Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

JKM WPKL ditubuhkan pada tahun 1974 dan bertujuan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang, memberi perlindungan dan pemulihan kepada kump**an sasar dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional serta perkongsian tanggungjawab yang strategik.

30/08/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WARGA EMAS (JPWEN) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BILANGAN 1 TAHUN 2026KUALA LUMPUR...
26/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WARGA EMAS (JPWEN) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BILANGAN 1 TAHUN 2026

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas (JPWEN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Lembaga, Tingkat 29, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur selaku Pengerusi JPWEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam mesyuarat tersebut, turut berlangsung penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi JPWEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud oleh Puan Siti Nor Hasma binti Mat Isa, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengerusi menegaskan keperluan untuk JPWEN WPKL menetapkan halatuju jelas dan penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam mendepani isu penuaan. Analisis data berkaitan warga emas boleh menjadi pedoman kepada penyediaan kemudahan, kewujudan program-based atau project-based berbentuk pencegahan.

Mesyuarat ini turut menjadi ruang untuk mengenal pasti isu dan cabaran semasa berkaitan warga emas serta memperkukuh kerjasama antara agensi bagi memastikan pembangunan warga emas dilaksanakan secara lebih menyeluruh, inklusif dan berterusan.

Komitmen serta kerjasama semua pihak amat penting dalam membentuk Kuala Lumpur yang lebih mesra warga emas, selaras dengan keperluan dan perubahan demografi semasa.

Salam Maulidur Rasul
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul

PENCARIAN WARISNAMA KANAK-KANAK:  LISHALINI A/P PANNIR SELVAMUMUR:  13 TAHUNNAMA PENJAGA:  KOMATHI A/P SEENIVASAGAMNAMA ...
21/08/2026

PENCARIAN WARIS

NAMA KANAK-KANAK: LISHALINI A/P PANNIR SELVAM
UMUR: 13 TAHUN
NAMA PENJAGA: KOMATHI A/P SEENIVASAGAM
NAMA PEGAWAI PELINDUNG: NUR AIN NABILA BINTI HANIS

RINGKASAN KES:

Jabatan ini telah menerima rujukan kes kanak-kanak kerana ibu kandung telah menghilangkan diri sejak 03 September 2013 dan bapa biologi kanak-kanak telah meninggal dunia pada 25 Disember 2021. Memandangkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) bagi tempoh sementara mulai 16 Julai 2026.

Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung untuk hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Aras 18, Menara Teo Chew, No, 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi Pelindung kes ini iaitu Nur Ain Nabila binti Hanis melalui 03-4010 4167 atau e-mel [email protected] agar dapat membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Disediakan oleh:
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tarikh: 20 Ogos 2026

PENCARIAN WARISNAMA KANAK-KANAK:  NUR DAHNISAH DANIEA BINTI ABDULLAHUMUR:          12 TAHUNNAMA PENJAGA:  MUHAMAD FAISAL...
20/08/2026

PENCARIAN WARIS

NAMA KANAK-KANAK: NUR DAHNISAH DANIEA BINTI ABDULLAH
UMUR: 12 TAHUN
NAMA PENJAGA: MUHAMAD FAISAL BIN TERMIZI
NAMA PENJAGA: NORAFIDZA BINTI MOHAMAD SHAH
NAMA PEGAWAI PELINDUNG: WAN NURZAINI ATIQAH BINTI WAN MOHD SAWAWI

RINGKASAN KES:

Jabatan ini telah menerima rujukan kes aduan kanak-kanak pada 4 Ogos 2026 di mana kanak-kanak di syaki di dera oleh ibu atau bapa atau penjaga. Ibu kandung kanak-kanak telah menghilangkan diri pada tahun 2016 manakala bapa biologi p**a merupakan warganegara Indonesia namun tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri bapa biologi diperolehi. Memandangkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah ditempatkan di institusi JKM untuk diberi perlindungan sehingga 15 Oktober 2026.

Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Aras 18, Menara Teo Chew, No, 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi Pelindung kes ini iaitu Wan Nurzaini Atiqah Binti Wan Mohd Sawawi melalui 03-4010 4167 atau e-mel [email protected] agar dapat membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Disediakan oleh:
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tarikh: 05 Ogos 2026

PENCARIAN WARISNAMA KANAK-KANAK:  UNKNOWN ( DAKSHANA SRI )UMUR:          5 BULANNAMA PENJAGA:  NATHAN A/L SINNALAHNAMA P...
20/08/2026

PENCARIAN WARIS

NAMA KANAK-KANAK: UNKNOWN ( DAKSHANA SRI )
UMUR: 5 BULAN
NAMA PENJAGA: NATHAN A/L SINNALAH
NAMA PENJAGA: THANALETCHUMI A/P THANABALA
NAMA PEGAWAI PELINDUNG: WAN NURZAINI ATIQAH BINTI WAN MOHD SAWAWI

RINGKASAN KES:
Jabatan ini telah menerima rujukan kes kanak-kanak kerana ibu kandung telah menghilangkan diri pada 19 Mac 2026 manakala tiada maklumat mengenai bapa biologi kanak-kanak. Memandangkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) bagi tempoh sementara mulai 16 Julai 2026.
Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Aras 18, Menara Teo Chew, No, 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi Pelindung kes ini iaitu Wan Nurzaini Atiqah Binti Wan Mohd Sawawi melalui 03-4010 4167 atau e-mel [email protected] agar dapat membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Disediakan oleh:
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tarikh: 05 Ogos 2026

PROGRAM NEXT2WORKTARIKH : 15 OGOS 2026MASA : 7.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANGTEMPAT : DEWAN KOMUNITI SENTUL PERDANA KUALA LU...
15/08/2026

PROGRAM NEXT2WORK
TARIKH : 15 OGOS 2026
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI SENTUL PERDANA KUALA LUMPUR

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada penerima bantuan kewangan dan ahli isirumah penerima bantuan kewangan JKMWPKL telah mengikuti program ini anjuran Unit Kebajikan Produktif JKMWPKL.

Objektif program adalah:
Memberi latihan persediaan menghadiri temuduga kerja kepada peserta
Meningkatkan pengetahuan tatahias (grooming) supaya perserta lebih berketrampilan semasa sesi temuduga
Memberi latihan cara penyediaan resume yang baik
Meningkatkan peluang peserta untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan

Penceramah dan fasilitator yang terlibat adalah terdiri dari pegawai- pegawai PERKESO Kuala Lumpur dan juga dari Akademi McDonalds.

Pihak Perkeso juga melaksanakan Job Profiling kepada peserta, serta turut akan melibatkan mereka dalam program-program Karnival Kerjaya anjuran Perkeso di masa hadapan.

Kaedah yang digunakan dalam program ini adalah sesi ceramah dan Role Play.

Pihak JKM WPKL berharap agar program ini dapat membantu peserta yang terlibat berdikari dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka di masa hadapan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JKM WPKL BILANGAN 3 : PENGARAH MEMBERI PENEKANAN KEPADA PENGURUSAN MASA, WAKTU BEKERJA SECARA...
14/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JKM WPKL BILANGAN 3 : PENGARAH MEMBERI PENEKANAN KEPADA PENGURUSAN MASA, WAKTU BEKERJA SECARA HIBRID DAN PENCAPAIAN KAKITANGAN JABATAN

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 - Pengarah dalam ucapannya menekankan kepentingan pengurusan masa, pematuhan waktu bekerja secara hibrid dan pencapaian kakitangan yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, disiplin dan tanggungjawab.Beliau turut menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga jabatan atas pencapaian, komitmen serta sumbangan yang telah diberikan dalam melaksanakan tugasan dan menjayakan pelbagai inisiatif jabatan. Setiap pencapaian yang diraih merupakan hasil kerjasama, kesungguhan dan usaha berterusan seluruh warga kerja.

Seruan tersebut disampaikan menerusi ucapan amanat beliau pada Majlis Perhimpunan Bulanan JKM Bilangan 3 Tahun 2026 bertemakan " Warisan Kita, Semangat Merdeka" yang berlangsung di Banquet Hall, International Islamic University Malaysia (ISTAC), Kuala Lumpur.

Menurut beliau setiap warga jabatan perlu menjadikan pencapaian yang telah diperoleh sebagai pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang.

Beliau juga turut mengingatkan bahawa pelaksanaan kerja secara hibrid bukanlah penghalang kepada kecemerlangan, sebaliknya memerlukan kepercayaan, disiplin, komunikasi dan rasa tanggungjawab yang tinggi daripada setiap warga kerja.

Semoga seluruh warga jabatan terus mengekalkan budaya kerja yang profesional, berintegriti dan produktif demi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.

CABARAN INOVASI QUICK WIN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BULAN JUN 2026Tarikh: 13 Ogos 2026Tempat: Dewan Perdana Nur, Keme...
13/08/2026

CABARAN INOVASI QUICK WIN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BULAN JUN 2026

Tarikh: 13 Ogos 2026
Tempat: Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Rohaida binti Haron, Pembantu Hal Ehwal Islam, Asrama Bahagia Kuala Lumpur, atas kejayaan merangkul tempat pertama dalam Cabaran Inovasi Quick Win Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Jun 2026.

Tahniah turut diucapkan kepada Puan Lee Jing Yi dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam cabaran yang sama.

Syabas dan tahniah diucapkan atas pencapaian membanggakan ini yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di peringkat Jabatan.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan pemangkin kepada warga JKM untuk terus membudayakan inovasi, seterusnya menghasilkan idea-idea kreatif dan berimpak tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar JKM.

Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan dan semarakkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam.

πŸŽ™οΈ π‰πŽπŒ ππˆπ’πˆπŠ ππŽπƒπ‚π€π’π“ π‰πŠπŒ | π„ππˆπ’πŽπƒ πŸ‘πƒπˆπŒπ€ππ€πŠπ€π‡ πŒπ„π‘π„πŠπ€ ππŽπ‹π„π‡ ππ„π‘π‹πˆππƒπ”ππ†?Apabila berdepan situasi sukar, mengetahui tempat u...
31/07/2026

πŸŽ™οΈ π‰πŽπŒ ππˆπ’πˆπŠ ππŽπƒπ‚π€π’π“ π‰πŠπŒ | π„ππˆπ’πŽπƒ πŸ‘

πƒπˆπŒπ€ππ€πŠπ€π‡ πŒπ„π‘π„πŠπ€ ππŽπ‹π„π‡ ππ„π‘π‹πˆππƒπ”ππ†?

Apabila berdepan situasi sukar, mengetahui tempat untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan adalah langkah pertama ke arah harapan.

Ikuti perbincangan bersama Puan Rosmahwati Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang dihoskan oleh Nizal Mohammad, mengenai peranan JKM serta saluran sokongan yang tersedia kepada golongan yang memerlukan.

πŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ•™ 10.00 pagi

πŸŽ₯Tonton secara eksklusif di Saluran Rasmi YouTube Jabatan Kebajikan Masyarakat:
πŸ”— https://www.youtube.com/watch?v=yvostyp-LCw&t=1s

❀️ Jom Bisik: Setiap Suara Itu Penting dan Setiap Kisah Itu Berhak Didengar.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ζž—ζ…§θ‹±
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia











FB:
https://www.facebook.com/share/v/14nnCtbJ4ow/

_Jangan lupa untuk Like, Share, Follow dan Subscribe media sosial rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dapatkan maklumat terkini._

"DIMANAKAH MEREKA BOLEH BERLINDUNG?Apabila berdepan situasi sukar...

Address

Aras Bawah, 16/18, Menara Teo Chew, No 1. Jalan Lumut, Pekeliling
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share