Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Halaman Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia. / Official Page National Library of Malaysia. Perpustakaan Sumber Maklumat Anda.
(3)

Dapatkan pelbagai maklumat dan info terkini mengenai perkhidmatan PNM dan pelbagai program galakan membaca Library Your Information & Resources

22/08/2026
21/08/2026
21/08/2026

Kalau kita semua confident macam Siti, mesti rasa jawapan sendiri paling betul kan? ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜‚

Anda rasa apa jawapan yang betul?
Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen! ๐Ÿ‘‡โœจ

Jom dan tengok siapa paling power bab ejaan Jawi! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“š ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐Œ๐Š ๐๐„๐ƒ๐€๐’ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€Perpustakaan Negara Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripad...
19/08/2026

๐Ÿ“š ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐Œ๐Š ๐๐„๐ƒ๐€๐’ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Perpustakaan Negara Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada warga SMK Pedas yang terdiri daripada para murid dan guru pengiring.

Sepanjang lawatan, para peserta telah berpeluang meneroka beberapa bahagian dan perkhidmatan di PNM, antaranya Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Unit Rujukan Luar Negara, Pusat Hipermedia dan Bahagian Pinjaman Dewasa.

Selain itu, mereka turut berkesempatan merasai pengalaman berada di Pawagam Mini PNM serta meneroka Pusat Pembelajaran Imersif yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif melalui teknologi seperti Virtual Reality (VR), hologram, Pustaka Robozone dan Bilik E-Sukan. ๐ŸŽฎโœจ

Diharapkan lawatan ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu kepada para murid, di samping memperkenalkan dengan lebih dekat koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Terima kasih kepada warga SMK Pedas atas kunjungan. Semoga pengalaman sepanjang berada di PNM menjadi kenangan serta memberi manfaat kepada semua. ๐Ÿ“–

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐”๐Œ ๐Ž๐Œ๐€๐ ๐€๐‚๐‘๐Ž๐’๐’ ๐€๐†๐„๐’ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berbesar hati ...
19/08/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐”๐Œ ๐Ž๐Œ๐€๐ ๐€๐‚๐‘๐Ž๐’๐’ ๐€๐†๐„๐’ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berbesar hati menerima kunjungan rasmi Mr. Al Yaqdhan bin Abdullah Al Harthi, Ketua Pengarah, Muzium Oman Across Ages pada 19 Ogos 2026.

Kunjungan ini membuka ruang kepada beliau untuk mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan, kemudahan serta khazanah ilmu yang tersedia di PNM menerusi lawatan ke ruang perkhidmatan perpustakaan dari Aras 4 hingga Aras 1.

Beliau juga turut dibawa mengunjungi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, yang menjadi antara pusat penting dalam usaha memelihara dan mengetengahkan khazanah manuskrip Melayu sebagai warisan ilmu dan intelektual negara.

Semoga kunjungan ini menjadi titik penghubung yang bermakna dalam mempererat hubungan serta membuka ruang perkongsian ilmu dan kerjasama antara PNM dan Muzium Oman Across Ages pada masa hadapan.

Terima kasih atas kunjungan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Semoga pengalaman bersama PNM membawa kenangan dan manfaat yang bermakna.





๐Ÿ“ข ๐„๐Š๐’๐๐‹๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐ฎ-๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐๐‹๐ˆ๐’Jom terokai BLIS (BERNAMA Library Infolink Service) dan ketahui cara mencari ar...
19/08/2026

๐Ÿ“ข ๐„๐Š๐’๐๐‹๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐ฎ-๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐๐‹๐ˆ๐’

Jom terokai BLIS (BERNAMA Library Infolink Service) dan ketahui cara mencari artikel dengan mudah dan PERCUMA melalui u-Pustaka!

๐Ÿ—“๏ธ 20 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Penceramah: Encik Izzul Zunnurain Darusamin & Encik Wan Mohd Rady

๐ŸŒ Layari: www.u-pustaka.gov.my
๐Ÿ”— Sertai program: https://bit.ly/EKSPLORASIDIGITALuPUSTAKA2026BLIS20OGOS2026-KHAMIS

๐Ÿ“œ Sijil digital disediakan oleh pembekal pangkalan data.
๐Ÿ“ฃ Semua dijemput hadir dan dialu-alukan untuk berkongsi hebahan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka sumber digital yang bermanfaat bersama kami!

Ulang siar.
19/08/2026

Ulang siar.

๐ŸŽฌโœจ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐“๐ˆ๐Š๐“๐Ž๐Š ๐Œ๐„๐๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐’๐€๐‰๐€๐Š ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ๐Ÿ“š

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput anda menyertai Pertandingan TikTok Mencipta Sajak Kemerdekaan 2026 bertemakan "Kemerdekaan dan Patriotisme".

๐ŸŽค Tunjukkan kreativiti anda melalui sajak ciptaan sendiri dan rakamkan persembahan dalam bentuk video TikTok.

๐Ÿ“Œ Kategori
๐Ÿ‘ง Kanak-kanak (7โ€“12 tahun)
๐Ÿง‘ Dewasa (13 tahun ke atas)

๐Ÿ“… Tarikh Penyertaan
๐ŸŸข Dibuka: 1 Ogos 2026
๐Ÿ”ด Ditutup: 31 Ogos 2026
๐Ÿ† Hadiah menarik menanti para pemenang!

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan menghantar penyertaan.

Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan dengan bakat dan kreativiti anda!

๐‘ป๐’†๐’“๐’Ž๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’• ๐’‘๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’๐’…๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’•๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Œ๐’๐’–๐’Œ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’• ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’Š๐’•๐’†๐’•๐’‚๐’‘๐’Œ๐’‚๐’ ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐’‘๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’๐’‹๐’–๐’“. ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’–๐’•๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐’‘๐’‚๐’๐’†๐’ ๐’‹๐’–๐’“๐’Š ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’–๐’Œ๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚๐’….

๐Ÿ“š ๐๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐๐ˆ๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐€๐“ ๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐“๐€๐?Setiap buku, jurnal, majalah, surat khabar serta ...
18/08/2026

๐Ÿ“š ๐๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐๐ˆ๐“ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€: ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐€๐“ ๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐“๐€๐?

Setiap buku, jurnal, majalah, surat khabar serta bahan terbitan digital bukan sekadar bahan bacaan. Ia merupakan warisan ilmu bangsa yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331), penerbit di Malaysia bertanggungjawab menyerahkan bahan terbitan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai sebahagian daripada rekod bibliografi dan khazanah intelektual negara.

โœจ Karya anda hari ini, rujukan generasi hari esok!

Ikuti langkah mudah berikut:

1๏ธโƒฃ Daftar sebagai penerbit
2๏ธโƒฃ Mohon ISBN, ISSN, e-ISBN, e-ISSN atau PdP
3๏ธโƒฃ Serahkan naskhah terbaik penerbitan anda kepada PNM

๐ŸŒ Layari Portal Sistem Depositori:
https://depositori.pnm.gov.my

Jangan biarkan hasil karya dan penerbitan berharga anda hilang ditelan zaman. Jadikan setiap karya sebahagian daripada khazanah ilmu negara dan sumber rujukan yang bernilai untuk generasi demi generasi. ๐Ÿ“–โœจ

Terbitkan. Serahkan. Lestarikan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

232 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50572

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60326871700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Negara Malaysia:

Shortcuts

Share

Category