Dr. Azman Aziz

Dr. Azman Aziz ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ| CEO of PERKESO & President of ISSA

09/09/2026

8.5 Juta pencarum kekal dalam lindung 24 Jam ...
Buat yang mengambil keputusan sebaliknya, ruang untuk Opt-In sentiasa terbuka seluasnya.

Walaupun Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh jarak beribu batu, satu perkara yang tetap menyatukan kita ialah prinsip...
09/09/2026

Walaupun Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh jarak beribu batu, satu perkara yang tetap menyatukan kita ialah prinsip untuk melindungi setiap insan pada setiap masa. Sebab itu saya cukup gembira dapat menerima delegasi Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) Ketenagakerjaan hari ini bagi memperbaharui Memorandum Kerjasama antara PERKESO dan BPJS Ketenagakerjaan. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit cabaran untuk Bapak Dr. Ir. Saiful Hidayat dan delegasi berlepas dari Jakarta, akhirnya kita tetap dapat berkumpul bersama di Malaysia.

Kerjasama ini cukup bermakna buat saya kerana pekerja Indonesia merupakan sebahagian penting daripada tenaga kerja di Malaysia. Hari ini, sekitar 544, 144 Indonesia aktif mencarum dengan PERKESO manakala sejak 2019, PERKESO telah membantu lebih 9,000 kes melibatkan pekerja Indonesia dan keluarga mereka dengan pembayaran faedah berjumlah hampir RM29.98 juta. Namun bagi saya, angka-angka ini bukan sekadar jumlah di atas kertas. Di sebalik setiap angka, ada pekerja yang diuji, ada keluarga yang memerlukan sokongan dan ada kehidupan yang berubah apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Biar berbeda negara namun kita sentiasa seiring. Meskipun ada yang bekerja jauh dari tanah air namun perlindungan dan sokongan yang mereka perlukan tidak sepatutnya terhenti di sempadan negara. Saya berharap pembaharuan Memorandum Kerjasama ini akan terus memperkukuh koordinasi antara PERKESO dan BPJS Ketenagakerjaan termasuk dalam pertukaran maklumat dan faedah perlindungan kepada pekerja.

Saya juga berbesar hati untuk membawa delegasi Indonesia mengunjungi Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah di Ipoh supaya mereka dapat melihat sendiri bagaimana insan yang diuji dibantu untuk bangkit bekerja dan meneruskan kehidupan disini. Terima kasih saya ucapkan kepada Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia untuk Malaysia, Yang Berbahagia Bapak Raden Datoโ€™ Mohammad Iman Hascarya Kusumo; Ketua Pengarah Eksekutif BPJS Ketenagakerjaan, Bapak Dr. Ir. Saiful Hidayat serta wakil daripada Kedutaan Besar Indonesia dan seluruh delegasi BPJS Ketenagakerjaan atas komitmen luar biasa yang berterusan.

โ€œ๐ˆ๐›๐ฎ, ๐๐š๐ฅ๐ข๐ค๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฉโ€ฆ ๐’๐š๐ฒ๐š ๐‘๐ข๐ง๐๐ฎโ€โ€œIbu, baliklah kejapโ€ฆ saya rindu.โ€ Mungkin ketika meluahkan kata-kata itu, Allahyarhama...
08/09/2026

โ€œ๐ˆ๐›๐ฎ, ๐๐š๐ฅ๐ข๐ค๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฉโ€ฆ ๐’๐š๐ฒ๐š ๐‘๐ข๐ง๐๐ฎโ€

โ€œIbu, baliklah kejapโ€ฆ saya rindu.โ€ Mungkin ketika meluahkan kata-kata itu, Allahyarhamah Izzah Syairah sendiri tidak menyangka ia akan menjadi antara kenangan terakhir yang ditinggalkan buat ibunya. Ketika itu, Izzah Syairah sudah hampir seminggu berada di luar kawasan atas urusan kerja dan sedang sibuk membuat persiapan untuk ke Selangor bagi bertugas sempena SUKMA 2026 p**a. Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegawai khas, kerinduan kepada ibunya membuatkan arwah membuat permintaan yang cukup sederhana iaitu mahu ibunya p**ang sebentar ke rumah mereka kerana pada ketika itu ibu dan ayahnya berada di kampung halaman mereka di Rompin.

Pada petang sebelum kejadian, Izzah Syairah masih sempat membuat panggilan video bersama ibunya dan berbual seperti biasa. Namun pada 12 Ogos, Izzah Syairah mula mengadu sesak nafas kepada kakaknya. Esoknya, Izzah Syairah menghembuskan nafas terakhir pada usia 26 tahun walaupun Allahyarhamah tidak mempunyai sebarang rekod penyakit sebelum ini. Pertemuan melalui skrin telefon pada petang sebelumnya rupa-rupanya menjadi kali terakhir seorang ibu melihat wajah anak perempuannya.

Atas permintaan keluarga, Skuad PERKESO Prihatin Kuantan memberikan ruang buat mereka melalui hari-hari sukar selepas kehilangan insan tersayang. Hampir dua minggu kemudian, Skuad PERKESO Prihatin Kuantan diketuai Pengarah PERKESO Negeri Pahang, Encik Hamzi Hanifa hadir menyantuni keluarga arwah. Ayahnya kelihatan sugul manakala ibunya masih menanggung kesedihan yang begitu jelas atas pemergian anak kesayangannya.

Hasil semakan mendapati Allahyarhamah merupakan pencarum PERKESO dan memandangkan arwah masih belum berkahwin, kedua-dua ibu bapanya layak menerima pencen penakat dan faedah pengurusan jenazah.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Izzah Syairah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Bertentang mata dengan 240 anggota baharu PERKESO, terimbau liku kehidupan, kenangan manis, pahit jerih bila melaporkan ...
07/09/2026

Bertentang mata dengan 240 anggota baharu PERKESO, terimbau liku kehidupan, kenangan manis, pahit jerih bila melaporkan diri di organisasi keramat ini pada 2001. Segala onak duri, ranjau dan cabaran yang hadir bertubi-tubi bagaimanapun mampu ditangani hasil kerja berpasukan, โ€˜the dream teamโ€™.

Alhamdulillah, hari ini saya sempat berkongsi dengan generasi pelapis mengenai resipi kejayaan. Ada 3 yang saya titipkan sebagai sandaran buat mereka iaitu disiplin mengenai pengurusan masa & kepemimpinan; S4P (Salam, Senyum, Sapa, Santun, Prihatin) dan penjagaan kesihatan khususnya Tolak Gula.

Masalah, krisis, isu, polemik akan hadir bersilih ganti. Tetapi, berkat kecekalan, ikhlas bekerja dan tekad memberikan perkhidmatan terbaik, tiada badai yang tidak mampu diharungi. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Pokok pangkalnya, saya simpulkan bahawa PERKESO adalah agensi penyedia perkhidmatan untuk membantu jutaan insan. Justeru, buat โ€˜pembawa oborโ€™ yang juga โ€˜duta-dutaโ€™ baharu PERKESO, sematkanlah di jiwa Prihatin anda untuk menabur bakti walau di mana atau bila sekali pun, selagi menggalas amanah sebagai pengamal keselamatan sosial.

Bila dengar sahaja mengenai FELDA, perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya peneroka dan tanah rancangan. Sebe...
07/09/2026

Bila dengar sahaja mengenai FELDA, perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya peneroka dan tanah rancangan. Sebenarnya, di sebalik ekosistem FELDA, terdapat begitu ramai insan yang kehidupannya turut perlu diberi perhatian dan dilindungi. Daripada peneroka dan pekebun, ke suri rumah serta anak-anak FELDA hinggalah pekerja, semuanya memerlukan perlindungan.

Satu yang pasti, saya amat tertarik apabila berbicara tentang masa depan anak-anak FELDA. Ramai dalam kalangan mereka mempunyai potensi yang besar dan hanya memerlukan ruang serta peluang yang sesuai untuk melangkah lebih jauh. Insya-Allah, antara yang boleh diterokai secara bersama ialah penganjuran karnival kerjaya, khusus bagi membantu mereka mengenal pasti peluang pekerjaan, membina kerjaya dan mengembangkan potensi diri.

Selain itu, perbincangan terarah kepada mekanisme terbaik untuk PERKESO dan FELDA melihat keperluan komuniti ini secara holistik. Melangkaui sekadar perlindungan sosial, penelitian juga mencakupi aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, saringan kesihatan khususnya bagi pekerja dan pemandu kenderaan berat serta perkhidmatan rehabilitasi bagi membantu mereka yang diuji untuk kembali berdikari.

Turut diperhalusi ialah potensi kerjasama melibatkan pekerja asing menerusi ACare Sim Card juga, integrasi data bantuan melalui platform Sosial Sinergi serta cadangan memperkukuh hubungan strategik antara FELDA dan PERKESO melalui memorandum persefahaman (MoU). Bagi saya, banyak perkara yang boleh dilakukan apabila kepakaran dan jaringan kedua-dua organisasi digabungkan. Yang paling penting, kita mahu memastikan manfaat daripada setiap kerjasama yang dirancang akhirnya sampai kepada rakyat.

Mengakhiri pertemuan, saya menzahirkan undangan untuk berkunjung ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah, di Ipoh supaya dapat melihat sendiri bagaimana perkhidmatan rehabilitasi PERKESO membantu insan yang diuji untuk bangkit semula, kembali bekerja dan meneruskan kehidupan. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah Besar FELDA, YBhg. Datoโ€™ Dr. Suzana Idayu Wati Osman; Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA, En. Ahmad Syaarani Azulan serta seluruh pegawai FELDA yang hadir atas kunjungan dan perbincangan yang cukup bermakna pada hari ini.

๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐› ๐๐ซ๐ข๐ฑPada 29 Ogos lalu, tatkala rakyat Malaysia sedang menikmati cuti panjang bersam...
04/09/2026

๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐› ๐๐ซ๐ข๐ฑ

Pada 29 Ogos lalu, tatkala rakyat Malaysia sedang menikmati cuti panjang bersama keluarga dan insan tersayang, negara kita digemparkan dengan berita pemergian seorang pelumba muda tanah air, Allahyarham Farres Putra Mohd Fadhill.

Farres Putra bukan nama asing dalam arena sukan permotoran negara. Beliau pernah dinobatkan sebagai juara keseluruhan FIM MiniGP Malaysia dan seterusnya mewakili negara ke peringkat akhir siri dunia di Valencia, Sepanyol pada tahun 2021.

Namun, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Siapa sangka, arwah yang baru berusia 18 tahun, mula mewakili pasukan penaja sejak Mei tahun ini untuk bertanding dalam kejohanan Malaysian Cub Prix di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu menjadi perlumbaan terakhir buatnya. Allahyarham terlibat dalam kemalangan selepas tiga motosikal bergesel di Selekoh 3 pada pusingan pertama perlumbaan akhir kategori CP150, pusingan kelima.

Bagi peminat sukan permotoran, kehilangan seorang pelumba di atas litar bukan sesuatu yang mudah untuk diterima tetapi pastinya, kehilangan itu jauh lebih berat buat keluarga yang mengenali Farres bukan sebagai seorang pelumba tetapi sebagai seorang anak dan abang yang disayangi. Farres masih muda dan belum berkahwin. Pemergiannya meninggalkan kedua-dua ibu bapa serta adik-beradik yang kini perlu meneruskan kehidupan tanpa dirinya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Putrajaya yang diwakili Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan, Dr. Azlan Darus, bersama Pengurus Pejabat PERKESO Putrajaya, Puan Norliza Noordin kerana hadir menyantuni keluarga Allahyarham dalam saat yang amat sukar ini.

Faedah Pengurusan Jenazah turut disampaikan sebagai bantuan awal manakala urusan Faedah Orang Tanggungan sedang dilproses bagi memastikan ibu bapa dan adik-beradik Allahyarham yang layak terus mendapat perlindungan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Farres Putra Mohd Fadhill. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

04/09/2026

LINDUNG KASIH: Penjawat awam pun ada perlindungan PERKESO?

Dengarkan penjelasan daripada gandingan personaliti TV3, Anim Ezati Rizki, bersama Pegawai Tadbir PERKESO, Encik Mohd Nur Hafeez Jumaโ€™ah, membincangkan pelbagai sudut menarik tentang video penerangan LINDUNG Kasih.

Menariknya, kakitangan kerajaan seperti guru pun turut dilindungi tau!

Nantikan siri seterusnya untuk ketahui senarai penuh manfaat yang boleh anda tuntut dan terima.

Jangan terlepas!

Address

Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50538

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60342526170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Azman Aziz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dr. Azman Aziz:

Shortcuts

Share