Sekretariat Perantau Anak Pahang

Sekretariat Perantau Anak Pahang Sekretariat Perantau Anak Pahang telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada 05 Januari 2024
(1)

Penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang ini telah diluluskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang pada 30 Ogos 2023 yang lalu dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada 5 Januari 2024 yang bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Penubuhan sekretariat ini adalah untuk menjaga kebajikan perantau anak Pahang yang berada diluar ne

geri Pahang khususnya mahasiswa dan orang awam. Ia juga boleh menjadi one stop centre anak-anak Pahang yang berada di luar negeri Pahang untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan betul daripada pejabat sekretariat ini. Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal akan menguruskan kebajikan anak-anak rantau, manakala kebajikan golongan mahasiswa IPT di luar Pahang akan diuruskan oleh YH Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin.

06/04/2026
Semua perantau Pahang dijemput hadir ✨
03/04/2026

Semua perantau Pahang dijemput hadir ✨

Moh belaka anak perantau Pahang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026!

🗓️ 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 2.00 petang
📍 Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur
👨🏻‍💼 Kehadiran YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

InsyaAllah pelbagai 🥘 juadah raya disediakan dan macam-macam 🎁 hadiah menarik bagi slot cabutan bertuah menanti aokmer yang hadir.

Set kalendar siap-siap! Jumpa demeh di sana 🤝

Sila klik link di bawah untuk pendaftaran bagi hadiah cabutan bertuah:

https://phgg.link/rayaperantau2026

17/03/2026
Berita baik buat anak-anak Pahang di perantauan, 📌Baucar petrol/diesel telah dijenamakan semula kepada “Baucar Raya Moh ...
27/02/2026

Berita baik buat anak-anak Pahang di perantauan,

📌Baucar petrol/diesel telah dijenamakan semula kepada “Baucar Raya Moh Balik Negeri Pahang 2026"

📌Nilai baucar telah dinaikkan dari RM50 kepada RM100 dalam bentuk ewallet melalui aplikasi Pahang Go↗️📈

📌Kuota penerima ditambah daripada 5,000 kepada 10,000 pemohon tahun ini ↗️📈

📌Sila isikan maklumat dalam google form di link berikut https://forms.gle/NHvrECaQMbLVHnAU9
ataupun dengan mengimbas kod qr yang tertera

📱Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui aplikasi whatsapp pada/sebelum 12 Mac 2026 (Khamis)

In shaa Allah semoga menjadi rezeki hokme tahun ni!

Moh pakat balik kampung, meriahkan syawal di bumi Pahang tercinta 🏡🤍




Berita baik untuk Perantau Anak Pahang!! Nak menang rm200 setiap hari? Mohler sertai Pertandingan Karya Anak Pahang. 1 h...
05/02/2026

Berita baik untuk Perantau Anak Pahang!! Nak menang rm200 setiap hari? Mohler sertai Pertandingan Karya Anak Pahang. 1 hari 1 pemenang tau




Ayuh ghodong-ghodong Pahang belaka, ini baru teaser sahaja. Jom saksikan keseluruhan pementasan teater Tari Tenun Berura...
26/11/2025

Ayuh ghodong-ghodong Pahang belaka, ini baru teaser sahaja. Jom saksikan keseluruhan pementasan teater Tari Tenun Berurai Emas pada 29 & 30 November 2025 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatkan tiket masing-masing pada pautan yang disediakan : https://forms.gle/anz6GeZWhiowWm6r5

RM10 Pelajar
RM15 Umum


PEMENTASAN TRALOKAL TEATER GAMELAN "TARI TENUN BERURAI EMAS"🗓️29 dan 30 November 2025 | Sabtu dan Ahad🎭Balai Budaya Tun ...
24/11/2025

PEMENTASAN TRALOKAL TEATER GAMELAN "TARI TENUN BERURAI EMAS"

🗓️29 dan 30 November 2025 | Sabtu dan Ahad
🎭Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur.
🕗8.30 Malam

Gamelan mula bertapak di negeri Pahang menerusi perkahwinan Diraja antara Tun Esah (adik Bendahara Tun Ali, Pahang) yang berkahwin dengan Tengku Hussain (anakanda Sultan Mahmud Shah III, Riau-Lingga), tahun 1811.

Seni muzik gamelan dan tarian gamelan ini kemudiannya diperkenalkan sebagai Joget Pahang oleh Che Zubedah, isteri Sultan Ahmad Shah. Kemudiannya, gamelan berkembang di Terengganu menerusi perkahwinan antara Tengku Ampuan Mariam (anakanda Che Zubedah dan Sultan Ahmad Shah) dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Terengganu).

Dalam garis masa yang sama, Sultan Ahmad Shah dihimpit gesaan penjajahan British dengan kemasukan J.P Rodger sebagai Residen British yang pertama di bumi Pahang. Alunan lagu gamelan berjudul "Urai Emas" menyulami babak sejarah eksploitasi British terhadap urai emas di negeri Pahang.

Ayuh, datang beramai-ramai hadir menonton sejarah perjuangan Melayu dan keindahan muzik gamelan dalam pementasan ini!



Salam sejahtera,Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (...
15/10/2025

Salam sejahtera,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) akan menganjurkan Pahang Showcase 2025: Pahang Dekat Je.

📅 Tarikh: 18 – 20 Oktober 2025
🕙 Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Tempat: AEON Mall Wangsa Maju

Semua warga perantau Pahang dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini!

Jom ramai-ramai memeriahkan Pahang Showcase 2025 — Pahang, dekat je! 🤍🖤

Jom meriahkan PAHANG SHOWCASE 2025! 🌟
Acara penuh warna-warni, makanan sedap, persembahan menarik & peniaga hebat dari seluruh Pahang!

📅 18–20 Oktober 2025 (Sabtu–Isnin)
📍 AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju, KL

Masuk percuma! Jangan lupa bawa keluarga & kawan-kawan – banyak aktiviti menanti! 😍

Address

Suites 2, Aras 6, Menara Dato' Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Perantau Anak Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekretariat Perantau Anak Pahang:

Share