10/05/2026
SETEGUH KASIH IBU πΈ
Ibu adalah nadi sesebuah keluarga, tunjang kekuatan yang tidak pernah goyah, dan sumber kasih sayang yang tiada tepinya. Di sebalik kejayaan setiap insan, pasti ada doa dan pengorbanan seorang ibu yang sentiasa mengiringi.
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu tahun ini, Yayasan Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu, khususnya di Wilayah Persekutuan dan seluruh Malaysia.
Tema βSeteguh KASIH Ibuβ mengingatkan kita bahawa kasih sayang seorang ibu adalah sekolah pertama bagi pembentukan nilai, sahsiah, dan modal insan yang berkualiti demi masa depan negara.
Tulus ikhlas daripada:
YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.
&
Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan.
Serta seluruh warga kerja Yayasan Wilayah Persekutuan.
Semoga jasa dan kasih sayang setiap ibu sentiasa diberkati, dihargai, dan dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan. Kasih ibu, syurga di bawah telapak kakimu. β€οΈ