24/08/2026
📚✨ PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SPM – KEM ILMU 2026✨📚
Alhamdulillah, Program Peningkatan Prestasi SPM – Kem Ilmu 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 22 – 23 Ogos 2026 bertempat di Hotel Brisdale KL.
Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan, pengukuhan akademik dan motivasi kepada calon SPM dalam usaha meningkatkan prestasi serta mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai slot akademik dan aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan fokus, keyakinan serta semangat untuk mencapai kecemerlangan.
👏 Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2026 atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan sepanjang program.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan motivasi yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus berusaha, fokus dan melakar kejayaan dalam SPM 2026. 🎓💪
❤️ SEMAT di hati, di sini bermula kejayaan kita!