01/06/2026
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERMOHONAN RUMAH SEWA PERUMAHAN AWAM (PA)/ PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam proses menambah baik pengurusan permohonan sewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Langkah ini bagi memastikan hanya permohonan daripada pemohon yang layak, aktif dan telah mengemas kini maklumat terkini sahaja yang akan diproses.
Sehubungan itu, pemohon yang masih berminat dan memenuhi syarat kelayakan diminta untuk mengemas kini permohonan masing-masing melalui portal e-perumahan di laman sesawang https://eperumahan.dbkl.gov.myβ
Tempoh masa pengemaskinian maklumat bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026 (2 bulan). Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan boleh didapati di ruangan Berita Terkini dan Pengumuman di portal tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa permohonan yang tidak dikemas kini sejak tahun 2024 dan ke bawah akan dianggap tidak aktif
YB Hannah Yeoh