11/05/2026
🚀 PENGUMUMAN PESERTA ROKET AIR MRCC 2026 🚀
Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya terpilih sebagai peserta kategori Roket Air bagi Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026!
Kesungguhan, kreativiti dan semangat anda untuk meneroka dunia aeroangkasa amat membanggakan. Kini tiba masanya untuk anda bersedia menghadapi cabaran sebenar di zon pertandingan nanti.
📍 Semak nama pasukan dan zon pertandingan anda pada poster yang disediakan.
🔥 Bersedia untuk mencipta pengalaman yang luar biasa dalam MRCC 2026!
Pihak penganjur akan menghubungi guru penasihat atau wakil pasukan bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk penyelarasan pertandingan.