15/09/2026
Projek Sokongan Pendidikan (Education Lifeline Project) di Gaza
Di sebalik pelbagai dugaan dan keterbatasan yang dihadapi, anak-anak Gaza terus berusaha mendapatkan pendidikan.
Melalui Projek Sokongan Pendidikan, MAHAR telah melaksanakan agihan pakaian sekolah baharu kepada para pelajar di sebuah sekolah berhampiran Al-Rimal, Gaza.
Bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung serta memberikan kegembiraan kepada anak-anak yang terus melangkah ke sekolah dalam suasana serba mencabar.