Tentera Udara Diraja Malaysia - Laman Rasmi TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia - Laman Rasmi TUDM Facebook Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia
(275)

12/08/2026
(Repost) Saluran Aduan Rasmi ATM
12/08/2026

(Repost) Saluran Aduan Rasmi ATM

π—¦π—”π—Ÿπ—¨π—₯𝗔𝗑 𝗔𝗗𝗨𝗔𝗑 π—₯π—”π—¦π— π—œ
π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π—§π—˜π—‘π—§π—˜π—₯𝗔 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

Angkatan Tentera Malaysia komited dalam memastikan integriti, ketelusan dan akauntabiliti sentiasa dipelihara.

Sebarang aduan berkaitan salah laku, ketidakpatuhan peraturan atau isu integriti boleh disalurkan melalui lima (5) saluran aduan rasmi ATM seperti berikut:

1️⃣ SURAT RASMI
Bahagian Inspektorat Jeneral
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

2️⃣ TELEFON
πŸ“ž Talian: 03-4013 4805 (waktu pejabat sahaja)

3️⃣ EMEL
πŸ“§ [email protected]

4️⃣ SISPAA ATM
🌐 atm.spab.gov.my

5️⃣ HADIR SENDIRI
Hadir terus berjumpa Pegawai Aduan di:
πŸ“ Pintu 10.21,
Bahagian Inspektorat Jeneral ATM
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

βœ… Bagi memastikan pengurusan aduan dilaksanakan secara teratur dan berkesan, semua warga ATM adalah disarankan untuk mengutamakan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dengan mengemukakan aduan melalui saluran pemerintahan yang ditetapkan sebelum dimajukan ke Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) ATM

πŸ”’ Setiap aduan adalah dirahsiakan dan dilindungi.

βš–οΈ Tindakan akan diambil selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

π‘°π’π’•π’†π’ˆπ’“π’Šπ’•π’Š 𝑻𝒆𝒓𝒂𝒔 π‘²π’†π’Œπ’–π’‚π’•π’‚π’ 𝑨𝑻𝑴





π˜π€πŒ π“π„ππ†πŠπ” ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ ππ„π‘πŠπ„ππ€π πŒπ„π‹π€π–π€π“ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐔𝐆𝐑𝐀, π“πˆππ‰π€π” πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π ππ€π’πŠπ€π”JUGRA, 11 Ogos 2026 – ...
11/08/2026

π˜π€πŒ π“π„ππ†πŠπ” ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ ππ„π‘πŠπ„ππ€π πŒπ„π‹π€π–π€π“ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐔𝐆𝐑𝐀, π“πˆππ‰π€π” πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π ππ€π’πŠπ€π”

JUGRA, 11 Ogos 2026 – YAM Tengku Panglima Besar Selangor, Brigedier Jeneral (Kehormat) Tengku Abdul Samad Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj PSSTUDM berkenan mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Jugra.

YAM Tengku Panglima Besar turut diiringi oleh YDM Tengku Seri Perkasa Diraja, Leftenan Kolonel (Kehormat) Tengku Dato’ Musahiddin Shah bin Tengku Abdul Samad Shah Alhaj PSSTUDM.

Ketibaan YAM Tengku Panglima Besar Selangor di Bangunan Markas Rejimen TUDM telah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; Panglima Rejimen TUDM, Brigedier Jeneral Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM serta Komander Pangkalan Udara Jugra, Leftenan Kolonel Nor Isman bin Idris TUDM.

Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat pengoperasian Rejimen TUDM yang merangkumi latar belakang dan sejarah penubuhan organisasi, selain penerangan mengenai peranan serta pengoperasian Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dan Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU).

Seterusnya, YAM Tengku Panglima Besar Selangor berkenan menyaksikan demonstrasi keupayaan PASKAU di Menara Exit. Lawatan kemudian diteruskan ke Bangunan Rigger bagi menyaksikan demonstrasi melipat payung terjun dan meninjau pameran statik peralatan PASKAU.

YAM Tengku Panglima Besar turut berkenan menyaksikan demonstrasi kecergasan anggota menerusi High Performance Strength Circuit (HiPerS), demonstrasi seni mempertahankan diri yang merangkumi tinju dan Close Quarters Combat (CQC) serta mengikuti latihan menembak menggunakan Ultimate Training Mu*****ns (UTM) sebelum meneruskan Majlis Santapan Diraja di Wisma Perwira.

Lawatan kerja ini mencerminkan hubungan erat antara Institusi Diraja Selangor dengan Tentera Udara Diraja Malaysia yang terus terpelihara dan diperkukuh. Lawatan tersebut turut memberi ruang kepada YAM Tengku Panglima Besar Selangor selaku Brigedier Jeneral Kehormat PSSTUDM untuk meninjau dengan lebih dekat peranan, keupayaan dan tahap kesiagaan Pangkalan Udara Jugra, khususnya PASKAU, dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara serta aset-aset strategik TUDM.

π“π”πƒπŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πˆππƒπˆπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πˆππ“π„π‘πŽππ„π‘π€ππˆπ‹πˆπ“πˆ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ 𝐄X 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π’π‡π€πŠπ“πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”SUBANG, 11 Ogos 2026 – Eksesais UDAR...
11/08/2026

π“π”πƒπŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πˆππƒπˆπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πˆππ“π„π‘πŽππ„π‘π€ππˆπ‹πˆπ“πˆ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ 𝐄X 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π’π‡π€πŠπ“πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

SUBANG, 11 Ogos 2026 – Eksesais UDARA SHAKTI 2026 (US 26) secara rasmi membuka tirainya menerusi Majlis Pembukaan yang berlangsung di Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Pangkalan Udara Subang pada 10 Ogos 2026.

Majlis tersebut telah disempurnakan bersama oleh Pengarah Eksesais TUDM, Kolonel Shamsul Shahreen bin Isa TUDM dan Pengarah Eksesais Indian Air Force (IAF), Group Captain Parijat Jha menerusi simbolik penyematan patch eksesais. Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan India di Malaysia, Kolonel Praveen Sukumaran.

US 26 merupakan eksesais udara dua hala dwitahunan antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan IAF yang dilaksanakan semasa transit IAF selepas menyertai Exercise PITCH BLACK 2026 di Australia.

Eksesais yang berlangsung mulai 10 hingga 14 Ogos 2026 ini merangkumi Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE), dengan penyertaan seramai 83 pegawai dan anggota daripada kedua-dua angkatan udara.

Aset TUDM yang terlibat terdiri daripada dua pesawat Su-30MKM daripada No 12 Skuadron, dua pesawat F/A-18D daripada No 18 Skuadron dan sebuah pesawat A400M daripada No 8 Skuadron. IAF p**a menyertai eksesais ini dengan empat pesawat tempur Rafale daripada 101 Squadron serta dua pesawat pengangkut strategik C-17 daripada 81 Squadron.

Fasa penerbangan yang bermula pada 11 hingga 13 Ogos 2026 melibatkan beberapa siri latihan taktikal, antaranya Dissimilar Basic Fighter Manoeuvres (DBFM), Dissimilar Air Combat Training (DACT), Air-to-Air Refuelling (AAR).

Program SMEE yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos 2026 p**a menjadi medan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan pengalaman profesional antara TUDM dengan IAF. Perbincangan merangkumi struktur serta pembangunan eksesais, konsep latihan kolektif, pembentukan kesan operasi bersepadu, doktrin latihan, perancangan senario serta penggunaan sains dan teknologi dalam latihan ketenteraan moden.

Pelaksanaan US 26 mencerminkan komitmen berterusan TUDM dan IAF dalam meningkatkan profesionalisme, keselamatan penerbangan serta keupayaan melaksanakan operasi udara secara bersepadu. Eksesais ini turut memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dengan India dalam mendepani cabaran keselamatan serantau yang semakin dinamik.

#

Tahniah diucapkan kepada Pegawai dan LLP SLTT atas kenaikan pangkat.
11/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Pegawai dan LLP SLTT atas kenaikan pangkat.

Semoga Pemuda Pemudi menjadi harapan negara dan rela berkorban demi kedaulatan negara.
10/08/2026

Semoga Pemuda Pemudi menjadi harapan negara dan rela berkorban demi kedaulatan negara.

Tahukah anda C-130H milik TUDM pernah terlibat dalam misi kemanusiaan di Palu - Sulawesi sekitar tahun 2018?Ini merupaka...
10/08/2026

Tahukah anda C-130H milik TUDM pernah terlibat dalam misi kemanusiaan di Palu - Sulawesi sekitar tahun 2018?

Ini merupakan salah satu misi kemanusiaan yang menunjukkan TUDM sentiasa bersiap siaga dan bersedia untuk diaturgerakkan ke mana sahaja.

Tahniah diucapkan kepada Peserta WDC.
10/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Peserta WDC.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tentera Udara Diraja Malaysia - Laman Rasmi TUDM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tentera Udara Diraja Malaysia - Laman Rasmi TUDM:

Shortcuts

Share

Category