SKIMPAS

SKIMPAS Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) ialah skim khairat kematian dan perlindungan yang diurus oleh LKKSPP

๐ŸŒฟ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ ๐ŸŒฟBERSAMA MENYUMBANG, MEMPERKASA DANA KEBAJIKANKerja kebajikan tidak terhenti pada bant...
18/08/2026

๐ŸŒฟ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ ๐ŸŒฟ

BERSAMA MENYUMBANG, MEMPERKASA DANA KEBAJIKAN

Kerja kebajikan tidak terhenti pada bantuan yang disampaikan.

Di sebalik setiap usaha membantu mereka yang memerlukan, terdapat pengurusan, penyelarasan dan gerak kerja yang perlu terus diperkasakan agar manfaat kebajikan dapat disampaikan secara berterusan.

Atas kesedaran inilah, Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat menganjurkan Jamuan Makan Malam Amal Lestari sebagai satu usaha mengumpul dana bagi memperkukuh Dana Kebajikan, khususnya dalam membantu kelangsungan pengurusan dan gerak kerja SkimPAS.

๐Ÿค Justeru, kami mengajak para dermawan, usahawan, korporat, pimpinan serta seluruh masyarakat untuk bersama-sama menjayakan usaha ini dengan menaja atau mendapatkan sebuah meja.

# PAKEJ MEJA AMAL LESTARI
๐Ÿ‘‘ PLATINUM โ€” RM5,000
๐Ÿ… EMAS โ€” RM3,000
๐Ÿฅˆ PERAK โ€” RM1,000

Satu meja yang ditaja bukan sekadar tempat untuk menikmati jamuan.

Ia adalah sebahagian daripada sumbangan untuk memastikan usaha kebajikan terus dapat digerakkan, diurus dan dikembangkan demi mereka yang memerlukan.

๐Ÿ“… 10 Oktober 2026
๐Ÿ“ Laman Pengantin Astana Nadiah, Kuala Lumpur

# # # TEMPAHAN MEJA & PENAJAAN

๐—˜๐—ป. ๐—™๐—ถ๐—ธ๐—ฟ๐˜‚๐—น ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ป
๐Ÿ“ž 016-813 8924
๐—ฃ๐—ป. ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ ๐—›๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—บ
๐Ÿ“ž 017-240 9293

# # # SUMBANGAN & PEMBELIAN MEJA
Bank Islam โ€” Dana Kami Prihatin
1211 3010 0261 50
Rujukan: DANA LESTARI

๐ŸŒฑ Ayuh bersama kita perkasa dana kebajikan.

Kerana untuk terus membantu, gerak kerja perlu diperkasa.
Dan untuk memperkasa gerak kerja, kita perlukan sokongan bersama.
Satu meja daripada anda, satu lagi langkah untuk kelangsungan usaha kebajikan.






LIQA FIKRI PAS PUSAT | SKIMPAS TURUT MEMERIAHKANAlhamdulillah, pada Sabtu yang lalu telah berlangsung Liqa Fikri PAS Pus...
10/08/2026

LIQA FIKRI PAS PUSAT | SKIMPAS TURUT MEMERIAHKAN

Alhamdulillah, pada Sabtu yang lalu telah berlangsung Liqa Fikri PAS Pusat, menghimpunkan warga PAS dalam sebuah majlis pengisian ilmu, tarbiah dan pengukuhan fikrah.

Dalam kesempatan yang sama, SkimPAS turut membuka booth bagi memperkenalkan serta memberi penerangan kepada para peserta mengenai SkimPAS dan kepentingan menyumbang secara istiqamah demi memperkukuh gerak kerja perjuangan.

Bukan sekadar pertemuan dan pengisian, tetapi menjadi ruang untuk kita memahami, menyumbang dan bergerak bersama dalam membina kekuatan jemaah.

Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth SkimPAS. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal yang berpanjangan dan asbab keberkatan dalam perjuangan.

Sumbangan Kecil, Kesan Besar.๐ŸŒฟ





MESYUARAT BULANAN JAWATANKUASA PENGURUSAN SKIMPAS3 Ogos 2026 | Pejabat Agung PAS, Kuala LumpurTelah berlangsung Mesyuara...
03/08/2026

MESYUARAT BULANAN JAWATANKUASA PENGURUSAN SKIMPAS

3 Ogos 2026 | Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Telah berlangsung Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS bertempat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar SkimPAS, Puan Hajah Noor Hanim Ismail, serta dihadiri oleh seluruh Ahli Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS.

Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada mekanisme tadbir urus berterusan SkimPAS dalam memastikan setiap aspek pengurusan, operasi dan kebajikan ahli dilaksanakan secara sistematik serta berlandaskan prinsip amanah dan Syariah.

Antara agenda utama yang dibincangkan meliputi pengurusan pembayaran tuntutan manfaat ahli, pemerkasaan piawaian Manual Operasi SkimPAS, pengurusan Tabung Dana Tabarruโ€™, serta perkara-perkara berkaitan pematuhan Syariah dalam pengurusan dan pelaksanaan SkimPAS.

Perbincangan yang dilaksanakan turut memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh sistem dan tatakelola SkimPAS agar sentiasa berada pada tahap yang terbaik, di samping memastikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelusan dan profesionalisme.

Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS akan terus komited dalam memperkasa pengurusan dan penyampaian perkhidmatan demi memastikan hak, kebajikan dan kepentingan setiap ahli sentiasa diberikan keutamaan.

๐ŸŽ ๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—› & ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—— ๐—ง๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”! ๐ŸŽJom sertai Infaq Istiqamah Lajnah Kebajikan dan Keprihatin...
30/07/2026

๐ŸŽ ๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—› & ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—— ๐—ง๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”! ๐ŸŽ

Jom sertai Infaq Istiqamah Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat hari ini.

Dengan sumbangan minimum RM20 sahaja, anda berpeluang menerima Kad TnG SkimPAS secara PERCUMA.

โœ… Minimum sumbangan RM20
โœ… Kad TnG SkimPAS percuma !!!
โœ… Sementara stok masih ada

Untuk pendaftaran, hubungi hotline Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat:
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: wa.me/601135103451

Ayuh istiqamah berinfaq demi menyantuni kebajikan ummah.

Stok adalah terhad. Daftar sekarang sebelum kehabisan!




๐Ÿ“Œ MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SKIMPAS BERSAMA JAWATANKUASA SYARIAH SKIMPASSedang berlangsung Mesyuarat Jawatankuas...
24/07/2026

๐Ÿ“Œ MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SKIMPAS BERSAMA JAWATANKUASA SYARIAH SKIMPAS

Sedang berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS bersama Jawatankuasa Syariah SkimPAS pada hari ini, 24 Julai 2026, bertempat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan dan pematuhan syariah SkimPAS, antaranya:

๐Ÿ”น Status akad SkimPAS
๐Ÿ”น Pematuhan syariah dalam pelaksanaan e-Sijil
๐Ÿ”น Manfaat dan tuntutan peserta SkimPAS

Perbincangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SkimPAS dalam memastikan pengurusan, operasi dan manfaat yang disediakan sentiasa selaras dengan prinsip syariah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada para peserta.

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถTelah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS bagi bu...
20/07/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS bagi bulan Julai 2026 bertempat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Hajah Noor Hanim Binti Ismail, Pengurus Besar SkimPAS dan dihadiri oleh seluruh Jawatankuasa Pengurusan SkimPAS.

Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan tuntutan manfaat SkimPAS, status pendaftaran bagi setiap negeri, sistem digital serta pematuhan syariah.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi memastikan segala urusan pengurusan SkimPAS dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, telus dan berkesan, di samping memperkukuh usaha untuk memberikan manfaat terbaik kepada para pencarum.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dibincangkan dapat diperkasakan demi kelangsungan SkimPAS serta manfaat yang lebih luas kepada seluruh ahli PAS yang menyertainya.

๐—ฆ๐—ž๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ... ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œPernahkah kita terfikir, apabila sebuah keluarga kehilangan insan yang mereka sayangi, a...
15/07/2026

๐—ฆ๐—ž๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ... ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ

Pernahkah kita terfikir, apabila sebuah keluarga kehilangan insan yang mereka sayangi, apakah perkara pertama yang bermain di fikiran mereka?

Selain kesedihan yang sukar digambarkan, mereka juga terpaksa memikirkan pelbagai urusan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Pada saat itulah, hadirnya bantuan walaupun tidak mampu menghilangkan duka, sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang ditinggalkan.

Itulah yang dilakukan oleh SKIMPAS.

Setiap manfaat yang diterima oleh waris ahli bukan datang daripada mana-mana syarikat atau pihak luar. Ia lahir daripada semangat kebersamaan. Daripada caruman ahli-ahli SKIMPAS yang memilih untuk saling menjaga antara satu sama lain.

Mungkin hari ini kita mencarum tanpa pernah merasakan manfaat itu diperlukan. Namun kita tidak pernah tahu apa yang menanti pada hari esok. Ketika kita masih diberi kesempatan, caruman yang kita lakukan bukan sahaja menjadi ikhtiar untuk keluarga sendiri, bahkan menjadi asbab keluarga ahli yang lain dibantu ketika mereka berada dalam saat paling sukar.

Indahnya SKIMPAS bukan sekadar pada nilai manfaat yang diterima, tetapi pada nilai persaudaraan yang dibina. Setiap ringgit yang dicarum menjadi bukti bahawa kita tidak membiarkan saudara kita menghadapi musibah bersendirian. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan dengan niat kerana Allah SWT turut menjadi saham kebajikan yang mengalir ganjarannya hingga ke akhirat.

Bayangkan, jika lebih ramai ahli PAS memilih untuk mencarum, lebih kukuhlah dana kebajikan ini. Lebih ramai waris dapat dibantu. Lebih banyak beban dapat diringankan. Dan lebih luas manfaat yang dapat kita kongsi bersama.

Jangan tunggu sehingga musibah mengetuk pintu. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan SKIMPAS dengan menjadi pencarum hari ini.

Kerana apabila seorang ahli ditimpa musibah, seluruh keluarga PAS turut merasai tanggungjawab untuk membantu.

Daripada Ahli, Untuk Ahli. Bersama Menghulur, Bersama Mengukir Pahala. ๐Ÿ’š

๐ŸŒน Setinggi-tinggi Tahniah ๐ŸŒนSKIMPAS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:ENCIK MUHAMAD RIADZUDDIN BIN MUSA Pe...
08/07/2026

๐ŸŒน Setinggi-tinggi Tahniah ๐ŸŒน

SKIMPAS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

ENCIK MUHAMAD RIADZUDDIN BIN MUSA
Penyelaras Perunding SkimPAS Negeri Kedah

atas pengurniaan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-84.

Semoga pengiktirafan yang amat bermakna ini menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti, menyemai nilai keprihatinan serta berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul.

Sekalung Tahniah dan Syabas!

"Bersama Prihatin, Infaq Berterusan, Ummah Sejahtera."

INFAQ ISTIQAMAH KEBAJIKANMenyumbang Kebajikan yang CemerlangSkimPAS mengajak seluruh Perunding SkimPASdan Pencarum SkimP...
01/07/2026

INFAQ ISTIQAMAH KEBAJIKAN
Menyumbang Kebajikan yang Cemerlang

SkimPAS mengajak seluruh Perunding SkimPASdan Pencarum SkimPAS untuk bersama-sama menjayakan kempen Infaq Istiqamah Kebajikan dengan sasaran penyertaan seramai 300 orang.

Sumbangan yang kecil, apabila dilakukan secara istiqamah dan digerakkan bersama-sama, mampu memberi manfaat besar kepada mereka yang memerlukan. Inilah usaha kebajikan yang bukan sekadar caruman, tetapi menjadi tanda keprihatinan kita terhadap waris, keluarga dan masyarakat.

> โ€œInfaq yang konsisten, walau kecil nilainya, mampu memberi manfaat besar kepada kebajikan bersama.โ€
Hajah Noor Hanim Ismail
Pengurus Besar SkimPAS

Ayuh kita jadikan infaq ini sebagai amalan berterusan demi memperkukuh dana kebajikan dan membantu lebih ramai pihak yang memerlukan.

Jom Sertai Sekarang.
Bersama SkimPAS, kita menyumbang kebajikan yang cemerlang.

๐Ÿ”— Daftar di sini : ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://infaqpay.my/go/pas/p/P510?referrer=PAS0162
https://infaqpay.my/go/pas/p/P510?referrer=PAS0162
https://infaqpay.my/go/pas/p/P510?referrer=PAS0162

๐Ÿ“ž +6011 5374 7586
๐ŸŒ skimpas.com

Address

Pejabat Agung PAS, 318-A Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601135051284

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKIMPAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SKIMPAS:

Shortcuts

Share