31/08/2026
🇲🇾 Selamat Hari Merdeka!
The Embassy of France in Malaysia extends its warmest wishes to all Malaysians on the occasion of the 69th anniversary of independence.
31 August 1957 also marked the beginning of diplomatic relations between France and the newly independent Federation of Malaya, laying the foundations for the close France–Malaysia relationship we share today.
Over the past 69 years, France and Malaysia have built a broad, trusted, and enduring partnership, spanning areas such as trade and investment, education, culture, science, and people-to-people exchanges.
On this National Day, we celebrate Malaysia’s journey since independence and the longstanding relationship between our two countries. We look forward to continuing to deepen our cooperation in the years ahead.
Selamat Hari Merdeka to all Malaysians! 🇫🇷🤝🇲🇾
—
🇲🇾 Selamat Hari Merdeka!
Kedutaan Besar Perancis di Malaysia merakamkan ucapan selamat kepada seluruh rakyat Malaysia sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-69.
31 Ogos 1957 turut menandakan bermulanya hubungan diplomatik antara Perancis dan Persekutuan Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan, sekali gus meletakkan asas bagi hubungan erat antara Perancis dan Malaysia yang terjalin hingga ke hari ini.
Sepanjang 69 tahun yang lalu, Perancis dan Malaysia telah membina hubungan yang erat, kukuh dan berteraskan kepercayaan dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kebudayaan, sains serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Pada Hari Kebangsaan ini, kami turut meraikan perjalanan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan serta hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara. Kami berharap kerjasama antara Perancis dan Malaysia akan terus diperkukuh pada tahun-tahun akan datang.
Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇫🇷🤝🇲🇾