JABATAN HAL EHWAL MARITIM
- Merancang dan mengkoordinasikan keperluan berkaitan dengan Hal Ehwal Maritim merangkumi penyediaan syarahan, penganjuran seminar, penerbitan kertas kerja serta jalinan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan yang releven. JABATAN SEJARAH TENTERA LAUT
- Melaksanakan penyelidikan sejarah, kearkiban, pengumpulan artif
ak, aktiviti pemuziuman dan mempromosikan sejarah TLDM. JABATAN DOKTRIN TENTERA LAUT
- Mengkoordinasikan keperluan pembangunan, penulisan, penerbitan, dan pengemaskinian Doktrin dalam TLDM serta menyediakan input TLDM dalam pembangunan pengemaskinian doktrin-doktrin di peringkat ATM serta national. JABATAN PENERBITAN
- Menguruskan aktiviti publikasi dan penulisan bagi buku serta majalah yang diterbitkan di peringkat TLDM
JABATAN TADBIR DAN BANTUAN
- Mengkoordinasikan keperluan pentadbiran organisasi termasuk pengurusan kawalan, disiplin, rekod anggota, gaji dan elaun serta persuratan.
- Jabatan ini juga mengurus keperluan percetakan, pengangkutan, penyelenggaraan, pembekal alat kelengkapan serta mempromosikan aktiviti.
- Menjadi pentadbir sistem elektronik PUSMAS TLDM merangkumi peranan sebagai Webmaster laman web PUSMAS TLDM dan penerbitan elektronik serta aktiviti-aktiviti promosi di laman-laman sosial.