13/05/2015
[12-5 3:00 PM] Jalius bin Khalid: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Bil.461) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 23 Rejab 1436H. "JIN KALEWA JIN KALAK"
Mambang Putih mambang Merah,
Mambang bukan sebarang mambang,
Makanya jangan s**a marah-marah,
Kerana marah-marah itu dis**ai mambang.
Atas permintaan ramai, Ust. Kay sambung balik tazkirah Bab Jin. Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya “ مكائد الشيطان “ menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a : "Allah SWT menciptakan jin kepada tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.”
الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ
“Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan p**a berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah.” (HR: Al-Hakim)
CERAH-CERAHKAN :
Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang kementerian dan portfolio masing-masing :
1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.
2. ‘Ifrit (عِفْرِيـتٌ ) adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah.
3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.
4. Al-Marid ( المَارِد) sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat. Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya antaranya : "Dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka" (QS. al-Nisa’ : 117)
5. Al-Awamir ( العَوَامِرِ) kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia. Mereka tinggal di rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Diriwayatkan satu sabda Rasulullah SAW daripada Abi Said al-Khudri :
إِنَّ بِالمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الجِنَّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ جُنْدِهِ العَوَامِرِ فَلْيُؤَذِّنْ ثَلَاثًا فَإِن بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak tiga kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.
Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya kerana ia juga makhluk Allah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang s**a melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka." HR: Imam Bukhari)
6. Al-Arwah ( الأَرْوَاح) ialah sejenis jin yang s**a mengganggu kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya “ شياطين الإنس والجن “ tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain, iaitu panggilan untuk orang yang telah meninggal dunia.
SIMPUL-SIMPUL :
Ada satu lagi jenis jin, yang dipanggil "Lembaga Hitam" kerjanya lebih hebat dari Toyol dan tinggal di Lembaga...... Ust. Kay nak sebut pun dah takut his.. his...
Wallahu a'lam - "Ya Allah lindungilah harta kami Ya Allah daripada gangguan lembaga ini." Ukay's.
BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) ADALAH KOMPILASI 100 TAJUK CCUK YG. AWAL TERBITAN KARANGKRAF DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) ADALAH SAMBUNGANNYA DENGAN PEMBAHARUAN YG. LEBIH MANTAP TERBITAN TELAGA BIRU. DAPATKANNYA DI PASARAN !
[12-5 3:01 PM] Jalius bin Khalid: Sekali Serban Dililit. Siri 11
Bagaimana Kita Berjuang: Hudud atau Pakatan ?
Oleh : Nasrudin bin Hassan
www.perjuanganku.com
1. Pakata
n Rakyat bergoncang hebat dek kerana isu Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud). DAP semakin lantang dan berani mempertikaikannya malah lebih nekad apabila mereka secara terbuka menentangnya di tengah - tengah laman kota Darul Naim.
2. Mereka begitu galak bagaikan mendapat peluang yang ditunggu - tunggu sekian lama. Lebih menarik apabila ada pihak yang sengaja mengundang dan memberi pentas terbuka kepada mereka, satu tindakan yang saya yakin tidak berani dilakukan sewaktu hayat hidup Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rahimahullah.
3. Secara zahirnya di hadapan kita terdapat dua pihak.
a) Pihak yang terus berjuang kearah perlaksanaan EKJS khasnya di bumi Kelantan justeru ia adalah Syariat yang mesti diperjuang dan ditegakkan. Firman Allah swt :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
Al Maidah : 49
[ Namun, dalam masa yang sama mengharapkan Pakatan Rakyat dapat mendokong cita - cita suci itu sebagai undang - undang alternatif kepada kegagalan undang - undang hari ini dalam menangani peningkatan jenayah dan mungkar. Kalaupun ada dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan perlaksanaan EKJS, sekurang - kurangnya mereka tidak menentang secara terbuka dan berpada dengan persefahaman yang telah dicapai iaitu "agree to disagree - setuju untuk tidak bersetuju" ]
b) Pihak yang kedua p**a mengutamakan Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan parti yang dilihat mampu menjatuhkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Mereka tidak mahu perlaksanaan EKJS ini menjadi penghalang kepada cita - cita itu. Pastikan menang terlebih dahulu, nescaya Islam boleh dilaksanakan kemudian.
4. Pilihan saya ialah meneruskan perjuangan Islam, menentang kezaliman, membela golongan tertindas, menabur bakti kebajikan, berdakwah tanpa rasa penat serta bosan dan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi tercinta ini. Ia adalah perjuangan warisan daripada Baginda Rasul saw. Ia tidak akan dihentikan hanya semata - mata kerana mahu berkuasa, tetapi sebaliknya gigih berjuang mencari kuasa untuk melaksanakan warisan Rasul saw. Inilah juga manifestasi dari salah satu bait lagu PAS yang selalu kita nyanyikan :
"Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan"
5. Saya mengharapkan pilihan saya juga adalah pilihan anda semua. Kita mahu Pakatan Rakyat yang utuh dan menghormati prinsip perjuangan kita, justeru apa yang kita perjuangkan ini adalah wahyu Tuhan yang Maha Mencipta. Tiada kompromi dan toleransi untuk menolaknya. Ia adalah muktamad dari Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa. Kita boleh kompromi dan toleransi ke arah melaksanakannya bukan menentang dan menolaknya. Maka berfikirlah 1001 jalan untuk menjayakan hasrat perlaksanaan EKJS tersebut, BUKAN mencari 1001 dalih untuk tidak melaksanakannya.
Sekian.