06/05/2026
YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, telah menyampaikan ucapan dalam Luncheon Talk sempena ASEAN Leadership & Partnership Forum 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kekuatan ASEAN bukan hanya terletak pada hubungan diplomatik atau peringkat kepimpinan semata-mata, sebaliknya bergantung kepada negara-negara anggotanya memperkukuh perpaduan antara satu sama lain berlandaskan aspirasi rakyat.
Mengulas cabaran semasa, beliau turut menekankan bahawa dalam mendepani landskap global yang semakin tidak menentu merangkumi ketidaktentuan ekonomi, isu keselamatan tenaga serta jaminan bekalan makanan. ASEAN dituntut untuk terus kekal bersatu, berwibawa dan relevan di persada antarabangsa.
Forum ini menjadi platform strategik yang signifikan dalam memperkukuh dialog serantau, khususnya dalam aspek daya tahan ekonomi, transformasi digital, peralihan tenaga, serta usaha memperkasa integrasi ASEAN secara menyeluruh.
Parlimen Malaysia
6 Mei 2026
๐ธ Foto oleh: Julie