27/07/2025
PEMAKLUMAN BERITA DUKA KEMATIAN KAKITANGAN IBU PEJABAT AADK
Dimaklumkan bahawa Nor Amini bin Jamaludin, Pengawal Keselamatan Gred KP 1 telah kembali ke rahmatullah pada 26 Julai 2025 (Sabtu), jam 9.53 malam.
Semoga seluruh keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan memanjatkan doa semoga rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah ya tuhanku, ampunilah saudara kami, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.