14/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ท๐๐๐๐๐ฒ๐ณ, 15 Mei 2026 โ Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datoโ Fadil bin Hj. Marsus telah mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pagi ini bagi meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan serta pelaksanaan tugas pegawai dan anggota di lapangan.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai secara menyeluruh aspek pentadbiran IPD Dang Wangi, termasuk tahap kesiapsiagaan warga kerja, kebersihan dan kekemasan pejabat, serta keadaan persekitaran tempat kerja.
Dalam lawatan tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan pegawai dan anggota serta menyediakan persekitaran kerja yang selesa, teratur dan kondusif bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik.
Turut mengiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Nuzulan bin Mohd Din bersama pegawai-pegawai kanan polis IPD Dang Wangi.