Al-Islam Specialist Hospital (Official)

Al-Islam Specialist Hospital (Official) Dahulunya dikenali sebagai Kampong Baru Medical Centre ✅️
Perintis Hospital Mesra Ibadah ✅️
Hospital Pilihan Keluarga sejak 1996 ✅️

'Al-Islam Specialist Hospital' ataupun dulu dikenali dengan nama Pusat Perubatan Kampong Baru (KBMC) dibangunkan sebagai salah satu program da'wah Bil-hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Kesihatan ABIM. Perancangan ini bermula dari awal 1992. Menyedari bahawa perlunya ada sebuah hospital perubatan yang mengambil kira aspek rawatan yang menyeluruh termasuk aspek fizikal, psikolo

gi, mental dan rohani. ABIM mengorak langkah membangunkan sebuah hospital yang berusaha memupuk nilai-nilai ISLAM dalam semua aspek perjalanan hospital pakar. Melalui agensi ekonomi ABIM, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Biro Kesihatan ABIM bersama beberapa orang doktor pakar yang lain. KBMC telah mula beroperasi sejak September 1996. Dengan lokasi yang strategik, berhadapan dengan Masjid Jamek Kampung Baru dan terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, KBMC dibina dengan harapan sebagai satu tuntutan fardu kifayah disamping menggabungkan aspek ekonomi dan dakwah. Sempena sambutan 10 Tahun KBMC (2006), KBMC telah mempromosikan satu konsep pusat perubatan yang mesra ibadah iaitu "Hospital Mesra Ibadah".Sejajar dengan misi kami, di mana kami membantu pesakit muslim dalam melakukan ibadah seharian. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan cemerlang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan kami kepada pesakit. Kini KBMC telah bergelar Al-Islam Specialist Hospital atau Hospital Pakar Al-Islam dimana KBMC telah melakukan penjenamaan semula pada 24 Ogos 2008 di Hotel Regency Kuala Lumpur. Majlis Penjenamaan semula tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

'Al-Islam Specialist Hospital' mempunyai kapasiti katil sebanyak 40 buah buat masa sekarang dan mempunyai kemudahan seperti Unit Kemalangan dan Kecemasan 24 jam dan klinik perubatan am. Perkhidmatan utama KBMC adalah khidmat rundingan perubatan seperti Gastroenterologi(Pakar Usus), Rheumatologi(Pakar Sendi), Dermatologi(pakar Kulit), O&G(Pakar Sakit Puan) termasuk infertaliti, Pembedahan Am (Laparoscopy/Plastic/Urology) , Orthopedik(tulang), ENT(pakar telinga hidung & tekak), Oftalmologi(pakar mata) dan Paediatrik(pakar kanak-kanak).

06/06/2026
06/06/2026

𝑻𝒂𝒛𝒌𝒊𝒓𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒃𝒕𝒖 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎

Tazkirah Sabtu (6 Jun 2026 | 20 Zulhijjah 1447H) yang disampaikan oleh Ustaz Fahmi Rusli pada 8.15 pagi.

𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 '𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞 𝐍𝐞𝐨𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥' (𝐒𝐂𝐍)?SCN atau 'Special Care Neonatal' Unit ialah unit di hospital yang memberikan penja...
05/06/2026

𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 '𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞 𝐍𝐞𝐨𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥' (𝐒𝐂𝐍)?

SCN atau 'Special Care Neonatal' Unit ialah unit di hospital yang memberikan penjagaan dan pemantauan khusus kepada bayi baru lahir yang memerlukan rawatan tambahan, namun tidak seteruk kes di NICU (Neonatal Intensive Care Unit).

Jika anda ingin memahami dengan lebih mendalam, kami boleh membantu anda untuk membaca atau menerangkan laporan hospital yang ada istilah SCN ini dengan lebih tepat.

Untuk maklumat lanjut dan janji temu, hubungi kami di talian 03-26931007.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




05/06/2026

𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐏𝐈𝐑𝐈𝐓𝐔𝐀𝐋 @𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓

Mahu kami ke tempat anda?
Atau anda mahu sesi 1 on 1 bersama Pegawai kami?

Call 0194301007.




𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.Semoga apa yang dikongsikan En. Syahril A. Kadir memberi manfaat kepada semua.https://www...
05/06/2026

𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.

Semoga apa yang dikongsikan En. Syahril A. Kadir memberi manfaat kepada semua.
https://www.facebook.com/share/1Dp4vBzTLN/?mibextid=wwXIfr

Kredit penceritaan asal : Syahril A. Kadir
Kredit foto : ABIM Malaysia



"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah sama-sama kita memanjatkan doa bagi memohon agar Allah SWT mengampun...
05/06/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah sama-sama kita memanjatkan doa bagi memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐊𝐡𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧Hospital Pakar Al-Islam menyediakan 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐊𝐡𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧.✅ Khita...
04/06/2026

𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐊𝐡𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧

Hospital Pakar Al-Islam menyediakan 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐊𝐡𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧.

✅ Khitan bayi perempuan :
- untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah
- prosedur dilakukan oleh Jururawat Bidan Terlatih

✅ Khitan bayi lelaki :
- untuk bayi berumur 3 bulan ke bawah
- prosedur dilakukan oleh Pegawai Perubatan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi 03-26931007

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam.




04/06/2026

𝐀𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚?

Puan Arifah sempat berkongsi pengalaman bersalin di Hospital Pakar Al-Islam. Terima kasih kerana memilih hospital kami.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT menghapuskan dan mengampuni seg...
04/06/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT menghapuskan dan mengampuni segala dosa kita serta ditempatkan bersama para solehin (setelah meninggal dunia) kelak.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



Address

85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Islam Specialist Hospital (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Al-Islam Specialist Hospital (Official):

Share