Pertubuhan Keselamatan Sosial

Pertubuhan Keselamatan Sosial Laman ini merupakan Facebook Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).




11/09/2026

6,846 PROSPEK, KEMBALI MEMBINA MASA DEPAN

Sejak 2020 hingga Ogos 2026, seramai 6,846 prospek telah ditawarkan peluang pekerjaan, membuktikan bahawa setiap insan berhak diberi peluang kedua untuk kembali menyumbang kepada masyarakat dan ekonomi.

Menerusi KESUMA dan PERKESO, agenda integrasi semula terus diperkasa melalui peluang pekerjaan, latihan, keusahawanan dan sokongan kerjaya.

Peluang kedua bukan sekadar pekerjaan, tetapi ruang untuk membina semula kehidupan.

Tiada Yang Terpinggir.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, dua mangsa berkenaan ialah juruterbang, Kapten Zainol A...
11/09/2026

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, dua mangsa berkenaan ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham,
31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33.

Menurutnya, sebaik menerima makluman mengenai nahas itu, Skuad PERKESO Prihatin segera mendapatkan maklumat mangsa bagi mengenal pasti kelayakan faedah yang boleh disalurkan kepada waris.

SKUAD Perkeso Prihatin sudah membuat pembayaran FPM kepada waris kedua-dua pencarum pada Rabu

11/09/2026

LINDUNG 24, 你需要知道的保障和福利

LINDUNG 24: Ketahui Faedah dan Perlindungan Anda

Ada diantara anda yang masih belum ketahui sepenuhnya manfaat yang disediakan dibawah LINDUNG 24 Jam, ikuti video penerangan ini sebagai panduan dan info untuk anda.

LINDUNG 24 Jam ini adalah perlindungan buat mereka yang bergelar pekerja diluar sana.

Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lepas merupakan pencarum Pertubuhan...
11/09/2026

Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lepas merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan waris mereka layak menerima faedah bulanan, kata Menteri Sumber Manusia, Ramanan Ramakrishnan Official Media

Beliau berkata, waris juruterbang helikopter Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM5,355 sebulan, manakala waris pegawai perubatan Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, turut layak menerima pencen penakat bulanan.

KUALA LUMPUR - Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lepas merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial...

More than 112,000 FELDA settlers stand to gain social protection under a memorandum of understanding (MoU) signed today ...
11/09/2026

More than 112,000 FELDA settlers stand to gain social protection under a memorandum of understanding (MoU) signed today between the Federal Land Development Authority (FELDA) and the Social Security Organisation (PERKESO).

FELDA, PERKESO, MoU, benefit, social protection,

“Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Yang penting, bagaimana keputusan kita untuk memulakan lembaran...
11/09/2026

“Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Yang penting, bagaimana keputusan kita untuk memulakan lembaran baharu kehidupan melalui peluang kedua”.

Petikan ucapan Timbalan Menteri KESUMA, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, ketika hadir di Kompleks Penjara Kajang, cukup menggambarkan tekad PERKESO dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang ‘pernah tersilap jalan’. Melalui peluang pekerjaan yang bakal menjadi jambatan untuk kembali ke kelompok masyarakat, ia adalah peluang kecil yang boleh menjadi titik perubahan besar.

Alhamdulillah, hari pertama penganjuran Karnival Mega LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs dan Keusahawanan ‘Tiada Yang Terpinggir’ 2026 - Zon Tengah, semalam menyaksikan 362 atau 80.9 peratus prospek yang menghadiri temu duga berjaya ditawarkan pekerjaan. Dengan penyertaan 35 majikan yang menawarkan 5,002 kekosongan, pastinya hamparan peluang kedua yang disediakan bakal terus dimanfaatkan untuk mengubah kehidupan.

Ucapan tahniah juga dizahirkan kepada lima penerima Anugerah Ikon Bangkit 2026 yang merupakan bekas orang diparol dan berjaya melakar prestasi membanggakan di tempat kerja. Kejayaan manis ini yang akan menjadi pengukur untuk mengubah stigma dalam segelintir masyarakat, sekali gus mewujudkan keadilan sosial di Malaysia tanpa ada yang dibiarkan terpinggir.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Khairul Firdaus atas kesudian hadir merasmikan program penuh bermakna ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) Jabatan Penjara, Tuan Rosoman Abu Bakar @ Che Din; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Tuan Sutekno Ahmad Belon; Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal; Pengarah Penjara Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Penjara Aminon Adnan dan seluruh pihak yang menjayakan usaha murni ini.

Isnin lalu, saya menerima kunjungan oleh delegasi FELDA. Hasil perbincangan tersebut, satu Memorandum Kerjasama (MoU) di...
11/09/2026

Isnin lalu, saya menerima kunjungan oleh delegasi FELDA. Hasil perbincangan tersebut, satu Memorandum Kerjasama (MoU) dimeterai hari ini oleh saya mewakili PERKESO dan Pengarah Besar FELDA, YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman sebagai langkah untuk memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan memperkasa kesejahteraan Komuniti FELDA.

Bagi saya, kerjasama ini cukup bermakna kerana komuniti FELDA mempunyai keperluan yang pelbagai. Ada peneroka dan petugas yang memerlukan perlindungan, ada suri rumah yang perlu diberi perhatian, ada pekerja yang berdepan risiko di tempat kerja dan tidak kurang pentingnya anak muda yang sedang mencari arah untuk membina masa hadapan.

Justeru, beberapa inisiatif akan digerakkan bersama termasuk LINDUNG Kasih untuk suri rumah, LINDUNG Kendiri untuk peneroka dan petugas, program keselamatan dan kesihatan serta saringan kesihatan bagi pemandu kenderaan berat. Bagi mereka yang berdepan kecederaan atau kehilangan keupayaan bekerja p**a, perkhidmatan rehabilitasi PERKESO boleh membantu mereka untuk kembali berdikari dan meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama, kita mahu anak-anak FELDA turut mendapat perhatian melalui penganjuran Karnival Kerjaya MYFutureJobs. Di samping itu, inisiatif A-CARE SIM CARD bagi pekerja asing turut diselaraskan.

Kerjasama ini juga tidak terhenti di sini. Sebaliknya, kita turut melihat ruang untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), koperasi, kontraktor, vendor dan pembekal dalam ekosistem FELDA untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan PERKESO dengan lebih menyeluruh, selain meneroka integrasi data melalui Sosial Sinergi supaya bantuan dan intervensi dapat disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Badri Mohd Zahir; Dato’ Dr. Suzana; Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Encik Ahmad Syaarani Azulan; Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Encik Ahmad Tarmizi Zakaria serta seluruh warga FELDA atas kepercayaan dan kesediaan untuk kita menjayakan kerjasama ini. Semoga MoU ini bukan sekadar sebuah dokumen yang ditandatangani tetapi diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

Lebih 120,000 peneroka FELDA berpeluang mendapat akses kepada perlindungan keselamatan sosial, manakala anak-anak penero...
11/09/2026

Lebih 120,000 peneroka FELDA berpeluang mendapat akses kepada perlindungan keselamatan sosial, manakala anak-anak peneroka p**a bakal menerima lebih banyak peluang pekerjaan menerusi kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

KUALA LUMPUR, 11 September 2026 – Lebih 120,000 peneroka FELDA berpeluang mendapat akses kepada perlindungan keselamatan sosial, manakala anak-anak peneroka p**a bakal menerima lebih banyak peluang pekerjaan menerusi kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubu...

11/09/2026
Dr. Mohammed Azman expressed concern over the 12.4 per cent of workers who opted out of the scheme, particularly those e...
11/09/2026

Dr. Mohammed Azman expressed concern over the 12.4 per cent of workers who opted out of the scheme, particularly those earning below RM3,500, who often lack private insurance coverage.

He highlighted that the largest group opting out is concentrated in Selangor, Kuala Lumpur, and Putrajaya, followed by Johor and Penang. This situation places these workers in a high-risk group vulnerable to financial shocks from accidents outside working hours.

Kuala lumpur: Some 8.5 million workers, or 87.6 per cent, remain enrolled in the Social Security Organisation's (PERKESO) LINDUNG 24 JAM Scheme, reflecting the majority's awareness of the importance of social security protection beyond working hours. ...

Address

Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Keselamatan Sosial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Keselamatan Sosial:

Shortcuts

Share