25/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ฉ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐, 24 Ogos 2026 โ Pasukan Pemeriksa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menjalankan Pemeriksaan PTKPN A117 di Balai Polis Salak Selatan, IPD Cheras, pada jam 1400 hingga 1730 Hrs.
Pemeriksaan telah diketuai oleh YDH ACP Noriha binti Mohamed @ Awang bersama empat orang pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman.
Pemeriksaan meliputi aspek pentadbiran dan pengurusan balai, fail sub sektor, buku PDRM, buku repot dan resit, perabot serta peralatan balai, carta organisasi dan peta kawasan pentadbiran, alat pemadam api, senjata api/AMRA, fail SKDD, kenderaan pasukan serta fail arahan semasa.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan tahap pematuhan terhadap prosedur kerja, SOP dan arahan semasa sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan, di samping memperkukuhkan aspek integriti, disiplin, kesiapsiagaan serta pengurusan aset dan dokumentasi di peringkat balai.
Sepanjang pemeriksaan, beberapa nasihat dan teguran membina telah disampaikan kepada pegawai serta anggota sebagai panduan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan memastikan sebarang kelemahan dapat diambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
Secara keseluruhannya, pemeriksaan PTKPN A117 telah berjalan dengan lancar dan baik.
Integriti, Profesionalisme dan Kecemerlangan Tonggak Perkhidmatan PDRM.