PAS Kawasan Setiawangsa

PAS Kawasan Setiawangsa PAS ditubuhkan bagi memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDURRASUL 1448HSelamat menyambut Maulidurrasul kepada seluruh ahli PAS dan umat Islam. Semoga kecintaan kita...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDURRASUL 1448H

Selamat menyambut Maulidurrasul kepada seluruh ahli PAS dan umat Islam. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar pada ucapan dan selawat, tetapi diterjemahkan dengan menghayati sunnah, mencontohi akhlak Baginda serta istiqamah memperjuangkan Islam.

Sunnah terbesar Rasulullah ๏ทบ ialah perjuangan menegakkan Islam sebagai panduan kehidupan. Maka teruslah melangkah dengan sabar, ikhlas dan istiqamah sehingga Islam dimartabatkan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

๐Ÿ’š Cinta Nabi, Ikuti Sunnah, Istiqamah Dalam Perjuangan.

PAS Kawasan Setiawangsa

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kemenangan calon-calon PAS di PRN Negeri ...
01/08/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kemenangan calon-calon PAS di PRN Negeri Sembilan.

Tahniah kepada seluruh jentera, para petugas, penyokong dan rakyat yang telah menunaikan amanah demokrasi.

Semoga kemenangan ini menjadi titik permulaan kepada pentadbiran yang lebih berintegriti, adil dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Ikhlas daripada,
PAS Kawasan Setiawangsa

Adakah mempertahankan tanah rizab Melayu kini dianggap satu kesalahan?PAS Kawasan Setiawangsa menzahirkan solidariti kep...
30/07/2026

Adakah mempertahankan tanah rizab Melayu kini dianggap satu kesalahan?

PAS Kawasan Setiawangsa menzahirkan solidariti kepada Saudara Abdul Razak, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa, yang dipanggil memberi keterangan oleh MCMC susulan pendedahan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di Sg. Pening.

Salah satu videonya meraih lebih 30,700 tanda s**a dan 7,300 perkongsian sebelum disekat di Malaysia.

Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan seharusnya dijawab dengan fakta, bukan tindakan yang boleh menghalang suara rakyat.

Bersuara bukan jenayah. Mempertahankan hak rakyat bukan satu kesalahan!




29/07/2026

CERAMAH MEGA BIRUKAN SEREMBAN

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar, seluruh warga pendidik dan pengurusan SRITI Taman Seri Rampai, serta Dewan Pemuda P...
26/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar, seluruh warga pendidik dan pengurusan SRITI Taman Seri Rampai, serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa atas penerimaan Anugerah Mumtaz SRITI Wilayah Persekutuan 2026.

Pengiktirafan ini membuktikan kesungguhan, komitmen dan dedikasi seluruh warga SRITI Taman Seri Rampai dalam menyediakan pendidikan Islam yang berkualiti serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan beramal.

Sekalung tahniah dan syabas sekali lagi daripada PAS Kawasan Setiawangsa. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada institusi pendidikan Islam yang lain.

PAS KAWASAN SETIAWANGSA


18/07/2026

PELANCARAN JENTERA & DANA PILIHAN RAYA PAS SETIAWANGSA

17/07/2026
KONVOI JENTERA PAS SETIAWANGSA โณ Tinggal 2 Hari Lagi!Ayuh seluruh ahli, penyokong dan pendukung PAS hadir memeriahkan Ko...
26/06/2026

KONVOI JENTERA PAS SETIAWANGSA

โณ Tinggal 2 Hari Lagi!

Ayuh seluruh ahli, penyokong dan pendukung PAS hadir memeriahkan Konvoi Jentera PAS Setiawangsa sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
๐Ÿ•– Masa Berkumpul: 7.00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi Berkumpul: Petron Sri Rampai
๐Ÿ‘• Pakaian: T-Shirt PAS
๐Ÿš— Kenderaan: Kereta / Motosikal / 4x4

๐Ÿ“ข Jangan lupa bawa bendera PAS dan hadir bersama keluarga serta sahabat bagi menyemarakkan semangat perjuangan.

๐ŸŒ™ Salam Awal Muharram 1448H ๐ŸŒ™PAS Kawasan Setiawangsa mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh um...
17/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Awal Muharram 1448H ๐ŸŒ™

PAS Kawasan Setiawangsa mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui niat, memperbaiki diri, meningkatkan ketakwaan serta mengukuhkan ukhuwah dalam masyarakat.

Marilah kita mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh keimanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mencari keredaan Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

(Surah Ar-Ra'd: 11)

Salam Maal Hijrah 1448H.

Ikhlas daripada
PAS Kawasan Setiawangsa ๐Ÿ’š๐Ÿค
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

Jalan Ayer Keroh
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share