Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur JPJ WPKL Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937.

Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu. Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan. Selaras dengan pembukaan jabatan tersebut, satu undang-undang jalan raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah diluluskan mengantikan Enakmen Lalulintas 1937 itu. Memandangkan pentingnya tugas-tugas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut khasnya terhadap kenderaan perdagangan, maka Bahagian Penguatkuasaaan telah diwujudkan dan menjalankan fungsi penguatkuasaan tersebut. Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

Cuaca Buruk, Utamakan Keselamatan  Ketika hujan lebat, risiko kemalangan meningkat. Pandangan kabur dan jalan licin bole...
17/08/2026

Cuaca Buruk, Utamakan Keselamatan

Ketika hujan lebat, risiko kemalangan meningkat. Pandangan kabur dan jalan licin boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal. Kurangkan kelajuan, jarakkan kenderaan, dan gunakan lampu dengan betul.

Keselamatan Bukan Tentang Siapa Cepat, Tapi Siapa Selamat

Pandu dengan cermat agar anda dan keluarga tiba di rumah dengan selamat. Ingat berhati-hati di jalan raya, keluarga menanti di rumah.








Di rumah, ada yang menunggu. Di jalan, jangan jadi sebab mereka kehilangan.
17/08/2026

Di rumah, ada yang menunggu. Di jalan, jangan jadi sebab mereka kehilangan.








RERUAI JPJ WPKL MERIAHKAN PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA KRT THAMBY ABDULLAH/ANG SENG, BRICKFIELDS📍 Dewan Komp...
15/08/2026

RERUAI JPJ WPKL MERIAHKAN PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA KRT THAMBY ABDULLAH/ANG SENG, BRICKFIELDS

📍 Dewan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam, Brickfields, Kuala Lumpur
🗓️ 15 Ogos 2026 (Sabtu)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) terus memperkukuh usaha advokasi keselamatan jalan raya menerusi penglibatan dalam Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran KRT Thamby Abdullah/Ang Seng, Brickfields.

Program ini turut diserikan dengan Ceramah Keselamatan Jalan Raya yang disampaikan oleh Tn. Sajiyaahrao a/l Vengatusan, Penolong Pegawai Penguat Kuasa yang memberi penekanan terhadap kepentingan pematuhan peraturan lalu lintas, amalan pemanduan dan penunggangan yang selamat serta tanggungjawab setiap pengguna jalan raya dalam mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat.

Pada program tersebut, JPJ WPKL turut membuka Reruai Pameran dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya serta Kaunter Bergerak JPJ Mobile bagi memberi kemudahan perkhidmatan dan meningkatkan kesedaran komuniti setempat.

✨ Antara pengisian di Reruai JPJ:
✅ Kaunter JPJ e-ID dan pertanyaan urus niaga
✅ Advokasi keselamatan jalan raya
✅ Kuiz interaktif berkaitan undang-undang dan keselamatan jalan raya
✅ Nasihat penunggangan motosikal secara selamat

🚗 Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile:
• Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
• Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
• Pendaftaran mySIKAP dan MyJPJ

Penglibatan JPJ WPKL dalam program sebegini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam mendidik, menyantuni dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya selaras dengan aspirasi “Malaysia Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya” serta menyokong sasaran pengurangan 50% kadar kematian akibat nahas jalan raya menjelang tahun 2030.








Parkir tidak betul boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti:Menyusahkan pengguna lain yang terperangkap dan tidak dapa...
14/08/2026

Parkir tidak betul boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti:

Menyusahkan pengguna lain yang terperangkap dan tidak dapat keluar.

Melambatkan laluan serta menimbulkan kesesakan di kawasan awam.

Menghalang kenderaan kecemasan daripada bertindak pantas ketika berlaku insiden.

Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pesalah.








Pemanduan Semasa Musim Hujan
14/08/2026

Pemanduan Semasa Musim Hujan








Kesilapan kecil di jalan raya boleh jadi tragedi besar.
14/08/2026

Kesilapan kecil di jalan raya boleh jadi tragedi besar.








Periksa Tayar Sebelum Perjalanan Keselamatan Bermula Di Sini.  Pastikan tayar berada dalam keadaan baik sebelum memulaka...
13/08/2026

Periksa Tayar Sebelum Perjalanan
Keselamatan Bermula Di Sini.

Pastikan tayar berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan risiko kemalangan dan memastikan pemanduan lebih selamat.
✅ Periksa kerosakan dan rekahan — tayar yang retak atau haus boleh menyebabkan letupan.
✅ Pastikan bunga tayar mencukupi — cengkaman yang baik penting untuk kestabilan kenderaan.
✅ Semak tekanan angin — tekanan yang betul menjimatkan minyak dan memanjangkan jangka hayat tayar.

Pemeriksaan ringkas sebelum perjalanan boleh menyelamatkan nyawa.








Patuhi Lampu Isyarat
13/08/2026

Patuhi Lampu Isyarat








NOTIS AWAM JPJ WPKL.BIDAAN SIRI VRP AKAN DIBUKA.Sebarang aduan boleh dibuat melalui emel ke aduan.jpjebidwpkl@jpj.gov.my...
13/08/2026

NOTIS AWAM JPJ WPKL.
BIDAAN SIRI VRP AKAN DIBUKA.

Sebarang aduan boleh dibuat melalui emel ke [email protected]




13/08/2026

Address

Lot 14264 Jalan Genting Kelang, Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 16:30

Telephone

+60341450800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share