Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

  • Home
  • Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

POLISI FACEBOOK RASMI PDRM

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi PDRM mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi PDRM adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima
● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam

Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM. Hak Pentadbir

Pentadbir Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/memadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi PDRM adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi PDRM. Pihak pentadbir Facebook Rasmi PDRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

17/08/2026

LIVE: MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEMINAR APLIKASI AI DALAM SIASATAN JENAYAH MODEN DAN KESELAMATAN NEGARA

Kini sedang berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Seminar Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Siasatan Jenayah Moden dan Keselamatan Negara yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.

Majlis turut dihadiri Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan Pengarah PDRM.






#17082026

17/08/2026

VIDEO PILIHAN: SEMARAK PATRIOTISME, JIWA MERDEKA

Jom ikuti ucapan daripada Unit Kawalan Lalu Lintas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Koperal Muhammad Qusyairi Abdul Wahab sempena Bulan Kebangsaan 2026.

Semangat patriotisme bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan, tetapi turut diterjemahkan melalui sikap bertanggungjawab dalam mematuhi undang-undang serta menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Justeru, marilah kita mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas dan sentiasa mengutamakan keselamatan demi mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan harmoni. Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab setiap pengguna.

Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾❤️






#17082026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM1.5 MILLION IN GOODS SEIZED, TWO ALLEGED COURIERS ARRESTED IN THREE RAIDSPetaling Jaya, 17th A...
17/08/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM1.5 MILLION IN GOODS SEIZED, TWO ALLEGED COURIERS ARRESTED IN THREE RAIDS

Petaling Jaya, 17th August 2026 – Police have smashed a contraband cigarette smuggling ring, seizing items worth RM1.49 million following three raids in the Klang Valley.

Op Taring Alpha 1 was carried out on Saturday, starting with the first raid in Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur, followed by another raid in Semenyih, Selangor, and later another one in Damansara Damai, Petaling Jaya.

The raids were held by Bukit Aman's Wildlife Crime Bureau/Special Intelligence Investigation under the General Operations Force, Internal Security and Public Order Department.

"In the first raid, our team arrested a 20-year-old man believed to be acting as a cigarette courier.

"Checks on the vehicle used by the suspect uncovered various ci******es believed to have avoided duty payment," said Commander Wildlife Crime Bureau/Special Intelligence Investigation, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar.

Preliminary questioning of the suspect led the team to a location in Semenyih, which was believed to have been used as a temporary storage facility before the ci******es were distributed, he said in a statement yesterday.

Read further in The Star’s article attached.

  KERATAN AKHBAR PILIHAN: HASIL SOAL SIASAT PDRM DAPATI SUSPEK BERTINDAK SOLO KETIKA LEPASI PEMERIKSAAN Kuala Lumpur, 17...
17/08/2026



KERATAN AKHBAR PILIHAN: HASIL SOAL SIASAT PDRM DAPATI SUSPEK BERTINDAK SOLO KETIKA LEPASI PEMERIKSAAN

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2026 - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tiada petunjuk yang boleh mengaitkan pembabitan orang dalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pembantu juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan bersama kira-kira 25 kilogram dadah di Indonesia, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, hasil soal siasat dengan pembantu juruterbang berkenaan di Jakarta mendapati suspek bertindak secara solo ketika melepasi pemeriksaan di KLIA.

"Hasil soal siasat mendapati tiada petunjuk menunjukkan pembabitan orang dalam di KLIA. Ini bermaksud dia bertindak secara solo ketika melepasi pemeriksaan dan perkara itu perlu diperhalusi bagi mengetahui bagaimana dadah berkenaan tidak dapat dikesan," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian ...
17/08/2026

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 16 Ogos 2026 (Ahad).

Sebanyak 1,420 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 443 kes kemalangan dan tiada kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

16/08/2026



VIDEO PILIHAN: MENYEMAI INSPIRASI, MEMBINA MASA DEPAN.

Klang, 16 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat dengan mendekati generasi muda menerusi pameran aset anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang, Selangor.

Program ini membuka peluang kepada murid-murid mengenali dengan lebih dekat peranan PDRM dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, di samping memberi pendedahan awal mengenai dunia kepolisan.

Lebih bermakna, mereka turut berpeluang melihat aset-aset PDRM secara dekat, berinteraksi bersama warga Sang Saka Biru serta merasai sendiri pengalaman yang mungkin menjadi inspirasi untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Sumber: TikTok TV PPS SKMPK

SIRI PERMAINAN PDRMJom lengkapkan perkataan dengan mengisi kotak kosong berdasarkan petunjuk yang telah disediakan. Kong...
16/08/2026

SIRI PERMAINAN PDRM

Jom lengkapkan perkataan dengan mengisi kotak kosong berdasarkan petunjuk yang telah disediakan. Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.

Layari Portal Rasmi PDRM www.rmp.gov.my bagi mencari jawapan!

Jangan lupa untuk nantikan jawapan di ruang komen FB PDRM pada jam 9.00 malam ini.

Selamat mencuba!






#16082026

Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di pautan berikut

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: POLIS SIASAT PERGADUHAN BERKUMPULAN DI RESTORANAmpang Jaya, 16 Ogos 2026 - Polis menjalanka...
16/08/2026

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: POLIS SIASAT PERGADUHAN BERKUMPULAN DI RESTORAN

Ampang Jaya, 16 Ogos 2026 - Polis menjalankan siasatan berkaitan pergaduhan berkumpulan membabitkan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 11 malam.

"Akibat pergaduhan itu, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan di badan, selain berlaku kerosakan harta benda di premis berkenaan," katanya dalam kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut; https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1398652/polis-siasat-pergaduhan-berkumpulan-di-restoran

Sumber: Harian Metro

Ampang Jaya: Polis menjalankan siasatan berkaitan pergaduhan berkumpulan membabitkan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran, di sini, malam tadi.

  KERATAN AKHBAR PILIHAN: SCAMMERS HACK HUMAN PSYCHOLOGYKuala Lumpur, 16th August 2026 – Billions of ringgit in losses h...
16/08/2026




KERATAN AKHBAR PILIHAN: SCAMMERS HACK HUMAN PSYCHOLOGY

Kuala Lumpur, 16th August 2026 – Billions of ringgit in losses have been incurred by Malaysians through scams.

With syndicates continuing to exploit trust, fear and human behaviour, experts stress that public education and awareness are more important than ever.

British Graduates Association Malaysia, president Datuk Kamarudin Md Ali, citing statistics from the Royal Malaysia Police, said Malaysia recorded more than 66,000 online scam cases in 2025, involving losses of approximately RM2.97 billion.

“These figures remind us that scams are no longer isolated incidents. They have become a serious national challenge affecting individuals, families and businesses across the country.

Combating this threat requires collective responsibility, where every informed citizen becomes another line of defence against scammers,” he said.

He also noted that scam syndicates have become increasingly sophisticated, using digital platforms, artificial intelligence and social engineering to deceive unsuspecting victims.

Read further in The Star’s article attached.

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian ...
16/08/2026

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 15 Ogos 2026 (Sabtu).

Sebanyak 1,863 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 94 kes kemalangan dan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ):

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share