Kementerian Pertahanan Malaysia

Kementerian Pertahanan Malaysia Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia
(3363)

Inisiatif Perumahan Veteran ATM 2026🏠Kementerian Pertahanan terus komited dalam memperkasa kebajikan Veteran Angkatan Te...
15/06/2026

Inisiatif Perumahan Veteran ATM 2026🏠

Kementerian Pertahanan terus komited dalam memperkasa kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia melalui pelaksanaan Inisiatif Perumahan Veteran ATM 2026 dengan peruntukan sebanyak RM8.0 juta.

Sasaran pelaksanaan meliputi:
βœ… 30 unit rumah bina baharu
βœ… 280 unit rumah baik pulih

Usaha berterusan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup veteran yang telah banyak berjasa kepada negara.

πŸ“Œ Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi JHEV ATM di www.jhev.gov.my





15/06/2026

Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tradisi ketenteraan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.





Besut: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilatih menjadi usahawan tani projek tanaman ubi keledek (Varieti Sweet V...
15/06/2026

Besut: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilatih menjadi usahawan tani projek tanaman ubi keledek (Varieti Sweet Vitato) melalui kerjasama strategik di antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) sejak Januari lalu.

Sumber : Harian Metro





Besut: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilatih menjadi usahawan tani projek tanaman ubi keledek (Varieti Sweet Vitato) melalui kerjasama strategik di antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) sejak Januari lalu.

SEGAMAT – Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pemba...
15/06/2026

SEGAMAT – Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pembangunan infrastruktur ketenteraan moden dan pelbagai inisiatif kebajikan bagi memastikan anggota dapat melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan negara dengan lebih berkesan.

Sumber : Kosmo





Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pembangunan infrastruktur ketenteraan moden dan pelbagai inisiatif kebajikan bagi memastikan anggota dapat melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan negara dengan lebih berkesan.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πˆπ–π€ πŒπ”π‘ππˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ„πŒπ„ππ“π€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”"Pertahanan menyeluruh penting berikutan ancaman pa...
14/06/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πˆπ–π€ πŒπ”π‘ππˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ„πŒπ„ππ“π€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

"Pertahanan menyeluruh penting berikutan ancaman pada ketika ini telah berubah termasuk ancaman hibrid, ancaman siber dan kognitif."

β€”YB DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PERTAHANAN



π‘π„π‰πˆπŒπ„π πŠπ„-πŸ’ π€π‘π“πˆπ‹π„π‘πˆ πƒπˆπ‘π€π‰π€, π’π„π†π€πŒπ€π“Meneruskan siri lawatan kerja ke kem dan pangkalan tentera di seluruh negara dengan...
14/06/2026

π‘π„π‰πˆπŒπ„π πŠπ„-πŸ’ π€π‘π“πˆπ‹π„π‘πˆ πƒπˆπ‘π€π‰π€, π’π„π†π€πŒπ€π“

Meneruskan siri lawatan kerja ke kem dan pangkalan tentera di seluruh negara dengan lawatan ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD), Kem Segamat.

Lawatan dimulakan dengan menerima taklimat mengenai peranan dan kesiapsiagaan pasukan serta pembangunan Kem Segamat yang dilaksanakan secara berfasa sejak tahun 2017.

Pembangunan Kem Segamat dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembinaan bangunan teknikal dan Kompleks Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), dengan Fasa 2 siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Dengan siapnya pembangunan ini, Kem Segamat kini menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi menyokong keperluan operasi, latihan dan kesejahteraan warga pasukan serta keluarga mereka.

Kementerian Pertahanan akan terus memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan anggota sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia.


SEGAMAT, 14 Jun 2026 – Majlis Perasmian Pembangunan Fasa 2 Kem Segamat, Johor yang melibatkan peningkatan fasiliti sokon...
14/06/2026

SEGAMAT, 14 Jun 2026 – Majlis Perasmian Pembangunan Fasa 2 Kem Segamat, Johor yang melibatkan peningkatan fasiliti sokongan logistik dan pembinaan bangunan teknikal bagi memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Pembangunan Fasa 2 Kem Segamat bernilai RM66 juta itu merupakan sebahagian daripada pembangunan keseluruhan kem yang dilaksanakan menerusi tiga fasa sejak tahun 2017 dengan kos keseluruhan RM259.4 juta. Projek ini turut merangkumi naik taraf Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan kebajikan bagi meningkatkan kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka.

Sumbangan kebajikan Yayasan LTAT turut disampaikan kepada sembilan penerima yang terdiri daripada anggota, ahli keluarga warga pasukan serta waris yang memerlukan bantuan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam menjaga kebajikan komuniti pertahanan.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Hassan Nordin; Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Haji Sani S. Omar; Komander Artileri 3 Divisyen, Brigedier Jeneral Datuk Khairul Izan Muhammad Suffian serta pegawai-pegawai kanan MINDEF dan ATM.




Sebanyak 3,208 kekosongan jawatan ditawarkan kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memper...
14/06/2026

Sebanyak 3,208 kekosongan jawatan ditawarkan kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperluas peluang kerjaya serta menyokong peralihan yang lebih lancar ke alam pasca perkhidmatan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa kebolehpasaran veteran ATM, di samping memastikan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki terus dimanfaatkan untuk pembangunan negara.




TERENGGANU, 13 Jun 2026 – Usaha memperkasa Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penglibatan dalam sektor pert...
13/06/2026

TERENGGANU, 13 Jun 2026 – Usaha memperkasa Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penglibatan dalam sektor pertanian moden terus diperkukuhkan menerusi pelaksanaan Program MyHero Tani di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut, Terengganu. Program hasil kerjasama strategik antara UniSZA dan Yayasan Veteran ATM (YVATM) ini bertujuan membuka peluang kepada veteran untuk menjana pendapatan yang lebih mampan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari dan seramai 10 Veteran ATM dari Negeri Terengganu terlibat dalam projek penanaman ubi keledek varieti Sweet Vitato di atas tanah seluas lima ekar milik UniSZA di Tembila, Besut.

Projek ini dijangka diperluaskan secara berperingkat dengan keseluruhan 20 ekar tanah diperuntukkan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai Veteran ATM pada masa hadapan.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 15 balu Veteran ATM, menyerahkan 500 Bakul Rahmah kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Terengganu serta komuniti setempat, dan menyampaikan 16 komputer riba kepada anak-anak Veteran ATM yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA. Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 112 komputer riba yang disumbangkan oleh Etiqa General Takaful Berhad menerusi Program Tanggungjawab Zakat Korporat (CZR).

YB Timbalan Menteri Pertahanan turut mengadakan lawatan kebajikan ke atas lima beradik anak Veteran ATM yatim piatu di Kuala Besut yang kehilangan kedua-dua ibu bapa akibat sakit kronik pada tahun 2024. Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan bantuan kebajikan dan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan.

Terdahulu, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni Veteran ATM, Encik Azman bin Mohd Salleh di Hotel D Whisper, Kota Bharu serta menyampaikan bantuan dan sumbangan kebajikan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh veteran berkenaan dan keluarganya.





πŸ“’ PELUANG KERJAYA DI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIAKementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang ...
13/06/2026

πŸ“’ PELUANG KERJAYA DI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang kreatif, berkemahiran dan berdaya saing untuk mengisi jawatan berikut:

🎨 Pereka Grafik (MySTEP)
Unit Komunikasi Strategik (UKS)

Kami mencari individu yang mampu menghasilkan reka bentuk visual yang kreatif dan berkualiti bagi menyokong penyampaian komunikasi strategik kementerian.

πŸ“© Penghantaran Portfolio/Resume:
[email protected]

πŸ“… Tarikh Tutup Permohonan: 26 Jun 2026

Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang membentuk naratif komunikasi pertahanan negara.


Address

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA), WISMA PERTAHANAN, Jalan PADANG TEMBAK
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60340199999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pertahanan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pertahanan Malaysia:

Share

Category