16/07/2020
NOTA PERJALANAN SEORANG MUSAFIR MUSLIM ...
Kita bermusafir ke tempat asing, kita melihat banyak kesan dan mengambil pengajaran dari kezaliman manusia. Kita melihat bagaimana apabila kita umat Islam tidak teguh berpegang kpd agama mereka, kezaliman akan cepat melanda. Pemerintah yg zalim itu sesetengahnya dari kaum lain yg berbeza dan sesetengahnya dari kaum dan agama yg sama. Kita melihat bagaimana kesukaran umat Islam Champ di Vietnam bertabur disepanjang lembah sungai Chao Phraya di sekitar Cambodia dan Vietnam. Kita juga melihat kesukaran kehidupan umat Islam Pattani di Thailand dan juga kesukaran umat Islam Rohingya di Myanmar yg sering diperangi.
Kita berjalan lebih jauh ke China, setelah sekian lama berada dibawah rejim komunis, kita merasa sedih melihat nasib umat Islam disana yg kelihatan seperti mula meninggalkan agama mereka setelah dikongkong dan dipaksa meninggalkan ajaran asas seperti solat dan puasa.
Kita ke Turki dan melihat bagaimana naiknya Mustafa Kamal attaturk menjatuhkan Sultan Othmaniah yg terakhir. Sultan pada waktu yg paling lemah dalam sejarah Othmaniah ialah Sultan yg berpoya2 dgn kekayaan mereka manakala rakyatnya hidup merempat ! Sultan tidak mampu menjadi contoh yg baik kpd sebuah kehidupan ummah. Mustafa Kamal naik atas suatu sebab yg logik dan atas kelemahan Sultan yg berada di tahap yg zalim pada rakyatnya pada waktu itu. Rakyat sudah bosan dgn Sultan. Mustafa Kamal disebalik menjadi seorang Islam yg sejati memilih menyingkirkan Islam dari kehidupan umat di Turki. Sekarang apabila Erdogan mula memerintah, keindahan Islam mula dikembalikan. Walaubagaimanapun model negara demokrasi kapitalis semestinya akan membina jurang antara si kaya dan si miskin. Masih banyak yg perlu dilakukan beliau utk kembalikan keagungan Islam dan Turki. Doa kami bersama mereka.
Kita bermusafir ke Balkan, ke negara2 bekas jajahan Komunis Yugoslavia yg sebelum itu ialah sebahgian dari negara Othmaniyyah Turki. Kita melihat kesan2 keindahan dan kemakmuran yg dibina oleh Othmaniyyah satu ketika dulu. Kita melihat kesan2 perang dunia pertama dan kedua bersama2 dengan peperangan Balkan yg baru sahaja berhenti beberapa tahun yg lalu. Bagaimana Sarajevo dikepong dan bagaimana mujahidin memasuki Sarajevo yg kemudiannya dituruti oleh tentera pengaman PBB. Betapa disitu kita dapat melihat, bahawa umat islam perlu membina kekuatan mereka sendiri dalam pelbagai sudut.
Kita melihat bagaimana bekas2 kezaliman komunis dan diktator di Albania. Kita juga melihat bagaimana komunis berjaya meruntuhkan sebahgian besar imaan umat yg berada di balkan.... sebagaimana juga di china dan vietnam. Kita benar2 faham bahawa selagi kita boleh hidup aman, hargailah kedudukan yg aman itu.
Kita ke Uzbekistan di Asia Tengah bekas negara CIS Rusia. Negara umat Islam yg melahirkan ramai ulamak silam termasuk Bukhari dan Tarmizi. Negara yg melahirkan ramai pakar matematik dunia telah diperintah Kristian Orthodox Russia selama ratusan tahun sebelam Russia menjadi komunis. Kita melihat bagaimana Vodka sudah menjadi minuman rutin mereka, manakala solat dan puasa sudah dilupakan. Apabila kita berdoa, mereka meminta kita berdoa kuat2 supaya mereka boleh aminkan doa kita. Dan itulah sebenarnya yg berlaku disini, membaca AlQuran dan berdoa adalah merupakan satu profesion utk mencari rezeki.
Kita ke Eropah melihat bagaimana Masjid2 dibina sampai ke pinggir2 bandar dan memperlihatkan kpd kita betapa Islam sedang memakmurkan bumi Eropah. Islam sedang berkembang di Eropah. Kita sedang menyaksikan perancangan Allah swt bagaimana Islam mampu sahaja berkembang diserata dunia dalam apa keadaan sekalipun.
Bila kita pulang ke negara sendiri, kita saksikan bagaimana puak2 assobiyah sedang mempermainkan sentimen yg sensitif. Kita umat Melayu Islam gagal mengambil iktibar utk menjadi umat yg akhlak terpuji sebagaimana yg ada pada nabi. Akhlak amanah, berintegriti dan kuat. Kita gagal menafaatkan peluang yg ada utk tunjukan keindahan dan kekuatan Islam kpd bukan Islam dan berdakwah supaya mereka turut menerima Islam. Kita hanya mampu bergaduh sesama sendiri merebut kuasa yg pada akhirnya digunakan utk kepentingan diri dan puak2 kita. Kita berjuang dgn menyebar kebencian sesama rakyat negara ini. Kita mudah saja kafir munafikkan sesama Islam dan mengkafir harbikan bukan Islam hanya kerana mereka tidak ingin ikut kita, yg mana kehidupan serta pemikiran dan perbuatan kita penuh korup.
Jangan mudah memanggil orang "kafir harbi" pada waktu kita tidak benar2 mengenali siapakah kafir harbi yg sebenar. Jangan bergurau tentang itu !!..... Kita juga perlu benar2 ikhlas dgn Imaan yg kita ada, tunjukan sebaik2 akhlak kita supaya manusia keseluruhannya akan kagum dan merasa kasih kepada kita.
Kita merasa sedih apabila kita bermusafir ke tanah arab, akhlak dan kehidupan mereka tidak ada satu yg boleh kita banggakan. Mereka terbelengu dgn kemiskinan, assobiyyah dan Korup. Sesetengah kezaliman itu berselindung disebalik undang2 Syariah Islam. Jadi bagaimana keindahan syariah itu dapat dilihat apabila yg mentadbirnya zalim.
Kita perjuangkan kehidupan ini supaya, umat akan benar2 mendapat rahmat dengan adanya kita. Jangan kerana dunia yg sedikit, kerana kereta 'range rover' yg harganya teramat mahal, kita sanggup menukar dgn keikhlasan perjuangan kita. Kebanyakan negara bangsa itu runtuh,, apabila pemerintah disetiap sendi terkena penyakit korup.
KITA MENGEMBARA UNTUK BELAJAR DAN MELIHAT KESAN DARI KEZALIMAN YG DITINGGALKAN KPD KITA. NEGARA KITA AGAKNYA SEDANG MENCIPTA SEJARAH UNTUK MENINGGALKAN KESAN2 KORUP DAN KEZALIMANNYA SEBAGAIMANA YG PERNAH DITINGGALKAN OLEH FIRAUN ?
[Ameran Jaffar 2019]