GPMAmbulance

GPMAmbulance GPM Ambulance (ROB:MA0235670-K)
Hotline:-
+6012-3774991
+6012-3774919
Email :-
[email protected] Kindly contact us for qoutation.

GPM Ambulance are NOW offering COVID-19 Testing to Company and Individual who wish to get tested at the safety of their Home or Workplace. We offer competitive rate based on number of test performed per session.

13/09/2026

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Team Black Orange Ambulance atas kerjasama ini! πŸ™ŒπŸ»

Kami sedia menerima tempahan backup team untuk medical standby acara anda.

Masa dan kadar perkhidmatan fleksibel mengikut keperluan projek.

πŸ“² PM / WhatsApp: 0123774991

11/09/2026

🚨 LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL):
PERANAN FLOOR WARDEN SANGAT KRITIKAL! 🚨

Pihak Bomba sedang membuat penilaian menyeluruh berhubung latihan kebakaran (fire drill) yang dijalankan bagi memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi mengikut piawaian yang ditetapkan.

Sebagai Floor Warden yang bertanggungjawab, kecekapan dan kepimpinan anda di tingkat/zon masing-masing adalah kunci utama keselamatan warga bangunan.

Berikut adalah beberapa nasihat penting daripada pihak Bomba untuk panduan bersama:

β€’Pemeriksaan ZON Penuh:
Pastikan setiap ruang, bilik mesyuarat, dan tandas di bawah jagaan anda dikosongkan sepenuhnya sebelum anda keluar.

β€’ Laluan Kecemasan Bebas Halangan:
Pastikan pintu rintangan api (fire door) ditutup rapat, tidak dikunci, dan laluan keluar bebas daripada sebarang halangan barang.

β€’ Kawal Keadaan & Elak Panik:
Arahkan semua staf untuk bergerak keluar secara teratur menggunakan tangga keselamatan, bukannya lif.

β€’ Laporan Segera di Tempat Berkumpul (Assembly Point):
Lakukan semakan senarai nama (headcount) dengan pantas. Segera laporkan status terkini (bilangan ahli selamat / mana-mana staf yang tidak ditemui) kepada Pegawai Bomba atau Komander Insiden di lokasi.

Latihan yang betul menyelamatkan nyawa.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua Floor Manager dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat! πŸš’πŸ’¨

11/09/2026

Tahniah buat semua warga kerja Danmilla Sdn Bhd di Bangunan MIDA KL Sentral! Turun tangga secara tersusun dari Level 31 bukannya tugas yang mudah, tetapi komitmen keselamatan macam ni memang padu.

β€’ Fizikal Mantap:
Turun 31 tingkat bermakna sekurang-kurangnya 600+ anak tangga,kira automatic leg day percuma untuk semua!

β€’ Kesediaan Kecemasan:
Latihan fire drill di bangunan tinggi amat krusial supaya semua orang biasa dengan laluan tangga keselamatan (fire escape route) dan tidak panik bila berlaku kecemasan sebenar.

β€’ Kerjasama Pasukan:
Pengosongan bangunan (building evacuation) dari tingkat tinggi secara lancar menunjukkan disiplin dan kerjasama krew yang tinggi.

Syabas untuk kecekapan dan semangat keselamatan warga Bangunan MIDA KL Sentral,Kuala Lumpur.

Jangan lupa regangkan otot dan rest kaki secukupnya malam ni! πŸ‘πŸ»πŸ”₯

09/09/2026

Ada yang berminat boleh PMπŸ’ͺ🏻
Bos nak jualπŸ’ͺ🏻

14/08/2026

Trust the processπŸ’ͺ🏻

29/07/2026

16 tahun berkhidmat dengan majikan di Malaysia... tapi pengakhiran masa nak balik ke Bangladesh jadi macam ni. Sebak dan terkesan sangat bila berdepan sendiri dengan kes patient ni tadi. πŸ’”πŸ˜₯

Dulu masa zaman sekolah, seronok join Kelab Rakan Sebaya konon nak jadi pakar kaunseling kawan-kawan. Tak sangka bila dah besar, masuk bidang kesihatan dan urusan perantau ni, kita p**a yang rasa parah menahan sebak tengok ujian hidup orang lain. Datang mencari rezeki dengan penuh harapan, tapi diuji di penghujung jalan.

Semoga urusan pemulangan dan kep**angan abang ni dipermudahkan Allah swt. Buat perantau di luar sana, jaga kesihatan baik-baik.

Throwback,Team GPM terima panggilan bantuan psikiatri.Demi menjaga privasi pesakit dan keluarga, kami tidak kongsikan pe...
29/07/2026

Throwback,
Team GPM terima panggilan bantuan psikiatri.

Demi menjaga privasi pesakit dan keluarga, kami tidak kongsikan perincian lanjut. Namun, kami ingin kongsikan sedikit panduan yang dititikberatkan dalam kes sebegini.

Menangani kes psikiatri perlukan kepakaran, ketenangan, dan pendekatan yang penuh empati. Jangan cuba 'pandai-pandai' untuk uruskan sendiri tanpa latihan atau kelayakan yang betul kerana ia boleh membahayakan pesakit dan diri sendiri.

Sentiasa ikuti Protokol Pre-Hospital yang betul seperti:

1. Penilaian Risiko & Keselamatan (Safety First)
2. Komunikasi & De-eskalasi Lisan (Verbal De-escalation)
3. Sokongan Emosi & Empati (Emotional Support)
4. Pemeriksaan Fizikal (Physical Check)
5. Pengangkutan Selamat (Secure Transport)
6. Serahan ke Hospital (Hospital Handover)

Selaras dengan Garis Panduan Kesihatan Mental Kebangsaan.

Kredit kepada frontliner dan pihak berkuasa (PDRM/BOMBA) yang sentiasa memberi kerjasama dalam kes-kes sebegini.



Semoga hantaran ini memberi manfaat dan peringatan kepada orang ramai!

25/07/2026

Bila ribuan pelari mengejar garisan penamat, keselamatan mereka adalah keutamaan kami. πŸš‘πŸ’™

Untuk tahun ke-8 berturut-turut, GPM Ambulance berbangga menjadi Official Medical Team bagi CULTRA 2026 sempena edisi ke-10 kejohanan ini.
Sepanjang 31 jam operasi tanpa henti, pasukan kami siap siaga di lapangan menerusi:

πŸš‘ Ambulance Response Team
🏍️ Medical Bike Patrol
πŸ₯ 1 Main Medical Base
πŸ“ Liputan penuh di 7 Check Point (CP1–CP7)
πŸ‘¨β€βš•οΈ Barisan petugas perubatan berdedikasi

Penghargaan khusus buat seluruh barisan petugas GPM Ambulance atas komitmen luar biasa, tenaga, dan pengorbanan tanpa kenal penat lelah sepanjang 31 jam bertugas. Andalah nadi sebenar kejayaan misi ini! πŸ‘

Terima kasih juga kepada pihak penganjur atas kepercayaan berterusan ini. Tahniah atas kejayaan penganjuran CULTRA yang terus ulung! πŸŽ‰

Kepercayaan ini adalah amanah yang akan terus kami pikul dengan penuh integriti dan profesionalisme.

PROfessional | PROactive | PROductive

Setiap panggilan adalah amanah. πŸš‘

24/07/2026

Appointment caseπŸ’ͺ🏻

Address

NO 60/G, Jalan 5/65C, PEKELILING BUSINESS CENTRE , OFF JALAN
Kuala Lumpur
53000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPMAmbulance posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share