21/04/2026
SESI KUNJUNG HORMAT
Satu sesi kunjung hormat telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan, RISDA bersama RISDA Agri Food Industries Sdn. Bhd. & Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) ke Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama strategik serta membincangkan potensi kolaborasi dalam memperkasakan pembangunan usahawan, khususnya dalam aspek pensijilan & ekosistem industri halal.
Diharapkan pertemuan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan untuk meningkatkan daya saing serta menembusi pasaran yang lebih luas, selari dengan aspirasi pembangunan industri halal negara.