘢𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢.
Bagi Pakatan Harapan, 𝐤𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚, tetapi merupakan asas penting untuk membina keyakinan pelabur, mengukuhkan ekonomi negara dan memastikan manfaat pembangunan dapat diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.
Apa jua keputusan yang dibuat, keutamaan kita tetap sama, iaitu memastikan rakyat Melaka dan seluruh negara mendapat sebuah pentadbiran yang stabil, berintegriti dan benar-benar berkhidmat untuk mereka.
𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐇𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐉𝐔𝐍𝐃𝐈