Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia - MACA

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia - MACA Leading Centre of Excellence in Anti-Corruption Leading Centre of Excellence in Anti Corruption
(1)

05/06/2026
Dirgahayu Tuanku.Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan RasmiKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang...
31/05/2026

Dirgahayu Tuanku.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2026.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)



Selamat Menyambut Hari Gawai 2026.Ikhlas Daripada:Datuk Karunanithy  Y. Subbiah,J.PPengarah Kanan & Seluruh WargaAkademi...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai 2026.

Ikhlas Daripada:

Datuk Karunanithy Y. Subbiah,J.P
Pengarah Kanan & Seluruh Warga
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)



Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut agama Buddha.Ikhlas Daripada:Datuk Karunanithy  Y. Subbiah,J.P...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut agama Buddha.

Ikhlas Daripada:

Datuk Karunanithy Y. Subbiah,J.P
Pengarah Kanan & Seluruh Warga
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)



Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026Ikhlas Daripada:Datuk Karunanithy  Y. Subbiah,J.PPengarah Kanan & Seluruh WargaAkad...
29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026

Ikhlas Daripada:

Datuk Karunanithy Y. Subbiah,J.P
Pengarah Kanan & Seluruh Warga
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)



Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MIkhlas Daripada:Datuk Karunanithy  Y. Subbiah,J.PPengarah Kanan & Sel...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
1447H / 2026M

Ikhlas Daripada:

Datuk Karunanithy Y. Subbiah,J.P
Pengarah Kanan & Seluruh Warga
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)



KURSUS ASAS POLIGRAF DAN SOKONGAN OPERASITarikh:19 hingga 21 Mei 2026Masa: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)
22/05/2026

KURSUS ASAS POLIGRAF DAN SOKONGAN OPERASI

Tarikh:19 hingga 21 Mei 2026
Masa: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

17 PEMERIKSA POLIGRAF SPRM PERKASA KEMAHIRAN DI MACAKuala Lumpur, 22 Mei – Seramai 17 pemeriksa poligraf Suruhanjaya Pen...
22/05/2026

17 PEMERIKSA POLIGRAF SPRM PERKASA KEMAHIRAN DI MACA

Kuala Lumpur, 22 Mei – Seramai 17 pemeriksa poligraf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menamatkan Kursus Asas Poligraf dan Sokongan Operasi yang berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dari 19 hingga 21 Mei 2026.

Kursus selama tiga hari itu bertujuan memperkukuh kompetensi peserta dalam pengendalian teknologi poligraf secara sistematik dan profesional selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Antara pengisian utama kursus termasuk latihan amali penggunaan perisian LX EDGE, teknik pembinaan soalan yang efektif serta kaedah pemarkahan terkini dalam analisis graf bagi meningkatkan ketepatan dan keberkesanan pemeriksaan poligraf.

Program latihan ini dianjurkan selaras dengan standard Pasukan Poligraf SPRM yang menetapkan latihan kumulatif selama 30 jam dalam tempoh dua tahun bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme pasukan sentiasa berada pada tahap optimum dalam mendepani cabaran jenayah rasuah yang semakin kompleks.

Pada hari terakhir kursus, Pasukan Poligraf SPRM turut terlibat secara langsung dalam Seminar Poligraf Malaysia yang berlangsung di Dewan Tun Ismail, MACA, yang menghimpunkan pengamal poligraf daripada pelbagai agensi bagi mendalami teknik, perkembangan serta pengalaman terkini dalam bidang sains poligraf.

Timbalan Pengarah Akademik dan Latihan Asas MACA, KPKPj Mohd Saud Ayutollah Abdul Manan berkata, penganjuran seminar ini sebagai agenda penting dalam memperkasa pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang poligraf di peringkat nasional.

“Perkongsian kepakaran dan pengalaman rentas agensi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sekali gus memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam usaha memerangi jenayah, salah laku serta isu berkaitan integriti”, katanya semasa merasmikan majlis penutup Kursus Asas Poligraf dan Sokongan Operasi, disini semalam.

Program latihan tersebut dikendalikan oleh barisan tenaga pakar yang melibatkan pakar kriminologi, Prof. Dato’ Seri Dr. Akhbar Satar, pemeriksa poligraf SPRM,PsK Wan Mohd Firdaus Wan Yusof dan PsK Mohd Farid Ismail bagi memastikan setiap peserta menguasai prosedur serta amalan terbaik dalam pelaksanaan pemeriksaan poligraf di peringkat jabatan.



PROGRAM CeIO DRB-HICOM BHD PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DAN TADBIR URUSKuala Lumpur, 22 Mei – Program Pegawai Integriti Ber...
22/05/2026

PROGRAM CeIO DRB-HICOM BHD PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DAN TADBIR URUS

Kuala Lumpur, 22 Mei – Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Sektor Syarikat Berkepentingan Kerajaan Siri 14 Bil. 1 Tahun 2026 – DRB Hicom Bhd telah selesai dilaksanakan dengan majlis penutupan yang diadakan di Dewan Budiman, POS Centre of Development (POSCODE), Bangi, Selangor semalam.

Program CeIO tersebut merupakan program in-house hasil kerjasama dengan DRB Hicom Bhd yang berlangsung dari 28 April hingga 21 Mei 2026, melibatkan seramai 45 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai yang melaksanakan fungsi integriti di DRB Hicom Bhd serta anak-anak syarikatnya.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan melalui sesi pembelajaran, simulasi kes serta perkongsian pengalaman oleh pengamal Unit Integriti dan Governans (IGU) berkaitan fungsi teras integriti, iaitu Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan, Pematuhan, Pengukuhan Integriti, serta pembangunan Pelan Pengurusan Risiko dan Pelan Antirasuah Organisasi.

Para peserta telah menunjukkan tahap komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang pelaksanaan program termasuk dalam sesi pembelajaran serta pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC) MACA, PKPj R. Malarvili a/p Ramachandran.

Turut hadir Ketua Unit Integriti dan Governance, Group Internal Audit dan Integriti, DRB Hicom Bhd, Tuan Hazminuddin Huassain.



22/05/2026

Rakaman Wawancara Awani Pagi, 22 Mei 2026 :
MACA: BENTENG BAHARU PERANGI RASUAH MODEN

Address

Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60362092800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia - MACA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share