Yayasan Pelajaran MARA - YPM

Yayasan Pelajaran MARA - YPM "Melonjak Pendidikan Melayu Dan Bumiputera"
(2)

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) setelah lebih 45 tahun penubuhannya masih teguh berdiri dan bersemangat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan golongan Bumiputera di negara ini. Penubuhan YPM ialah hasil idea, HASRAT dan ASPIRASI PEJUANG serta PEMIMPIN MELAYU dahulu yang ingin melihat anak bangsanya maju seperti bangsa-bangsa lain di dunia ini. Kita amat bertuah sekali memiliki dan mempun

yai golongan pemikir dan pemimpin yang berwawasan serta berpandangan jauh. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab YPM untuk meneruskan perjuangan demi memastikan hasrat pemimpin berwawasan ini dapat dilaksanakan.

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh belia dan anak muda Malaysia!โ€œMenggerak Beliaโ€ menjadi simbol se...
15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh belia dan anak muda Malaysia!

โ€œMenggerak Beliaโ€ menjadi simbol semangat generasi muda sebagai nadi penggerak masa depan yang berani mencipta perubahan, memimpin kemajuan dan mencorak Malaysia yang lebih gemilang.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT







๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐— @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—šHULU TERENGGANU, 14 Mei 2026 - Yayasan Pelajaran...
14/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐— @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š

HULU TERENGGANU, 14 Mei 2026 - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2026 di MRSM Kuala Berang

Perbincangan tersebut memberikan fokus kepada pemilihan pelajar & sekolah, jadual & kaedah pelaksanaan program, tenaga pengajar, pelaporan program serta mata pelajaran sasaran supaya pelaksanaan program ini dapat dijalankan dengan lebih sistematik.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Encik Amir bin Mohd Yusof, Timbalan Pengetua (Pembangunan Pelajar) MRSM Kuala Berang; Cik Nor Alโ€™ Fatihah binti Mazlan, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu dan Encik Mohd Zulfadli bin Hassan, Guru Penyelaras Tuisyen Pintar MRSM Kuala Berang.

Hadir mewakili YPM, Puan Sabrina binti Ahmad, Eksekutif Kanan Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri; Puan Norfaezah binti Roslan, Pegawai Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri serta Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Terengganu.

Program ini bakal memberi manfaat kepada 100 orang pelajar calon SPM 2026 daripada jangkaan sebanyak lima buah sekolah menengah di kawasan sekitar.

Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberikan impak terbaik serta ilmu tambahan bagi pelajar yang terpilih.










๐—ฌ๐—ฃ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—”...
14/05/2026

๐—ฌ๐—ฃ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—›๐—• ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—œ๐—– ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——

KUALA NERUS, 14 MEI 2026 - Perbincangan Penyelarasan Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2026 telah dilaksanakan bagi pusat MRSM Kuala Terengganu dengan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus.

Sesi pertemuan tersebut bertujuan untuk memperkemaskan jadual pelaksanaan program, pemilihan sekolah & pelajar sasaran, menyusun atur kaedah pembelajaran serta pilihan mata pelajaran.

Hadir dalam perbincangan tersebut adalah Tuan Haji Nordin bin Ahmad, Pengetua MRSM Kuala Terengganu; Tuan Mohd Nordin bin Zakaria, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) PPD Kuala Nerus; Puan Zilawati Roslinda binti Mohd. Zain, Timbalan Pengetua (Kecemerlangan Akademik); Puan Sabrina Binti Ahmad, Eksekutif Kanan Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri YPM; Puan Norfaezah binti Roslan, Pegawai Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri YPM serta Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Terengganu.

Bagi pusat MRSM Kuala Terengganu, pihak RHB Islamic Bank Berhad telah berbesar hati untuk menaja program tersebut yang bakal disertai seramai 100 orang pelajar calon SPM 2026 jangkaan daripada lima buah sekolah menengah di kawasan sekitar.

Semoga pelajar yang terlibat dengan Program Tuisyen Pintar ini mendapat suntikan semangat serta mampu menambah baik prestasi akademik mereka.










๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐— @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š, ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—กKUALA KLAWANG, 14 Mei 2026 - Telah ...
14/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐— @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š, ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก

KUALA KLAWANG, 14 Mei 2026 - Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSM Kuala Klawang. Pada tahun ini, pihak Public Islamic Bank Berhad telahpun bersetuju untuk menaja program ini dengan penyertaan seramai 100 orang pelajar kurang berkemampuan dari sekolah harian yang terletak di sekitar MRSM dan melibatkan 10 kali sesi pertemuan. Antara matapelajaran yang akan diberi perhatian pada kali ini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh wakil daripada 7 buah sekolah yang terlibat ini membincangkan aspek jadual, pemilihan pelajar & kaedah pelaksanaan program. Turut hadir, Puan Nurul binti Saharudin, Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik serta Puan Naslinor Mohd Naser, Guru Penyelaras MRSM Kuala Klawang. Yayasan Pelajaran MARA (YPM) p**a diwakili oleh Encik Faidzal bin Jaafar, Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Melaka dalam sesi perbincangan tersebut.

Semoga dengan terlaksananya program tuisyen pintar YPM ini mampu memberikan impak positif terhadap prestasi akademik pelajar berkenaan.










14/05/2026

Sorotan sekitar Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan 2026 di Politeknik Maritim Sultan Azlan Shah, Bagan Datuk yang telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 9 Mei 2026.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT







๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—˜๐—ฃ ๐—ฅ๐—›๐—• ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—œ๐—– ๐—•๐—”๐—ก๐—ž โ€“ ๐—ฌ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—šAMPANG, 13 Mei 2026 โ€“ Seramai tujuh pelajar dar...
14/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—˜๐—ฃ ๐—ฅ๐—›๐—• ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—œ๐—– ๐—•๐—”๐—ก๐—ž โ€“ ๐—ฌ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š

AMPANG, 13 Mei 2026 โ€“ Seramai tujuh pelajar daripada dua buah sekolah menengah di daerah Ampang telah menerima tajaan menerusi Program Anak Angkat BEEP RHB Islamic Bank โ€“ Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi sesi 2026โ€“2028.

Program hasil kerjasama antara YPM dan RHB Islamic Bank Berhad itu bertujuan membantu pelajar yang memerlukan melalui sokongan pendidikan, pembangunan sahsiah dan bantuan kebajikan secara berterusan sepanjang tempoh tajaan.

Daripada jumlah tersebut, empat pelajar merupakan pelajar dari SMK Pandan Indah, manakala tiga lagi dari SMK Taman Kosas.

Di SMK Pandan Indah, program berkenaan mendapat kerjasama pihak sekolah yang diketuai Pengetua, Busrah bin Maulah bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBKSM), Zaiton binti Asbi dalam memastikan proses pemilihan dan penyelarasan pelajar berjalan lancar.

Sementara itu, di SMK Taman Kosas, program tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada Pengetua, TS. Dr. Taufek bin Muhamad serta Kaunselor sekolah, Shahra Adilyah binti Abd Raub.

Pelajar yang menerima tajaan terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan dijangka menerima manfaat dalam aspek bantuan pendidikan serta motivasi pembelajaran.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen YPM dan RHB Islamic Bank Berhad dalam memperkasa akses pendidikan serta membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik tanpa dibebani kekangan kewangan keluarga.

Program itu juga diharap mampu memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus berjaya dan menjadi contoh kepada rakan sebaya pada masa akan datang.










๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฏ๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฟ. ๐—”๐˜€๐˜†๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ช๐—ฎ๐—ท๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐——๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ (๐— ๐—”๐—ฅ๐—”)โฃ...
14/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฏ๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฟ. ๐—”๐˜€๐˜†๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ช๐—ฎ๐—ท๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐——๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ (๐— ๐—”๐—ฅ๐—”)
โฃโฃ
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang diberkati serta kekuatan buat YBhg. Datuk Wira untuk terus memimpin dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripadaโฃโฃโฃ Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh Warga Kerja Yayasan Pelajaran MARA.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT







๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ฌ๐—ฃ๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก (๐—œ๐—–๐—จ ๐—๐—ฃ๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก)KOTA BHARU, 13 Mei ...
14/05/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ฌ๐—ฃ๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก (๐—œ๐—–๐—จ ๐—๐—ฃ๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก)

KOTA BHARU, 13 Mei 2026 - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kota Bharu.

Kunjung hormat dari YPM yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 (Bahagian Dana Awam & Syarikat Berkepentingan Kerajaan), ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara YPM dan ICU JPM Kelantan khususnya dalam usaha memperkasa agenda Nasional dalam membangun pendidikan rakyat Bumiputera di Negeri Kelantan .

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Norma Binti Ya'cub, Timbalan Pengarah Pengurusan ICU JPM Kelantan. Beliau yang menyambut baik kedatangan YPM serta menyatakan kesudian dan minat bagi menaja beberapa program pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak YPM bagi tahun ini seperti Tuisyen Pintar YPM, Program Celik Al-Quran dan Selangkah ke Universiti.

Turut hadir pada sesi kunjung hormat tersebut, Encik Hakimi Che Muda, Ketua Penolong Pengarah ICU Kelantan, Seksyen Kesejahteraan Rakyat serta Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Kelantan YPM.

YPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ICU JPM Kelantan atas kesudian menerima kunjungan ini serta berharap jalinan strategik ini dapat diteruskan dan berkembang pada masa-masa akan datang.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT







๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐— ๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑMukah, 13 Mei 2026 โ€“ Seramai 17 orang pelajar ceme...
13/05/2026

๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐— ๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Mukah, 13 Mei 2026 โ€“ Seramai 17 orang pelajar cemerlang SPM 2025 dari MRSM Mukah telah menerima Sumbangan Insentif Kecemerlangan daripada Yayasan Pelajaran MARA pada hari ini.

Pemberian insentif tersebut merupakan penghargaan atas kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 8A dan 9A ke atas dalam peperiksaan SPM 2025.

Majlis penyampaian insentif telah disempurnakan oleh Puan Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA dan turut diiringi oleh Encik Wan Alwi bin Wan Bujang, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan MARA Negeri Sarawak; En.Gahffari bin Hamdan (Pengetua MRSM Mukah), Encik Khairul Anwar Bakti bin Zolkipli (Pengurus GIATMARA Mukah) Encik Mohammad Azieq Izzudin (Pegawai MARA Daerah Mukah) serta Puan Naziela, Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Sarawak.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah sesi libat urus Ahli Majlis MARA bersama warga kerja dan 17 orang pelajar cemerlang SPM 2025 MRSM Mukah secara bersemuka dan atas talian.

Semoga pemberian insentif ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan akademik, memperkukuh sahsiah diri serta mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT







๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐— @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—” & ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—งBESUT, 13 Mei 2026 - Satu sesi Taklimat Prog...
13/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—ฃ๐— @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—” & ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ง

BESUT, 13 Mei 2026 - Satu sesi Taklimat Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2026 telah dilaksanakan bagi dua pusat iaitu MRSM Kota Putra dan MRSM Besut.

Bertempat di MRSM Kota Putra, perbincangan tersebut dikelola oleh Encik Muhammad Abu Bakar bin Ismail, Pengetua MRSM Kota Putra.

Antara intipati perbincangan adalah pemilihan sekolah & pelajar terlibat, jadual & kaedah pelaksanaan program, seleksi modul pembelajaran, pelantikan tenaga pengajar serta pemantauan program.

Turut hadir, Dr Mohd Razi bin Yahya, Timbalan Pengetua (Pembangunan Pelajar) MRSM Kota Putra; Encik Muslim bin Ahmad, Kaunselor merangkap Guru Penyelaras Tuisyen MRSM Kota Putra dan Puan Suria Syuhara binti Sulaiman, Kaunselor merangkap Timbalan Penyelaras Tuisyen MRSM Besut.

Hadir sama mewakili YPM, Puan Sabrina binti Ahmad, Eksekutif Kanan Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri YPM; Puan Norfaezah binti Roslan, Pegawai Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri YPM serta Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Terengganu.

Program yang ditaja oleh Gas Malaysia Berhad bagi pusat MRSM Kota Putra dan Zurich Takaful (M) Berhad bagi pusat MRSM Besut ini bakal memberi manfaat kepada 100 orang pelajar Tingkatan 5 dan dijangka melibatkan sebanyak lima buah sekolah menengah bagi setiap pusat yang dipilih.

Semoga pelaksanaan program tuisyen ini mampu memberikan impak positif terhadap prestasi akademik pelajar berkenaan.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT







๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—ซ๐—œ๐—”๐—ง๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—จRA...
13/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—จ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” @๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—ซ๐—œ๐—”๐—ง๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—จ

RANAU, 13 Mei 2026 โ€“ Mesyuarat Induk Pelarasan Program Tuisyen Pintar Yayasan Pelajaran MARA (YPM) @ KKDW 2026 Tajaan Yayasan Axiata telah berlangsung dengan jayanya di MRSM Ranau melibatkan kerjasama strategik antara pihak MRSM Ranau, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, pengetua dan wakil sekolah-sekolah menengah daerah Ranau serta wakil daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan Program Tuisyen Pintar bagi tahun 2026 selain memperkukuh keberkesanan program dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk analisis impak pelaksanaan program pada tahun sebelumnya terhadap pencapaian pelajar, pertambahan perluasan pelaksanaan program daripada lima buah sekolah kepada sembilan buah sekolah, serta pemilihan modul pembelajaran yang telah ditambah baik bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pada tahun ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Ismail bin Badri, Pengetua MRSM Ranau. Turut hadir ialah Dr. Aisyah binti Mad Saad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, para pengetua dan wakil sekolah menengah daerah Ranau, Timbalan-timbalan Pengetua MRSM Ranau serta wakil daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Diharapkan agar pelaksanaan Program Tuisyen Pintar YPM 2026 ini dapat terus memberi impak positif dalam melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.










Address

Aras 18, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326927273

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pelajaran MARA - YPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Pelajaran MARA - YPM:

Share